Popular Today

Rabu, November 11, 2009

ANWAR AKAN SERANG PM




Awas kawan-kawan sekalian ! Perang akan meletus. Apa nama perang ini saya tidak tahu.

Terkejut saya bila membaca blog Zulkifli Nordin sekejap tadi. Katanya Anwar memanggil mesyuarat semua Ahli Parlimen PKR semalam untuk membincangkan strategi baru bagi melancarkan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meremang bulu roma saya hingga ke bulu tengkuk dan segala jenis bulu yang ada di badan bila membacanya. Rasanya seolah-olah kita bakal berada di medan perang.

Ini tidak boleh dibiarkan rakan-rakan sekalian. Kita juga harus bersedia dan memanggil mesyuarat secepat mungkin bagi memikirkan strategi bagaimana hendak menangkis serangan mereka.

Terima kasih di ucapkan kepada Zul Nordin kerana telah memberi isyarat awal kepada kami. Jasamu dikenang.

Rujuk di sini untuk membaca artikel penuh yang ditulis oleh Zul Nordin.

sUMBER : rbf

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda