Rabu, November 11, 2009

TU LAA TUK GURU, JANGAN ASYIK NAK TUDUH ORANG...



Syabas kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan mengenai bai’ah talak tiga yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS lain.


Mengaku silap tu memang amalan yang patut dipuji. Tapi yang buat celaru sikit nak puji tu ialah bila Khalid berkata, dia bagaimanapun enggan menarik balik kenyataan tersebut.

Mengaku silap, tapi tak mau tarik balik…maknanya, pada pendapat kita, ialah Khalid mengaku dia tersilap kerana menghebahkan perkara itu, tetapi dia tak mau menarik balik apa yang dihebahkannya kerana perkara itu memang berlaku. Sebab itu jugalah dia kata, ‘saya tak sepatutnya berbuat demikian (mengeluarkan kenyataan mengenai bai’ah) dan seharusnya mendiamkan diri.”

Pada masa yang sama pucuk pimpinan PAS dok pakat berebut menafikan amalan itu wujud dalam parti tersebut. Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz pun  turut membuat penafian yang sama.

Malah bukan itu saja, Nik Aziz menuduh isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.

“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS,” kata Nik Aziz.

Siapa pihak tertentu yang Nik Aziz maksudkan tu?

Takkan Khalid Samad kut? Takkan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor yang mengaku amalan itu memang wujud? Takkan wakil-wakil rakyat PAS yang turut mengaku perkara yang sama kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagaimana tersiar di sini.

Memandangkan isu ini datang dari dalam PAS, hasil pengakuan orang-orang kuat PAS sendiri, maka dah tentu la tuduhan Nik Aziz tu menghala kepada mereka.

Sebab tu la, Nik Aziz pun kena beringat sikit; jangan dok tuduh tak tentu kalu. Asal ada masalah, asyik nak tuding ke orang lain, balik-balik telunjuk tu menghala ke diri sendiri.

Sumber : Depakata

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya heran Khalid Samad mengaku silap membuat pengakuan tetapi tetap tidak mengaku bai'ah talak tu yang silap.

Apa sudah jadi?

Mana yang penting,pecah rahsia atau mencemarkan agama?

Orang macam ni yang menjahanamkan PAS.

Itu belum masuk cerita dia samakan vigil lilin dengan mengguna lilin semasa blackout.

ApaKataPAS berkata...

Apa Kata PAS bila sekutu beragama Islam utama mereka mengaku emaknya seorang Kristian?

Kongsi Link Anda