Popular Today

Rabu, November 11, 2009

PAS "Parti bermasalah" : Ketua Pemuda PAS Shah Alam letak jawatan

Semakin bergegar parti PAS... lepas peristiwa kickdefella dipecat, kini Ketua Pemuda PAS Shah Alam...


Alasannya bahawa dia telah meletak jawatan ekoran tekanan daripada parti itu.Antara lain, didakwa bahawa tekanan itu berhubung tindakannya merakam ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang sedang disiasat oleh lembaga disiplin PAS. 


Menurut Ahmad Sayuti, beliau tidak menerima sebarang tekanan atau pertanyaan mengenai rakaman tersebut.

Katanya, beliau tidak melepaskan jawatan ketua dewan Pemuda, tetapi melepaskan semua jawatan lain di peringkat negeri kerana isterinya melanjutkan pelajaran ke Australia.

Beliau berkata, timbalannya akan memangku jawatan tersebut bagi pihaknya.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan melepaskan jawatan ketua dewan Pemuda sekiranya berada di seberang lain lebih daripada dua tahun.

Ahmad Sayuti mendakwa, laporan-laporan mengenai perkara itu untuk menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

======>>>> Ni pun atau lagi alasan bodoh... hang ngaku sahajalah.. tak baik tipu... dosa... hang ni belajar agama ke tidak... Takkan Isteri sambung belajar hang pula nak letak Jawatan..  Ketua Pemuda pulak tu....

kalau dengan rakyat hang boleh tipu tapi dengan orang politik.. hang tak boleh tipu... Apatah lagi dengan kekalutan isu PAS Selangor...

Sumber Berita : Malaysiakini

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda