Sabtu, November 07, 2009

Datuk Hafarizam Harun on Freedom Of Information Conference 2009 – Public Right To Information: Benefits, Implementation And Challenges

KUALA LUMPUR, 3 Nov. – Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun telah menyampaikan ucaptama dalam seminar antarabangsa “Freedom Of Information Conference 2009 – Public Right To Information: Benefits, Implementation And Challenges”.

Seminar yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini iaitu 3 – 4 November 2009, diadakan di Hotel Royale Chulan, anjuran bersama antaraTransparency International – Malaysia dan Konrad Adenauer Stiftung.

Dengan penglibatan Datuk Hafarizam dalam seminar sedemikian terbukti bahawa UMNO sentisa bersikap telus dan terbuka khususnya dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak.

Dalam masa yang sama, ia juga menunjukkan sentiasa sedia berdepan dan berinteraksi dengan semua pigak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat umum dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri dari kalangan pembangkang sekalipun.

Antara penyampai-penyampai/penceramah ialah :

1. YB Elizabeth Wong Keat Ping, EXCO Kerajaan Negeri Selangor;
2. Encik Mohd Nizam Mohd Ali, Pengarah (Sektor Awam), Institut Integriti Malaysia;
3. YB Lau Weng San, EXCO Kerajaan Negeri Selangor;
4. Mr Anung Karyadi, Pengacara (Peguam) di Indonesia;
5. Dr Denison Jayasoria, Ahli Suruhanjaya SUHAKAM Malaysia

Baca teks ucapan di sini

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda