Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dijangka dibenarkan pulang esok.
Setiausaha Sulitnya, Rosdi Abdullah, berkata Nik Abdul Aziz dimasukkan ke IJN kira-kira pukul 10.30 pagi semalam akibat keletihan selepas seminggu tidak mendapat rehat secukupnya.
"Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan beliau dijangka keluar dari IJN pagi esok dan akan menyambung tugasnya seperti biasa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, Mursyidul Am Pas itu tetap akan menghadiri Seminar Politik Pas di markas parti di Taman Melewar, Gombak esok.
AB : Semoga tok guru terus sihat...
1 ulasan:
Aku dah cakap orang jahat macam nek najis ni liat nyawa dia....Takut nanti banyak lagi yang kena sesatkan.
Catat Ulasan