Popular Today

Sabtu, November 07, 2009

Nik Aziz Vs Hadi : Siapa lebih popular?


Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz mengekalkan kepercayaan politik dan persepsi positif masyarakat awam terhadapnya tetapi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula gagal mencapainya, kata seorang ahli akademik berdasarkan satu tinjauan.

Membentangkan dapatan tinjauan itu di seminar politik parti itu pagi ini, pensyarah kajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, Nik Aziz juga masih mengungguli tempat pertama sebagai pemimpin paling popular dalam PAS.

Sementara itu, terdapat penemuan mengejutkan apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak termasuk antara lima pemimpin paling popular PAS.

Tinjauan di kalangan lebih 2,000 responden dari seluruh negara itu menunjukkan, Abdul Hadi di belakang Nik Aziz.

Ia diikuti dua lagi pemimpin PAS: bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin di tempat ketiga dan ahli jawatankuasa pusat parti Mohamad Sabu (keempat).

- Malaysiakini

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda