Popular Today

Sabtu, November 07, 2009

Cerita Sebenar Mengapa Khalid Samad dan Saari Sungip Dipecat

Oleh kerana isu pemecatan Khalid Samad telah dinaikkan semula oleh PJ Selangor dalam "review" beliau seluruh Malaya (mcm Kassim Selamat) maka saya pun bawa pendedahan saya berkaitan pemecatan Khalid Samad sekali lagi. Artikel ni saya telah publish pada 10 Disember 2008.

Orang akan kata, saya mana ada bukti buat dakwaan sebegini. Macamlah si Khairuddin Osman dgn PJ Selangor ada bawak bukti masa buat tuduhan2 jahat terhadap Khalid Samad dan Saari Sungip (untuk melihat tuduhan2 tersebut, sila baca di sini).

Sudahlah terkantoi, semua tuduhan tersebut berdasarkan insiden2 yang berlaku TAHUN INI, sedangkan Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian TAHUN LEPAS, bulan November. Jadi, macam mana Khalid boleh dipecat atas insiden-insiden yang berlaku SELEPAS beliau dipecat. Saya rasa orang2 kat Perhubungan Negeri ni sedang kena bala dari Allah SWT hasil dari doa Tok Guru Nik Aziz. Sebab tu diorang dah mula bercakap macam orang mereng.

KHAIRUDDIN OSMAN. Kau memang bangsa jual maruah. Kau tahu benda kau cakap ni bohong tapi kau cakap jugak. Kau akan dapat penghukuman kau dalam masa terdekat nanti, inshaalah.

(BERMULA)Kalau tuan/puan sedar, semua artikel saya sebelum ini tidak memberi apa-apa komen berkenaan dengan pemecatan Khalid Samad. Saya cuma mempersoalkan perlantikan seorang Ketua Penerangan yang mempunyai track record menjalankan aktiviti2 subversif dalam PAS, yakni perlantikan Roslan SMS.

Ini kerana pada waktu itu saya tidak berkemampuan untuk memgesahkan beb erapa maklumat yang saya dapat. Namun, pada hari ini, beberapa ketidakpastian itu telah terjawab. Saya tidak akan menamakan nama dalam pendedahan saya ini, tapi saudara/ri mampu untuk memahami siapakah karater-karakter yang saya sebut ini.

Masalah sebenar timbul sewaktu “retreat” PAS Pusat di Langkawi. PAda masa itu, Wakil PAS Selangor (WPS) telah membentangkan laporan di bawah tajuk hubunan Pakatan Rakyat di Selangor. WPS itu telah membentangkan satu laporan yang 100% negatif. Dengan kata lain laporan WPS itu telah member gambaran bahawa hubungan PAS dengan rakan2 Pakatan Rakyat yang lain adalah tersangat keruh dan seperti retak menanti belah.

Walaubagaimanapun, laporan WPS itu telah mendapat kritikan yang tersangat hebat di dalam retreat tesebut. WPS telah dibantai kiri dan kanan. Seumpama Ustaz Solihin Mukhyi dibidas semasa Muktamar PAS di Ipoh tempohari kerana mengatakan bahawa PAS dianaktirikan di Selangor. WPS telah mendapat kemaluan yang tersangat besar kerana hampir keseluruhan peserta retreat Langkawi tersebut tidak dapat menerima laporan WPS itu.

Selang 2 minggu selepas retreat, Dewan Harian PAS Selangor telah dipanggil oleh PAS Pusat kerana PAS Pusat gusar terhadap laporan WPS dan mahu perbincangan yang lebih mendalam. Di dalam pertemuan itu, sekali lagi WPS membentangkan laporan yang sama. Namun, kali ini laporan WPS telah disanggah oleh Tn Haji Khalid Samad sendiri justeru menampakkan lagi kelemahan laporan WPS itu.

Malahan WPS gagal meyakinkan Presiden PAS Pusat kerana Tuan Guru Presiden menyatakan bahwa tidak mungkin Pakatan Rakyat di Selangor ini terlalu buruk. Tuan Guru meminta PAS Selangor mencari jalan menyelesaikan apa-apa masaalah kerana kedudukan PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu.

Ertinya perancangan WPS telah gagal. Percubaan beliau untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS berkaitan dengan Pakatan Rakyat telah memakan tuan. Imej WPS jatuh merudum dan imej Pakatan Rakyat berjaya dipertahankan di kalangan pimpinan PAS.

Khalid Samad Mesti Dibuang

Selepas itu telah berlaku mesyuarat PASKAD yang telah membincangkan banyak isu2 semasa. CUmanya, isu pembentangan WPS yang 100% negative itu telah dibincangkan. Oleh kerana Khalid Samad adalah Pengerusi PASKAD, maka Khalid telah dipersalahkan secara 100%.

Padahal pada masa itu telah diperbincangkan berbelas isu-isu lain dan isu WPS itu hanya sebahagian sahaja. Dan bukannya Khalid Samad yang menaikkan isu tersebut.
Kita dapat baca dalam laman Fraksi UMNO, Tranung Kite, sebuah surat dimana Khalid Samad dituduh cuba memburukan WPS itu di dalam mesyuarat PASKAD. Sebenarnya cerita ini fitnah tetapi memandangkan Tranung Kite adalah laman Fraksi UMNO yang pro kepada laman AntiHusam, maka surat fitnah ini telah disiarkan tanpa tapis.

Memang pun Tranung Kite amat berdendam dengan Khalid Samad sebab Khalid telah mengagalkan usaha mereka mempengaruhi perwakilan PAS menyokong usaha membawa PAS masuk UMNO.

HAsilnya, Khalid Samad dan Saaari Sungib telah ditendang keluar dari Harian Negeri Selangor atas alasan memburukkan WPS di dalam mesyuarat PASKAD.
Hakikat sebenarnya, Khalid dipecat kerana pengaruh dan fungsi beliau mengagalkan usaha WPS dan Fraksi UMNO untuk memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor.
Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian Negeri sebelum pemecatan, tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid Samad ini.

Keputusan memecat Khalid Samad ini dibuat secara “impromptu” tanpa merujuk kepada Dewan Harian Negeri. Ahli-ahli Perhubungan Negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut.
Beliau juga melantik Roslan SMS kerana Roslan SMS adalah tokoh fraksi UMNO yang mahu membersih PAS dari segala anasir pro Pakatan Rakyat. Ertinya WPS adalah sebahagian dari Fraksi UMNO yang mahu “mengumnokan” PAS.

Segala Cerita Buruk Pakatan Rakyat Mesti Datang Dari Selangor

Kalau saudara/ri nak tahu, segala cerita negatif dan fitnah berkenaan Pakatan Rakyat di kalangan PAS adalah datangnya dari Selangor. Misalnya:

a. DAP cuba untuk menghapuskan amalan Islam di Selangor
b. Cerita Teresa Kok menghalang azan mula2 didengari dikalangan PAS Selangor lama sebelum Khir Toyo mengutip fitnah tersebut
c. Kononnya Ahli-Ahli Majlis di Selangor hanya mempunyai 30% melayu sahaja mula-mula ditimbulkan oleh wakil Selangor di Mesyuarat Exco Pemuda PAS Pusat oleh Wakil Selangor.
d. DAP mengkhianati PAS telah diungkapkan oleh suara Fraksi UMNO, Songkok Putih kepada saya sendiri.

Gerakan Anti Pakatan Rakyat Semakin Galak

Setelah memecat Khalid Samad, WPS itu sudah semakin galak. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia kononnya ada masaalah dalam Pakatan Rakyat negeri (walaupun dinafikan tapi kalau betul pun saya tak terkejut). Sehingga kenyataan tersebut disanggah oleh MB Kedah sendiri, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau juga cuba menjadi champion mengharam arak di Selangor, sedangkan arak sudah sememangnya haram kepada orang Islam di Selangor. Apa yang perlu adalah penguatkuasaan dan “spot check”. Seharusnya diwujudkan pasukan-pasukan “spot-check” kepada 7-11 dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang islam.

Semua ini bertujuan untuk mencipta suasana tidak senang dan tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat Selangor. Itu sahaja.

PAS Selangor Sudah Semakin Menjadi Assabiyyah Persis UMNO?

Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri dari bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya.
Mungkin mereka ini baru dalam PAS kerana tarbiyyah PAS yang saya ikuti semenjak 1980an lagi mengajar saya bahawa PAS bukan parti kebangsaan Melayu dan Kebangsaan Melayu itu diharamkan oleh Islam.

Islam tidak mengajar ketuanan Melayu dan islam tidak menyokong penindasan sesuatu kaum atas alasan ras dan kabilah serta warna kulit. Itu semua adalah amalan jahiliyyah arab pada masa dahulu.

Saya nampak seolah-olah kepimpinan PAS Selangor mahu membawa PAS Selangor kembali semula kepada amalan Jahiliyyah Arab, yakni Assabiyyah.
Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”

Adakah PAS Selangor hendak membawa ahli-ahli mereka ke arah melawan hadeeth Nabi SAW ini? Tapi iyelah, bawah kerajaan Pakatan Rakyat ni mana boleh buat duit. Bawah UMNO kan senang buat duit?

Kalau tak Suka Pakatan Rakyat, Berenti Kerja

Kalau dah tak suka kepada Pakatan Rakyat, dinasihatkan supaya letak semua jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Janganlah jadi macam Roslan SMS, buat konspirasi anti Pakatan Rakyat, tapi masih muka tak malu terus pegang jawatan dalam kerajaan tempatan Pakatan Rakyat.
Jadilah insan yang berprinsip dan berhemah serta bermaruah. Sikap tidak bermaruah ini hanya sikap UMNO.

Tulang Besi

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda