Sabtu, November 07, 2009

Berhati-hati dimusim banjir

Musim hujan dan banjir telah pun tiba.. jadi pesanannya berhati-hatilah... sedang kita suka bermain air, takut ada pula yang lemas..

Dua negeri di pantai timur — Terengganu dan Kelantan — mula dilanda banjir musim tengkujuh dengan sejumlah 2,877 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di dua negeri itu, hari ini.

Jabatan Meteorologi pula petang ini mengeluarkan amaran “peringkat merah” di kedua-dua negeri itu dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad.

Di TERENGGANU, keadaan semakin buruk apabila sehingga pukul 8 malam ini seramai 1,667 orang dari empat daerah iaitu Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun telah dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan rumah mereka ditenggelami air.

AB : Bersabarlah dengan ujian tuhan..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda