Popular Today

Isnin, November 09, 2009

Seminar Politik PAS yang memualkan!!! - yang menentang bersedia untuk dicantas

Gagal, Tidak puas hati, kecewa!!!!!

Inilah antara luahan peserta PAS yang menyertai seminar politik tersebut... boleh dikatakan rumusan seminar tersebut seperti berikut:

1. JANGAN JADI SOKONG BAWA REBAH - Sebahagian pembahas dikuasai emosi termasuk seorang pembahas dari kalangan AJK PAS Pusat. Istilah ‘tidak mahu tengok muka’, rasanya kurang manis diungkapkan di hadapan tetamu seperti Aziz Bari. Kita menjemputnya, kemudian kita ‘tidak mahu tengok muka’nya.

Benar, Presiden perlu dibela apabila ada usaha mencemarkan wibawanya, tetapi rasanya bukan begitu. Bela dengan hujah dan fakta, bukan dengan serangan melulu. Kalau Aziz pernah menyerang Presiden dengan serangan yang ‘kita sukar menerimanya’, itu terpulang kepadanya. Dibimbangi, bukan serangan itu yang menjejaskan Presiden, tetapi pembelaan sembrono yang akan menjatuhkan reputasinya.

2. TIADA PENEGASAN BARU - Terus-terang, saya dan beberapa sahabat menyertai seminar itu dengan harapan menggunung. Harapan untuk mendengar penegasan-penegasan yang lebih meyakinkan. Bukan meyakinkan ahli PAS sahaja tetapi penyokong PAS.

Apa yang saya maksudkan dengan penegasan meyakinkan ialah penegasan dalam bentuk tindakan seperti pecat, gugur, amaran dan sempamanya. Penegasan yang boleh menimbulkan kewaspadaan dan kegerunan kepada mana-mana pemimpin atau ahli yang ‘menyiram, membaja atau mengairi’ kembali isu yang menjadi agenda seminar itu.

Saya ingin mendengar penegasan itu dalam ucapan penutup Presiden, tetapi saya pulang dengan hampa.

3. PENYERTAAN TUAN IBRAHIM DALAM FORUM ADALAH BIAS - Tuan Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Disiplin. Keberadaannya di situ boleh mengganggu tugasnya. Bayangkan kalau ada ketika itu pembahas yang mempersoalkan orang yang bakal disiasat, apa sikapnya?

4. MASIH DALAM ZON SELESA - Bagi saya resolusi dan penegasan seminar itu tidak mampu mententeramkan pengundi dan penyokong. Apa yang boleh mententeramkan mereka? Sudah tentu satu bentuk ‘tindakan’ atau ‘action’ yang mereka nampak dan mampu mengembalikan keyakinan mereka kepada PAS dalam isu yang sedang dihadapi ini.

5. SAKIT TELINGA - Di penghujung pembentangan Abu Hasan barulah mereka agak diam apabila mendapati hujah-hujah Abu Hasan semakin mantap. Selepas makan tengahari, mereka tidak lagi duduk di tempat asal mereka.

Kalau beginilah mentaliti (dan akhlak) sebahagian pimpinan PAS (walau pun pimpinan negeri) apabila berhadapan dengan pangan yang mereka tidak persetujui, saya fikir PAS negeri itu tidak akan kemana. Mereka perlu tahu etika (sebenarnya adab) ketika berada di dalam majlis.

6. SEKALUNG TAHNIAH - Namun saya pulang dengan sedikit rasa ralat. Aziz Bari bukan segala-galanya, tetapi apabila dia disinggung dengan keras sepanjang seminar itu oleh sebahagian peserta, dia mungkin agak kecewa.

Konklusinya: Hj Hadi menunjukkan taring pada seminar politik tersebut... mampuih la yang menentang selepas ni... bersedia untuk dicantas

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda