Isnin, November 09, 2009

Suhakam perlu siasat isu Bai'ah PAS

Semua bersetuju bahawa Amalan bai'ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri... yang tak bersetuju pastinya orang PAS lah...

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, di dalam Islam, penceraian tidak berlaku berdasarkan bai'ah tertentu tetapi apabila suami melafazkan taklik terhadap isteri.

''Ini masalah politik, kenapa soal politik kita nak menganiaya isteri pula,"

Utusan Malaysia hari ini melaporkan reaksi negatif daripada banyak pihak terhadap bai'ah yang diamalkan sesetengah pemimpin Pas itu yang disifatkan sebagai menindas kaum wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, penceraian bukan perkara main-main kerana boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa."

Ini perkara serius, memang bertenangan dengan hak asasi manusia... Oleh yang demikian, penindasan, penginayaan, kebebasan bersuara, ugutan.. maka Suhakam patut membuat siasatan kerana perkara ini bertentangan dengan hak asasi Manusia... yang sentiasa di laung-laungkan oleh pemimpin PAS... nampaknya hak asasi manusia ini hanya isu tunggangan PAS untuk perbodohkan rakyat.. kerana dalam PAS tiada pun istilah hak asasi manusia..

Bukan setakat tu sahaja... malah menafikan sistem demokrasi dan hak bersuara.. ianya sangat memalukan... rakyat perlu menilai perkara ini dengan serius... kerana kesimpulan yang boleh dibuat adalah PAS hanya menipu rakyat semata-mata... semua slogan yang dilaungkan bertetangan dengan tindakan yang diambil oleh PAS.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..DAH NAMA PUN PARTI AJARAN SESAT. NK BUAT MCM MANE LG BROO?..NASIB LAA HUHUHU

Aspirasi berkata...

Bukan setakat sesat tetapi menyesatkan yang lain...

DR 1221 berkata...

salam
sokong 100% disiasat

Kongsi Link Anda