Popular Today

Isnin, November 09, 2009

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Selangor lebih sesuai jadi Hub Arak dari Hub ilmuan


Walaupun Selangor terus panas dengan politik namun kerajaan negeri Selangor terus menerus dengan projek untuk kepentingan rakyat negeri itu dan yang terkini mahu menjadikan Selangor hub ilmuan di negara ini.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim melancarkan program Jejak Ilmuan bagi membolehkan rakyat negeri itu khasnya golongan mudanya mendapat panduan dan bimbingan yang jelas dari para ilmuan di negeri itu.

Sepatutnya TS Khalid melancarkan program Hub Arak Selangor... kerana ianya sangat bersesuaian dengan dasar kerajaan negeri PKR Selangor.. Syabas kepada PAS dan khasnya PAS Selangor kerana anda sangat bacul dalam memperjuangkan Islam... sehingga Arak kini berleluasa dijual di mana sahaja.

Manakala penguatkuasa JAIS juga semakin bengong, sepatutnya mereka patut merampas arak tanpa lesen (tauliah) dari premis perniagaan.. tetapi mereka lebih rela menahan penceramah agama tanpa tauliah.

Arak kini semakin tidak terkawal di Selangor kerana kebenaran penjualannya yang lebih meluas. tanpa mempunyai mekanisme pemantauan yang cekap..

Dan paling memburukkan keadaan lagi apabila terdapat pemimpin Pakatan Rakyat atau EXCO Selangor masuk campur dalam penguatkuasaan arak di Selangor.

Laungan duit haram daripada arak pun kini tidak lagi kedengaran oleh PAS... sebabnya mereka menikmati bersama hasil arak 'kerajaan negeri Selangor ni'...

Pastinya kesan kepada gejala sosial anak remaja selangor akan pasti lebih buruk..


Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda