Setelah Anwar menuding jari kepada UMNO yang menyebabkan gereja dibakar, Pemuda Umno menolak tuduhan Anwar tersebut dengan mengatakan bahawa insiden cuba membakar gereja sekitar Lembah Klang Jumaat lalu bukan dilakukan ahli parti tersebut
Exco pergerakan itu, Ali Mazat Salleh, berkata kejadian tersebut berlaku selepas keputusan penghakiman dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti agama Islam, tetapi ia tidak bermakna perbuatan itu dilakukan ahli Umno.
'Kita tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak kerana kita sendiri tidak tahu siapa melakukannya.
Ini soal agama dan agama Islam bukan saja untuk orang Umno, malah pertubuhan lain seperti Pertubuhan Cina Muslim juga ahlinya beragama Islam.
'Jadi, soal kalimah Allah ini soal agama, bukan soal parti politik. Sebagai Exco Pemuda Umno, saya tolak sama sekali tuduhan oleh mana-mana pihak bahawa tindakan membakar gereja ini kerja orang Umno,' katanya.
Ali Mazat berkata demikian selepas menyertai bantahan aman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly oleh kira-kira 200 ahli Pemuda Umno bahagian Kulai, yang diketuainya.
Beliau turut berkata bantahan itu menunjukkan sensitiviti generasi muda terhadap isu tersebut, sekali gus menafikan dakwaan bahawa golongan muda bersikap tidak peduli.
Hujung minggu lalu, sebahagian pintu depan Gereja Sidang Injil Borneo di Lakeview Square di Seremban 2, dekat sini, didapati terbakar pada 8.30 pagi. Ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan.
Lapan gereja diserang sama ada dengan bom petrol atau dirosakkan sejak Jumaat lalu, menyusuli keputusan mahkamah membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, telah memaklumkan kepada 96 kedutaan asing di Malaysia semalam bahawa keadaan berikutan kes pembakaran gereja terkawal.
Beliau juga mempertahan pendirian kerajaan tidak membenarkan golongan bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' walaupun kalimah itu digunakan secara meluas oleh golongan Kristian di Indonesia dan Timur Tengah.
'Mereka tidak faham keadaan di sini, mereka hanya ingin tahu mengapa ia dibenarkan di negara-negara lain tetapi bukan di sini,' kata beliau kepada wartawan.
'Anda harus adil. Anda harus bandingkan epal dengan epal, limau dengan limau. Landskap kita berbeza berbanding negara lain. Melayu di sini berbeza dengan (orang Islam) di negara lain. Landskap di sini berbeza berbanding dengan Indonesia, jadi kita tidak boleh buat perbandingan,' katanya.
2 ulasan:
Anwar sememang nya sudah tiada pegangan hidup...jiwanya bercelaru,dia di belenggu oleh ribuan masaalah yg tidak lagi tertanggung olehnya...dia gagal dlm pelayaran hidupnya....kegagalan yg dirasainya telah mencengkam pemikiran nya...satu demi satu usaha yg dilakukan semuanya tidak menemui kejayaan...anwar dapat merasakan bahwa rakyat telah mengenal wajahnya yang sebenar....dalam keadaan yg begini anwar akan melakukan apa saja cara yg difikirkan nya boleh mendatangkan menafaat serta memberi keuntungan buat dirinya....biar pun apa yg dia lakukan itu boleh menghancurkan negara serta permusuhan kaum,berkenaan dosa pahala serta halal haram bukan pekara penting bagi anwar...demi kerakusan serta dendam yg membara dlm dirinya sehingga dia sanggup meletakan Allah dibawah tapak kakinya....anwar bukan lagi manusia yg dpt mengawal dirinya dgn menggunaka otaknya yg waras,seluruh dirinya sekarang telah dikawal oleh syaitan yg sentiasa berusaha utk menghancurkan umat islam....malang sekali bagi orang2 islam yg tidak dpt membezakan diantara syaitan dgn manusia yg sebenarnya.....sherry said
Nauzubillah min Zalik... Selamatkanlah negara ini dari terus dirosakkan durjana ini. Selamatkanlah Islam dan sesiapa yang mendaulatkannya..
Catat Ulasan