Setelah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, kini Khalid Samad, YB PAS bahalol pula membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa di Kota Damansara malam tadi, beliau mengecam Mais dan Jais kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut di Shah Alam. (baca disini)
Menurutnya, nama Mais dan Jais tertulis pada kain rentang yang mengecam penggunaan kaliman Allah oleh bukan Islam dan mereka yang menyertai protes itu turut memijak gambarnya (Khalid).
Khalid patutnya cermin diri dahulu sebelum mengecam orang lain. Mais dan Jais bukanlah badan politik macam PAS yang sentiasa membuat fatwa mengarut dan menyesatkan rakyat.
Jika kita mengibaratkan terdapat 2 saf tentera, pertama bersama tentera Muslim pejuang Kalimah Allah yang mensucikan kalimah Allah dan satu saf lagi bersama tentera Kristian yang diikuti PAS dan PKR.. manakala Khalid adalah hulubalang yang bersedia menentang kesucian kalimah Allah.
Sebagai YB PAS, tindakan khalid membidas badan yang berkuasa 'authority' dalam Islam Sangat mengecewakan.. umpama khalid mengecam Agama Islam itu sendiri... kerana Mais dan Jais ialah simbol kepada keistimewaan agama Islam yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
Tindakan PAS juga yang menyokong kalimah ALlah digunakan oleh bukan Islam ialah bukti kepalsuan perjuangan Islam mereka, merekalah sebenarnya yang menyebabkan Islam semakin direndah-rendahkan. Jika kalimah Allah ialah dianggap kesitimewaan bagai AGama Islam, maka apa istimewanya Islam jika kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam atau kafir, cuba bayangkan perkataan rumah Allah ditulis di gereja-gerja mereka dan buku-buku cetakan mereka yang menyamakan taraf Allah dengan Jesus. jadi di mana yang dikatakan Islam mempunyai kedudukan Istimewa dinegara ini..
Perjuangan Islam PAS adalah palsu, mereka tidak pernah serius untuk melaksanakan Islam... tiada satu pun agenda perjuangan Islaam mereka yang dapat dilihat sehingga kini.. tunjukkan... mana dia?.. mana dia produk Islam PAS.. mana dia individu yang lahir dari kejayaan dasar PAS!!! apakah produk Islam PAS... hudud.. tiada.. bahkan berbeza pula antara Kelantan dan Terengganu.. hudud kelantan lain, hudud terengganu lain.. mana lagi?.. mana dia syariah Islam yang dikatakan PAS daulatkan... dimana dilaksanakan... negara Islam.. buku penjelasan macam buku budak tadika... mana dia?.. mana dia yang signifikan...
Mana dia syiar Islam PAS dalam Pakatan Rakyat.. mana dia? Nizar sendiri mengaku PAS tidak memperjuangkan negara Islam..
Cukuplah PAS menipu rakyat dengan menggunakan Islam.. sehingga rakyat habis sesat dengan fatwa karut marut mereka... dan sekarang kalimah Allah mereka jual beli untuk dapatkan undi al kafirin.. waliazubillah min zalik!!!
Tuduhan mereka terhadap UMNO menolak Islam adalah berniat jahat untuk tujuan mendapatkan undi semata-mata dan terbukti mereka bersama Jundu al-Kafirin untuk menentang kalimah Allah. PAS mesti hentikan tuduhan jahat mereka kerana terbukti merekalah penyebaba Islam tidak lagi istimewa di negara ini..
1 ulasan:
Salam bro, nak buat macam mana.... dalam kepala Khalid Samad sudah berserabut dengan ayat-ayat dari Bible untuk bahan ceramah......
Catat Ulasan