Popular Today

Khamis, Januari 21, 2010

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu bertanggungjawab atas kematian pelajar

Teguran tidak diendahkan, EXCO kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang perlu betanggungjawab.
Nasihat tersebut telah disampaikan oleh Persatuan Perahu Naga Pulau Pinang (PDBA) kepada kerajaan Pulau Pinang supaya tidak menganjurkan latihan atau perlumbaan perahu naga di kawasan laut terbuka kerana ianya berbahaya tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Sudahlah nasihat tidak diikut, kerajaan negeri juga telah memotong subsidi kelab sekolah yang menyertai perlumbaan perahu naga daripada RM2,000 kepada RM1,000.

Presidennya, Lim Chew Hock, berkata nasihat itu pernah disampaikan oleh beliau kepada Ahli Exco Kerajaan Negeri, Danny Law Heng Kiang, tetapi tidak diendahkan, malah pandangan persatuan tidak diambil peduli.

"Nasihat dan cadangan itu ditolak dengan alasan saya bukan ahli jawatankuasa Penang International Dragon Boat Festival dan tidak berhak memberi apa-apa cadangan ataupun nasihat kepada penganjur," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Bukan itu sahaja laut terbuka tidak sesuai dijadikan tempat latihan mahupun pertandingan perlumbaan perahu naga kerana ia boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan mempunyai pelbagai risiko seperti ombak besar, arus deras, pasang surut air dan keadaan cuaca semasa.

Ahad lalu, seorang guru dan lima pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling lemas apabila perahu naga yang dinaiki terbalik dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang di kawasan perairan dekat Lebuh Macallum di sini. Mereka adalah antara 18 pendayung kelab sekolah itu yang akan menyertai Lumba Perahu Antarabangsa Pulau Pinang pada Julai ini. Seramai 12 pelajar lain berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan dibantu bot berhampiran tempat kejadian.

Bukan setakat itu, Kerajaan negeri sekarang juga telah mengurangkan subsidi kepada kelab sekolah yang menyertai perlumbaan perahu naga daripada RM2,000 kepada RM1,000 sahaja dan disebabkan pengurangan peruntukan itu, ia menyukarkan kelab sekolah untuk berlatih di pusat kegiatan air yang dikenakan bayaran.

Sekarang kita tahu siapa yang bersalah dalam hal ini, iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang gagal menjaga keselamatan rakyat sehingga tindakannya yang membenarkan latihan boleh dibuat di laut terbuka menyebabkan kemalangan dan seterusnya menyebabkan kematian walaupun nasihat telah diberikan.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda