Popular Today

Khamis, Januari 21, 2010

Khalid Bishop : 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman'

Selepas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk kristian, kini Khalid Bishop berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dan perlu dibincangkan semula.

Beliau mempersoalkan kenapa enekman tersebut tidak dikaji kembali sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap. kerana pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama begitu lemah sehingga perlu dilindungi.Beliau juga mengatakan enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qatii (putus) yang tidak boleh berubah.(baca di sini)

Khalid Gagap sekali lagi membelakang titah Sultan Selangor yang berpegang kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam.

Nampaknya cara orang politik ini bercakap lebih dari mufti dan majlis Fatwa bercakap. Siapakah Khalid untuk bercakap mengenai kalimah Allah ini apakah Authorithy yang dia ni ada.

Rakyat perlu faham kenapa Si Khalid Bishop ini bersungguh-sungguh supaya kalimah Allah boleh digunakan untuk agama kristian. Semua ini kerana politik, dan media pula asyik memainkan isu ini demi sensasi dan memain sentimen agama.semua yang dilontar sebagai isu oleh pembangkang adalah tujuan politik semata-mata.

Kali Ini si Khalid menggangu pula enakmen agama Islam di negeri2. Apakah maknanya ini, maknanya adalah jika kalilah Allah boleh digunakan akan datang murtad juga akan dibenarkan.

Ini adalah berkaitan akidah umat Islam dan inilah tanggungjawab untuk pihak berkuasa agama mempertahankan sampai bila-bila.

Apakah makna siKhalid cakap kini kefahaman umat Islam semakin baik, atas apa dia berpegang, apakah usaha PAS untuk memantapkan agama Islam, sebaliknya tindakan PAS terhadap agama Islam menyebabkan umat Islam lebih keliru dan sesat.

Adakah kita tidak melihat contoh Indonesia, dimana umat Islamnya bercelaru antara pelaksanaan agama... tidak cukupkah lagi hendak mengelirukan umat Islam di Malaysia.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...DIA INGAT HAL2 AGAMA NI MCM JUAL BELI GORENG PISANG KE PER? PALOTAK DIO LAH!. CUBA DIA SURUH ANAK DIA MENGUCAP DEPAN PADERI, DIA NAK TAK??..BAGHALL PUNYE MANUSIA!!..HARKK PTUIHH!!! >:0

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, si Khalid ini sudah mahu jadi serbaguna, Khadi, Mufti, paderi dan kalau boleh nak jadi Sultan di Selangor....... suruh je Sultan Selangor nyahkan dari tanah Selangor......

Kongsi Link Anda