Popular Today

Sabtu, Mac 20, 2010

Anwar Ibrahim Ke London Bertemu Aktivis Gay/Lesbian.


Dr Novandri Hasan Basri

Kita semua tahu Anwar Ibrahim telah 'melarikan diri' ke London setelah 'dibelasah teruk' di dalam Parlimen. Alasannya ialah beliau akan menyampaikan satu syarahan disebuah pusat pengajian tinggi di sana.

Anwar Ibrahim juga akan berjumpa bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al-Gore dan juga Mary Robinson, bekas Presiden Ireland yang sekarang menjawat jawatan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB.

Pertama, tindakan Anwar Ibrahim keluar negara tatkala Dewan Rakyat sedang bersidang merupakan satu tindakan yang keterlaluan dan tidak bertanggungjawab. Beliau tidak ambil kisah tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat Permatang Pauh untuk mengenengahkan masaalah kawasan di dalam dewan tersebut.

Malah, tugasan beliau di London bukannya tidak boleh dijadualkan terlebih awal supaya tidak mengganggu kehadiran beliau di dalam Dewan Rakyat.

Kedua, beliau juga akan berjumpa dengan Al-Gore. Kita semua tahu bahawa Al-Gore tidak mendapat tempat di hati rakyat Amerika Syarikat dan kerana itu beliau tewas ketika bertanding Naib Presiden Amerika Syarikat.

Al-Gore juga merupakan seorang pemimpin yang tidak menghormati kedaulatan negara Malaysia dan sering kali memberi komen negatif tentang negara tercinta ini.

Apa pun, Al-Gore is not worth a penny to us !

Ketiga, yang menariknya ialah perjumpaan di antara Anwar Ibrahim dengan Mary Robinson, bekas Presiden Ireland. Untuk pengetahuan semua, Mary Robinson pernah dianugerahkan the first "outspoken" award oleh International Gay and Lesbian Human Rights Comission (IGLHRC)

The OUTSPOKEN Award "recognizes the leadership of a global ally to the lesbian, gay, bisexual, transgender and intersex (LGBTI) community whose outspokenness has contributed substantially to advancing the rights and understanding of LGBTI people everywhere."

The first OUTSPOKEN Award was presented in 2005 to the Honorable Mary Robinson, former President of Ireland and the UN High Commissioner for Human Rights.

Nampaknya, Anwar Ibrahim telah sekali lagi mengadu kepada seorang pemimpin Barat yang mendokong penuh hak kebebasan seks songsang, gay dan lesbian!

Pelik sungguh!

Realitinya, kita tidak boleh lagi melihat 'pertemuan' dengan pemimpin-pemimpin yang seangkatan itu sebagai satu kebetulan sahaja. Dan mereka inilah yang beria-ia menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Tetapi sokongan kepada isu yang mana satu?

Apakah sokongan terhadap hak kebebasan untuk mengamalkan gay dan meliwat sesama pasangan tersebut?

Secara logiknya, mereka itu tentu akan menentang sesiapa sahaja yang didakwa oleh sistem kehakiman kerana di dapati meliwat. Bagi mereka, meliwat adalah satu keinginan kaum gay yang perlu dihormati oleh masyarakat!

Apakah kita masih tidak sedar lagi ?

Sumber : Dr. Novandri

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda