Popular Today

Sabtu, Mac 20, 2010

Kereta Tian Chua laju dan potong double


Pakatan Rakyat mempunyai kepakaran dalam melanggar orang kemudian lari atau dalam bahasa omputih 'Hit and Run'.

Bulan lepas seorang ADUN Selangor yang memandu dalam keadaan mabuk telah melanggar seorang pelajar melayu. Pelajar itu koma dan ADUN itu cuba nak tutup kes dengan buat table talk bayaq RM5,000.

Minggu lepas, seorang lagi YB PKR sudah melanggar seorang melayu askar di Kota Tinggi dan askar melayu itu sudah meninggal dunia.

Modusnya sama, langgar dan lari. Depa lebih pentingkan ceramah kelentong rakyat daripada nilai kemanusiaan.

Mengikut cerita, saksi tempat kejadian mengatakan kereta yang dipandu oleh driver Tian Chua, Zaharuddin telah memotong dua buah kereta pada garisan berkembar akibat mahu cepat sampai dan penyudahnya kereta Merc itu telah melanggar motosikal yang ditunggani arwah Salleh.

Kita boleh agak, Zaharuddin bukan driver tetap Tian Chua dan dia juga seorang yang rabun dan pakai cermin mata. Macamana orang macam tuh boleh bawa kereta malam dan hanya berpandukan kepada arahan GPS. Fikirkan, silau cahaya amat payah bagi orang yang memakai cermin mata untuk memandu pada wakut malam.

Dahla jalan Kota Tinggi tak familiar nak cepat sampai potong doubleline akibatnya sudah crash boom bang dengan motosikal arwah Salleh

Tian Chua mahu melepaskan diri dengan alasan semasa kejadian dia sibuk menghantar SMS jadi dia cuba pusing cerita bukan dia yang bagi arahan untuk Zaharuddin potong kereta Viva dihadapan dan sebuah kereta lain.

Baiklah kita lupakan kejap Tian Chua dengan alasan "tak sedar, saya sedang SMS". Kita fokus kepada driver rabun Tian Chua.


Tidak logik untuk mengatakan Tian Chua tidak sedar apa yang berlaku. Dia bos dan Zaharuddin cuma driver. Logiknya, Tian Chua pasti mengarahkan Zaharuddin untuk memotong kereta Viva tersebut kerana depa sudah lambat ke Mersing dan jika terkantoi saman sekalipun dia sanggup membayaqnya.

Zaharuddin mahu pusing cerita kononnya tiada kereta semasa pelanggaran itu tetapi dia terlupa kereta Viva dan sebuah kereta lagi dihadapan Merc yang jelas terkejut bila Zahar memotong depa dengan laju dan pada masa yang sama sebuah motosikal datang dari arah bertentangan.

Jika diukur kelajuan, berkemungkinan mencecah 120 km/j bagi kereta Merc untuk memotong dua buah kereta sekaligus. Cukup untuk mendakwa kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya.

Tapi apakah dengan alasan Zaharuddin bahawa dia cuma memandu 90 km/j pada jalan itu maka sudah halal untuk dia melepaskan diri kononnya mengikut peraturan jalan persekutuan. Jangan cepat percaya kata-kata orang yang bersalah.

Manakan logik Merc Tian Chua memotong dua buah kereta sekaligus dengan kelajuan 90 km/j di garisan berkembar pula.? Jika depa tidak lambat tak mungkin Tian Chua memaksa Zaharuddin memandu laju dan memotong digarisan berkembar.

Bukan alasan patuhi undang-undang yang perlu dikemukakan ketika ini.

Pokoknya, mengapa mesti memotong di garisan berkembar dan menipu bahawa motosikal arwah yang melanggar Merc Silver itu.

Ulang sekali lagi, tak mungkin motosikal itu akan bertembung jika Merc Silver Tian Chua tidak memasuki jalan bertentangan dan melarikan diri sesudah berlanggar kerana mahu mengejarkan kepentingan politik semata-mata.

Lepaih ini, Tian Chua tak boleh cabut lari dan letakkan kesalahan sepenuhnya pada driver rabun. Dia perlu bertanggungjawab walaupun claim kereta Merc itu akan masuk ke poketnya

Sumber: Garamanis

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda