Sabtu, Mac 20, 2010

Muhyiddin Yassin Mahu Pendedahan Zaharin Disiasat


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pembongkaran yang dibuat Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong serta angkatan tentera.

“Pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa patut menilai kenyataan yang dibuat oleh Zahrain itu dan mungkin menyiasat lebih lanjut kenyataan itu dan jikalau ia mempunyai asasnya, maka tindakan daripada sudut undang-undang mesti diambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan pengedaran penerbitan Prospektus Peluang Pendidikan, Latihan dan Kerjaya Edisi 2010/2011 di Pagoh.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain di Dewan Rakyat berhubung cubaan Anwar menjayakan rancangan 16 Sept 2008.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda