Berdesing telinga aku dengar ego bukan Ngo bukan Islam yang pro pakatan ini, Dewan Konsultatif Malaysia pada Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST)atau The Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) menolak dan memboikot [baca sini] pelawaan jawatankuasa antara agama yang disarankan kerajaan...
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh TS Muhyiddin, perkara remeh temeh yang diperbesarkan oleh pihak tertentu untuk politik kepentingan mereka... hakikatnya memang tidak ada niat langsung dalam hati mereka untuk mengadakan persefahaman mereka dengan Islam yang sentiasa menjadu musuh mereka...
Jika mereka jujur, perkara remeh temeh ini pastinya tidaklah menjadi halangan utama yang sangaja mahu diperbesarkan.. jadi memang betullah prvokasi TS Muhyiddin yang mahu melihat sejauh mana keihklasan pihak ini untuk berunding dan berbincang.. kerana mereka sememangnya agenda lain selain lain memelihara keamanan dan keharmonian antara agama.
Sekarang ini rakyat melihat betapa egonya Pertubuhan ini, hingga jemputan untuk berdialog antara Islam dan bukan Islam juga ditolak?.. siapakah mereka?.. hormatlah Islam yang 65% agama majoriti di sini yang dianuti oleh Bangsa Melayu..
Ianya menimbulkan persoalan kenapa mereka menolak dialog dan perbincangan ini?.. adakah mereka ini mempersoalkan perlembagaan persekutuan yang jelas dalam perkara 3 Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Bahawa perlu jelas dengan apa yang dikatakan TS Muhyidin adalah dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan yang perlu dihormati dan bukanlah memandai-mandai sebagaimana Pemimpin Pakatan Rakyat.
Ini semuanya adalah gerakan Yahudi dan Kristian yang mahukan Islam terus diperkecil dan ditindas... apa yang mengenai Islam akan terus dipersoal... malangnya perkara ini di sokong oleh PAS yang kononnya memperjuangkan Islam...
Ini semua alasan untuk menggagalkan dialog antara agama.. ini adalah contoh pemikiran ekstrem pertubuhan ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan