Khamis, Oktober 07, 2010

Agen Yahudi pantau PRK Galas

Komfirm.. muka tak mancung, hidung tersorong-sorong.. walaupun tidak dibenarkan memantau Pilihanraya, namun Mafrel masih berkeras untuk memantau PRK Galas [rujuk sini].
Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata pemantauan tersebut akan dibuat di luar skop peranan dan kuasa SPR.

“Kita akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan SPR bagi membincangkan perkara ini, malah esok (hari ini) kita juga akan bermesyuarat dengan jawatankuasa Mafrel.

“Sekiranya selepas perbincangan SPR tetap tidak akan melantik Mafrel sebagai badan pemantau pilihan raya kecil Galas, kita tetap akan melaksanakannya tetapi di luar kawasan panas yang dibenarkan SPR,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
April lalu, Mafrel mengaku menerima duit dari ajen Amerika untuk membiayai kos operasi mereka [rujuk sini].
Pendedahan Phil Agee, bekas pegawai CIA mengesahkan bahawa MAFREL adalah mata rantai CIA, sebuah badan perisikan terkemuka di Amerika Syarikat.

Menurut Phil Agee, CIA menubuhkan satu pasukan task force untuk memantau pilihan raya di peringkat Asia Pasifik yang dikenali sebagai NAMFREL berpusat di Filipina.

Menurut bekas pegawai CIA itu lagi walaupun diwar-warkan motif NAMFREL adalah untuk 'memantau pilihan raya' tetapi peranan badan itu lebih besar daripada itu, iaitu campur tangan dan membantu calon proksi Amerika Syarikat di sesebuah negara itu.

NANFREL adalah singkatan kepada Nasional Association Free Election.

Menurutnya lagi, sebelum ini CIA pernah menaja beberapa yayasan Kristian Jerman seperti Friedrich Ebert Foundation (FEF) dan Konrad Adeneur Foundation (KAF) untuk melaksanakan misi yang sama.
Sebuah badan pemantau yang kononnya mengaku sebagai bebas sebenarnya tidak bebas.
Menurut Abd Malek Hussin penubuhan MAFREL di Malaysia kerana bantuan dana daripada IRI dan IRI sendiri mengakui menaja badan 'pemantau pilihanraya' Malaysia itu. Klik di sini

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Malaysia adalah salah seorang panel pemikir NED yang dilantik sejak dari tahun 2007 [klik di sini] dan NED khususnya IRI telah terlibat secara langsung membantu karier politik Anwar di Malaysia khususnya dalam PRU 12. Klik di sini

Hakikatnya Mafrel adalah oranng suruhan Anwar Aljuburi yang berselindung di sebalik nama pemantau bebas... adakah pembangkang benar-benar bebas? jawapannya tidak!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa nak jadilah dengan orang melayu nih. Kita ni makin lama makin bodoh ke? Marilah kita sama2 menegakkan kebenaran walaupun ramai orang kita yang macam dah hilang pertimbangan sehingga sanggup menggadai agama, bangsa, dan negara. Kepada yang masih bersekongkol dgn musuh negara dan agama kit tu, cepat2lah bertaubat.

Kongsi Link Anda