Khamis, Oktober 07, 2010

Patutpun Anwar takut

oleh : AzliSyukri



Segalanya Bermula Apabila
Dua Akuan Bersumpah Rahimi Osman
Hilang Dalam Simpanan Latheefa Koya?


1. Ramai yang agak keliru dan tidak faham apakah yang sebenarnya berlaku berhubung isu terbaru yang melibatkan Rahimi Osman, bekas Pegawai Khas yang membuat laporan polis baru-baru ini. Para penyokong fanatik Anwar Ibrahim, termasuk Sayuti Omar, menyoal mengapa baru sekarang Rahimi Osman mendedahkan bahawa beliau telah dipaksa menandatangi akuan sumpah yang menyokong Anwar Ibrahim, bagi membantu kemenangan kes liwat Anwar Ibrahim di mahkamah. Mereka bertanya, mengapa setelah setahun kes liwat Anwar Ibrahim berjalan, baru hari ini Rahimi Osman bersuara. Pada hemat saya - inilah kenyataan jahil lagi mengarut para penyokong Anwar yang selama ini sangat fanatik dan tidak dapat menerima kebenaran.

2. Sebenarnya, isu ini bermula apabila Rahimi Osman menyedari akuan bersumpah aslinya yang ditandatangani pada bulan 28 Jun 2008 telah hilang dalam simpanan Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. Oleh kerana akuan sumpah tersebut telah hilang, maka percubaan untuk mendapatkannya semula hanyalah dengan cara meminta agar Rahimi Osman sekali lagi melakukan akuan bersumpah, seperti mana akuan sumpahnya pada bulan 28 Jun 2008 itu. Bagi mengelakkan dirinya sekali lagi terperangkap dengan niat jahat para peguambela Anwar Ibrahim, maka Rahimi Osman telah membuat laporan polis.

3. Menurut Rahimi Osman beberapa bulan yang lalu, Latheefa Koya agak terdesak untuk memperoleh semula akuan sumpahnya yang telah hilang dalam simpanan Latheefa Koya Oleh kerana akuan sumpah tersebut telah hilang, maka cara terbaik adalah dengan meminta Rahimi Osman melakukan akuan sumpah semula. Dan inilah yang sama sekali tidak dipersetujui oleh Rahimi Osman.

4. Oleh kerana akuan sumpah yang dilakukan oleh Rahimi Osman pada 28 Jun 2008 merupakan akuan bersumpah yang dipaksa ke atas dirinya tanpa kerelaan, maka apabila beliau diminta sekali lagi untuk membuat semula akuan sumpahnya yang telah hilang dalam simpanan Latheefa Koya itu, maka, sudah pastilah beliau tidak mahu dan cuba melarikan diri. Sebab itulah, mengikut kenyataan Rahimi Osman, beliau cuba beberapa kali menjauhkan diri daripada Latheefa Koya yang cuba meminta agar dia sekali lagi menandatangi satu lagi akuan sumpah, kerana akuan sumpah yang lama/asal telah hilang.

5. Soalnya sekarang, mana perginya dua surat akuan sumpah yang telah ditandatangani oleh Rahimi Osman pada 28 Jun 2008 itu? Dan apakah kandungannya? Inilah KUASA ALLAH! yang Maha Besar. Allah mahu menyelamatkan Saiful Bukhari daripada terus dianiayai oleh Anwar Ibrahim, sehingga akuan bersumpah Rahimi Osman yang sepatutnya disimpan rapi oleh para peguam Anwar dengan secara tiba-tiba telah hilang.

6. Oleh sebab itulah, para peguam Anwar Ibrahim terpaksa melakukan pelbagai cara bagi menangguh dan terus menangguh kes liwat Anwar Ibrahim, sehinggalah pasukan peguambela Anwar menemui semula dua akuan bersumpah yang telah dipaksakan ke atas Rahimi Osman. Untuk menyelamatkan Anwar, hanya akuan bersumpah Rahimi tersebut sahaja yang mampu membebaskan beliau daripada kembali ke penjara.

7. Dua akuan bersumpah Rahimi Osman yang telah hilang itu sangat berguna kepada para peguambela Anwar Ibrahim, khususnya Karpal Singh. Oleh sebab itulah, jika sesiapa sedar, beberapa minggu yang lalu, Karpal Singh sering mendakwa, bahawa pasukan peguambela Anwar akan memastikan Perdana Menteri dan isterinya "dipaksa" hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi penting kes liwat Anwar Ibrahim.

8. Usaha untuk memastikan DS Najib dan Rosmah "diwajibkan" turun ke mahkamah hanya dapat dilakukan, sekiranya terdapat keperluan besar dan pertimbangan hakim yang relevan untuk berbuat sedemikian. Dan cara terbaik untuk memaksa Najib dan Rosmah menjadi saksi kes liwat Anwar Ibrahim hanyalah melalui akuan bersumpah Rahimi Osman - melalui akuan bersumpah ini sahajalah yang akan "memaksa" hakim untuk memanggil Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah sebagai saksi - dan sekiranya hal ini benar-benar berlaku, maka kes liwat Anwar Ibrahim akan menjadi isu politik dan bukan isu peribadinya lagi.

9. Dan inilah yang sebenarnya yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim - beliau mahu memerangkap Najib - sekurang-kurang Naib sanggup untuk hadir sebagai saksi pun sudah memadai. Sekarang, tanpa dua akuan bersumpah Rahimi Osman, peguambela Anwar Ibrahim sudah tidak boleh melakukan apa-apa lagi. Mereka sepatutnya menyalahkan Latheefa Koya yang telah menghilangkan dua akuan sumpah Rahimi Osman tersebut. Tapi, pada hemat saya inilah kuasa Allah yang jelas lagi terang, berkenaan siapakah yang benar, dan siapa pula yang salah.

10. Soalan mula timbul, mengapa baru sekarang Rahimi Osman mahu mendedahkan bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah tersebut? Jawapannya mudah. Selagi dua akuan bersumpah yang telah beliau tandatangani itu masih berada dalam simpanan Latheefa Koya, maka Rahimi Osman tidak boleh berbuat apa-apa, kerana dia telah diperangkap dengan dua akuan bersumpahnya itu.

11. Tetapi, sejak beberapa bulan yang lalu Rahimi Osman didesak untuk menandatangi semula akuan bersumpahnya oleh Latheefa Koya, maka beliau mula yakin, sesungguhnya dua akuan sumpahnya yang terdahulu telah pun hilang dalam simpanan para peguambela Anwar Ibrahim - maka inilah peluang terbaik Rahimi Osman untuk mendedahkan segala tipu muslihat Anwar Ibrahim and the gengnya berhubung paksaan mereka terhadap beliau untuk menandatangi dua akuan bersumpah yang sebenarnya penuh dengan kepalsuan dan penipuan.

12. Sekiranya dua akuan sumpah Rahimi Osman yang terdahulu, ditulis dan diakui secara sukarela oleh Rahimi, saya yakin sudah pasti beliau tiada masalah untuk membuat sekali lagi akuan sumpahnya, apabila diminta oleh Latheefa Koya bagi menggantikan dua akuan sumpahnya yang telah hilang itu. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya, Rahimi enggan bekerjasama dengan Latheefa Koya untuk membuat semula akuan sumpahnya yang telah hilang itu, maka jelaslah dua akuan sumpah Rahimi Osman yang terdahulu telah dibuat secara paksaan dan tanpa kerelaan Rahimi Osman sendiri - lantaran itulah beliau tidak mahu lagi membuat akuan bersumpah untuk menggantikan dua akuan bersumpahnya yang telah hilang itu, kerana dua akuan sumpahnya dahulu telah dibuat secara paksaan.

13. Soalnya sekarang ialah, apakah kandungan dua akuan bersumpah yang telah ditandatangi oleh Rahimi Osman pada 28 Jun 2008 itu? Soalan ini timbul apabila dalam laporan polis yang dibuat oleh Rahimi Osman, sama sekali tidak tertera secara jelas apakah kandungan dua akuan bersumpah beliau itu. Hal ini terjadi adalah disebabkan Latheefa Koya tidak memberi apa-apa salinan kepada Rahimi Osman setelah dia menandatangi dua akuan sumpahnya itu. Namun demikian, antara andaian awal, ada yang mendakwa bahawa akuan bersumpah pertama Rahimi Osman adalah berkaitan dengan dakwaan "beliaulah yang sebenarnya telah meliwat Saiful", manakala akuan bersumpah kedua pula adalah berkaitan dengan dakwaan, "konspirasi DS Najib dan Saiful untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim".

14. Tetapi malangnya, sehingga sekarang kedua-dua akuan sumpah Rahimi Osman itu telah hilang. Malah, Rahimi Osman pun tidak berapa ingat secara keseluruhan kandung akuannya itu. Tanpa akuan sumpah yang asal Rahimi Osman, maka Anwar Ibrahim semakin panas dan gagal untuk membina plot dan teori konspirasinya. Saya yakin dan percaya, Latheefa Koya sudah dimarahi oleh Anwar Ibrahim kerana menghilangkan dua akuan sumpah Rahimi Osman yang sangat penting itu.

15. Tetapi, sekali lagi, saya tegaskan, inilah KUASA ALLAH yang Maha Besar. Apabila dua akuan sumpah Rahimi Osman telah hilang, maka berakhirlah sudah plot pembohongan Anwar Ibrahim selama ini - jelaslah sudah, sesungguhnya Saiful Bukhari berada di pihak yang benar. Malah, kita juga mencabar Latheefa Koya agar segera mendedahkan dua akuan sumpah Rahimi Osman tersebut, jika benar ia masih berada dalam simpanan mereka. Allah Huakhbar!

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Latifah Toye lapang sasar si Nuar ni terkejut beruk bila surat akuan secara paksa itu hilang.... macam mana tak takut bro.... segala penipuan mereka dengan Anwar sedikit demi sedikit terbongkar...

Allah maha adil....

marilyn berkata...

Jika semua ini benar berlaku,
nampaknya kebenaran mula timbul...

Semoga kebenaran tibul cepat skit.tak sabar dah ni.hehehehe....

Kongsi Link Anda