Popular Today

Sabtu, Januari 22, 2011

PRK Tenang : apabila jenazah pun dipolitikkan PAS

petikan  : Pejuang Bangsa


LABIS 22 JAN – Imam Masjid An-Nur, Felda Tenang, Hj Mohd Shariff Hj Hasan kesal dan kecewa dengan tindakan penyokong Pas yang mempolitikkan Fardhu Kifayah semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Menurut beliau dakwaan bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, terbiar dan tidak diuruskan oleh kariah Felda Tenang adalah satu penipuan dan pembohongan melampau.

“Beliau sebenarnya Setiausaha UMNO cawangan Kolam Air…..Saya sendiri yang baca Talqin manakala proses menggali kubur dan sebagainya diuruskan oleh jawatankuasa khairat kematian yang diketuai oleh Hj Hamzah Abd Manaf. Jika mereka mengatakan jenazah terbiar, itu adalah satu kenyataan yang tidak benar.

“Takkanlah penduduk di sini begitu jahil dan begitu zalim sekali membiarkan jenazah Allahyarham sedemikian rupa. Janganlah buat dakwaan karut-marut semata-mata musim pilihan raya kecil ini,” katanya.



Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61,terbiar dan tidak diuruskan. Mereka seterusnya mendakwa ianya diuruskan oleh petugas Pas daripada Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, beliau seterusnya berkata Allahyarham yang menetap di Segamat telah meninggal dunia secara mengejut pada awal pagi 18 Januari di Hospital Segamat.

“Dan setelah selesai segalanya, jenazah Kemudiannya dimandi dan dikafankan di Hospital terbabit. Pada waktu itu, kita difahamkan jenazah hendak disemadikan selepas solat asar.

“Memandangkan bapanya adalah seorang peneroka di sini, dan atas permintaan keluarga agar jenazah di semadikan di Felda Tenang, kita telah menghantar van jenazah daripada Masjid Felda Tenang untuk di bawa ke masjid ini kerana rumahnya tidak lagi didiami. Jenazah kemudiannya sampai lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.

“Dan secara kebetulan, pada tarikh berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Felda Tenang. Dan saya akui saya turut pergi ke majlis berkenaan yang berdekatan dengan rumah saya.

“Semasa ketibaan jenazah, Bilal, Mohd Yusof Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali turut menyambut ketibaan jenazah terbabit. Apakah ini mengatakan kita membiarkan jenazah berkenaan,” katanya.

Sambung cerita berkenaan, beliau seterusnya memberitahu setelah jenazah sampai, mereka mengambil keputusan untuk mengkebumikan selepas solat Zohor.

“Saya yang ketika itu berada di majlis bersama PM kemudiannya bergegas pulang setelah dimaklumkan oleh Hj Hamzah. Dan ketika pulang kerumah, rumah pula berkunci kerana ianya dipegang oleh isteri saya yang kebetulan turut pergi ke majlis bersama Datuk Seri Najib.

“Oleh kerana saya mahu menyegerakan urusan jenazah terbabit, saya memecahkan tombol pintu rumah saya untuk mempersiapkan diri bagi mengimamkan solat jenazah. Namun setelah sampai di masjid yang berhampiran dengan rumah saya, jenazah telah disembahyangkan.

“Saya kemudiannya bertanya kepada Hj Hamzah perkara berkenaan dan dijawab oleh beliau bahawa perkara itu berlaku terlalu pantas. Saya kemudiannya mahu menunaikan solat jenazah bersama beberapa penduduk yang lain, namun jenazah terbabit telah diangkat secara tergesa-gesa oleh sekumpulan yang memakai baju tertera lambang Pas,” katanya.

Katanya lagi, beliau berperasangka baik dan tidak mengesyaki apa-apa niat yang buruk serta menganggapnya satu kebaikan.

“Saya berpendapat jika mereka ikhlas Alhamdulillah…Namun jika ada niat tersembunyi mereka adalah golongan yang tidak beriman kerana sanggup memperalatkan fardhu kifayah untuk memburukkan pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hj Md Salleh Md Ali menyifatkan budaya sedemikian adalah budaya orang luar yang cuba memporak-porandakan perpaduan penduduk setempat.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini kerana masyarakat Felda Tenang menghormati antara satu sama lain. Malah tidak timbul langsung soal sama ada BN atau Pas.

“Ini kerana masing-masing tahu itu hanyalah politik dan soal pergaulan tidak terbatas oleh parti. Malah kenduri kendara sekali pun kita tidak tidak ambil kisah sama ada mereka itu Pas atau UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Bilal Masjid Masjid An-Nur Mohd Yusof Hashim berkata isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Saya secara peribadi tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan kejadian yang berlaku Selasa lalu menunjukkan perangai Pas begitu “hodoh” kerana sangggup memburukkan pihak tertentu demi politik.

“Malah terlintas di hati saya pada ketika ini, mungkin masa mereka angkat takbir ketika solat jenazah, mereka mungkin terfikir dah ada satu isu untuk dipolitikkan…Itu adalah hati kecil saya. Saya cukup marah dan amat sedih sekali,” katanya.

Beliau seterusnya bekata pihaknya tidak pernah menyangka perkara itu terjadi sedemikian rupa.

“Saya tidak sangka Pas sanggup mempolitikkan perkara ini. Sungguh saya tidak sangka sama sekali…,” katanya. -MediaUMNO

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya percaya penjelasan Imam tu, tapi apasal Najib tak ziarah langsung walhal dah dekat sangat tempat nya.

kalau kena saudara saya yg meninggal tu , saya mungkin pikir 2 kali utuk undi BN kali ni.

cikbunge berkata...

subhanallah..
sy bukan na sokong sape2, tp,
kita sendiri ta tahu.. apa yang PM bt kat sna..mungkin, PM sndiri pun ta tahu ada kematian di kawasan bersekitaran.. jangan salahkan sbelah pihak saja..

sy rase, kita sendri bleh fikirkan..betapa siboknya PM kita pada hari kejadian..mesti jadualnya penuh diaturkan..

* ta suka orang yang berfikiran sempit dan menuduh tanpa usul periksa.. fikir dulu sebelum berkata-kata.. jagan sampai kebodohan sendri terlihat dek orang laen.

Kongsi Link Anda