Popular Today

Jumaat, Mei 16, 2014

Artis Malaysia : peminat melampau atau artis tidak sensestif??

GARA-GARA KONGSI GAMBAR NELYDIA SEDANG TIDUR, QI RAZALI DIKRITIK PEMINAT?


Bila sudah bergelar selebriti, segala yang dilakukan pasti akan jadi perhatian banyak pihak. Seperti kebiasaan, mereka juga insan biasa seperti kita. Mahu berkongsi detik suka duka dalam laman sosial mereka. Cuma kadang-kadang apa yang mereka kongsikan disalah ertikan oleh segelintir peminat.
Terbaru, Instagram pelakon Qi Razali menjadi sasaran kritikan peminat. Ia gara-gara Qi berkongsi gambar Nelydia Senrose sedang tidur bersama seorang kanak-kanak lelaki dan Qi menyelitkan kapsyen, ‘Awwww…what a sight…Ciri2 keibuan… :)’.
Sekali pandang, rasanya tak ada apa yang salah dengan gambar berkenaan. Cuma terdapat pula segelintir pengikut Qi yang melihat ianya sebagai satu kesalahan dan menganggap tidak manis untuk dia berkongsi gambar sedemikian.
instagram-qi-razali
Ada juga yang beranggapan, Nelydia berbaring di atas perut seseorang dipercayai Qi. Wah, tajam sungguh pemerhatian peminat-peminat. Disebabkan itu, ramai juga yang menasihati Qi untuk segera mengahwini Nelydia bagi mengelakkan fitnah.
komen-peminat-1
komen-peminat-2
Namun demikian, Nelydia kemudiannya membalas komen-komen tersebut dengan menyatakan peminat hanya memperbesarkan isu berkenaan sedangkan tiada apa yang berlaku.
komen-peminat-3
Selain komen negatif, ada ramai juga peminat mereka yang menganggap gambar berkenaan sebagai sesuatu yang ‘sweet’ dan tidak sabar ingin melihat anak-anak Qi dan Nelydia sendiri suatu hari nanti.
Sumber asal: OHBULAN

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda