Jumaat, Mei 16, 2014

Najib mahu saman Malaysiakini

Najib-300x225KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal Malaysiakini berikutan penyiaran dua artikel berkenaan pandangan pembaca tentang kemelut di Terengganu.
Portal Malaysiakini melaporkan, notis tuntutan diserahkan semalam oleh tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili UMNO dan Najib, yang mendakwa dua artikel terbabit mengandungi kata-kata fitnah dan berniat jahat.
Najib dan UMNO turut menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada portal berkenaan serta menarik balik artikel terbabit
Malaysiakini juga dituntut membayar ganti rugi untuk kos kerosakan reputasi yang buruk selain memohon maaf dalam tempoh 48 jam, lapor Bernama.

sumber : KLpost

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda