Popular Today

Rabu, Mei 07, 2014

Ulama bebas politik perlu dalam jawatankuasa khas Hudud -Tun Mahathir



PUTRAJAYA: Jawatankuasa teknikal pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah harus terdiri daripada para ulama bebas dan sesuai yang tidak terbabit dalam politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan pandangan yang prejudis terhadap jawatankuasa itu dan bagi memastikan pelaksanaan hukum tidak memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.

"Perkara utama ialah untuk mempunyai para ulama yang sesuai yang tidak terbabit dalam politik untuk mengkaji perkara ini dan memberi fatwa mereka.

Bukan orang-orang yang jelas menggunakan hudud untuk meraih undi," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas memerhatikan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa terhadap bekas ahli politik dan aktivis sosial Dr Kassim Ahmad atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Pada 2 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebuah jawatankuasa teknikal pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atau hukum Hudud di Kelantan.

Jamil Khir berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan dan PAS.
    
Selain mengkaji pelbagai aspek pelaksanaan undang-undang itu, jawatankuasa itu juga akan menjelaskan perkara itu di semua peringkat termasuk parti-parti politik.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap kontroverisi dalam pelaksanaan hudud akan membantu orang ramai memahami apa itu hudud dan bagaimana ia digunakan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Berhubung tindakan MCA menolak hukum itu dan sama ada ia boleh memecahbelahkan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir ia boleh menjejaskan parti itu.

"UMNO percaya hudud sebagai sesuatu yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, namun apabila ia digunakan oleh sebuah parti politik (PAS) mereka akan menterjemahkannya secara berat sebelah," katanya.


PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa teknikal pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah harus terdiri daripada para ulama bebas dan sesuai yang tidak terbabit dalam politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan pandangan yang prejudis terhadap jawatankuasa itu dan bagi memastikan pelaksanaan hukum tidak memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.

"Perkara utama ialah untuk mempunyai para ulama yang sesuai yang tidak terbabit dalam politik untuk mengkaji perkara ini dan memberi fatwa mereka.

Bukan orang-orang yang jelas menggunakan hudud untuk meraih undi," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas memerhatikan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari terhadap bekas ahli politik dan aktivis sosial Dr Kassim Ahmad atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Pada 2 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebuah jawatankuasa teknikal pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atau hukum Hudud di Kelantan.

Jamil Khir berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan dan PAS.
    
Selain mengkaji pelbagai aspek pelaksanaan undang-undang itu, jawatankuasa itu juga akan menjelaskan perkara itu di semua peringkat termasuk parti-parti politik.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap kontroverisi dalam pelaksanaan hudud akan membantu orang ramai memahami apa itu hudud dan bagaimana ia digunakan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Berhubung tindakan MCA menolak hukum itu dan sama ada ia boleh memecahbelahkan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir ia boleh menjejaskan parti itu.

"UMNO percaya hudud sebagai sesuatu yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, namun apabila ia digunakan oleh sebuah parti politik (PAS) mereka akan menterjemahkannya secara berat sebelah," katanya.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda