Popular Today

Selasa, Jun 03, 2014

PAS gunakan isu halal untuk tutup isu kegagalan Hudud

49a3a5f69fc67d347b288aaffef3c554
HARAKAH mula memainkan peranannya mengelirukan rakyat berhubung isu penemuan DNA babi dalam coklat Cadbury apabila memutar belitkan fakta setelah JAKIM semalam mengesahkan tiada DNA babi dijumpai dalam sampel yang diambil di kilang pengeluaran coklat tersebut.

Cara selamat yang digunakan Harakah ialah dengan memetik beberapa kenyataan beremosi oleh pengguna laman sosial berhubung isu sama, dengan mereka sendiri sekadar mengulas di permukaan saja, tidak langsung menyentuh aspek teknikal yang diperlukan bila membincangkan hal-hal sedemikian.

Sebetulnya tidak ada apa yang perlu dikelirukan.

Pertama, yang mula-mula menjumpai DNA babi ini ialah Kementerian Kesihatan, bukan JAKIM.  Kedua, prosedur yang digunakan kedua agensi ini mungkin berbeza kerana Kementerian Kesihatan menumpu kepada aspek keselamatan makanan, sementara JAKIM menumpu kepada aspek halal/haram.

Yang diperlukan sekarang ialah untuk Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan pula bagaimana mereka memperolehi keputusan yang menunjukkan penemuan DNA babi itu dan dari mana sampel itu diperolehi.  Ada kemungkinan sampel itu diperolehi dari coklat yang dikeluarkan bukan dari negara ini atau pencemaran semasa ujian dijalankan.

Itu saja.

Lagipun apa nak kecoh-kecoh sebab dalam soal halal/haram makanan ini, pokok pangkalnya ialah keyakinan kita.  Kalau tidak yakin, lebih baik jangan makan, senang, apa yang susah sangat?  Coklat cardbury ini bukan makanan ruji pun, makanan sampingan saja.

Bercakap tentang para di atas, inilah antara yang buat penulis susah sangat nak faham kenapa Harakah bersungguh-sungguh mempolitikkan isu ini?  Adakah kerana nak jatuhkan kredebiliti kerajaan atau nak jatuhkan kredebiliti JAKIM saja?

Maklum sajalah, sejak jawatankuasa untuk mengkaji perlaksanaan hudud ditubuhkan antara kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan yang diwakili JAKIM, agensi itu memang menjadi serangan penyokong PAS yang tidak berpuas hati kenapa parti kesayangan mereka perlu merujuk kepada JAKIM untuk melaksanakan hudud.

Seolah-olahnya ulama dalam PAS tak cukup ilmu sehingga perlu merujuk kepada JAKIM.  Tak sebut lagi, isu hudud ini ditimbulkan kembali semata-mata untuk menjaga air muka Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub yang berjanji meletak jawatan kalau hudud tidak dilaksanakan sepanjang dia berkuasa, bukan betul-betul nak laksana pun.

Tapi nak kondem terang-terang tak berani, biasalah PAS, sebab itu isu coklat ini dijadikan peluru untuk menjatuhkan kredebiliti JAKIM, supaya bila perbincangan hudud ini mencapai jalan buntu besok, JAKIM boleh dipersalahkan kerana tidak layak dan sebagainya dengan mengambil isu DNA babi ini sebagai contoh.

Nampak macam tak berkaitan (coklat & hudud) tapi bagi siapa yang biasa dengan politik PAS, ini bukanlah satu keganjilan, tapi memang modus operandi yang biasa.

sumber : Mykmu

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda