Sabtu, Oktober 09, 2010

Selamat menunaikan Haji yang Mabrur


Labbaikallahhumma Labbaik.. Labbaikallah humma la syarikala kala baik...

MADINAH: Rombongan pertama jemaah haji Malaysia seramai 340 orang selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz di sini kira-kira pukul 7.02 pagi waktu tempatan (12.02 tengah hari waktu Malaysia).

Selesai urusan pemeriksaan imigresen dan kastam yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam, mereka dibawa dengan bas ke hotel penginapan Anwar Al-Madinah Movenpick dan hotel Al-Haram berdekatan Masjid Nabawi di sini.

Ketibaan rombongan itu dari Kuala Lumpur di hotel Anwar Al Madinah kira-kira 8.17 pagi disambut Duta Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji (TH) Datuk Ismee Ismail, Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Khalid Nordin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan ketuaMuassasah bagi Malaysia, Dr Yusof Ahmad Hawala.


Alhamdulillah rombongan Jemaah haji pertama Malaysia dah sampai dengan selamat.. semoga melaksanakan haji yang mabrur.. Amin

Sumber: Mstar

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda