Popular Today

Jumaat, Oktober 23, 2009

Kongsi pendapat anda tentang bajet petang ini

0 Komen!!!
Apa yang anda harapkan pada pembentangan bajet petang ini?

Dapat Bonus? Pengecualian cukai?

Kongsikan pendapat anda...

Panas - Nik Aziz mahu Hadi dipecat

1 Komen!!!
So .... Apa dah jadi dalam PAS... nampaknya marah sangat Nik Aziz pada Hj Hadi sehingga beliau sendiri mahu jadi presiden... nampaknya Perpecahan terbesar bakal berlaku dalam PAS.

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.

hadi awang interview 040208 anger"Bila mesyuarat agung tidak mahu tukar presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.


Sumber : Malaysiakini

PKR akhirnya tunduk kepada Jeffry Ketingan

0 Komen!!!

Akhirnya PKR terpaksa tunduk kepada Jeffry Ketingan berhubung isu pelantikan Pengerusi PKR Sabah dan ianya bakal diumum Ahad ini.

Ianya berikutan memoradum bantahan terhadap Azmin yang di keluarkan oleh PKR Sabah terhadap Azmin yang dikatakan gagal mencapai prestasi dan hanya menggunakan kroni beliau dalam isu pelantikan jawatan dalam PKR Sabah.

Tetapi Azmin yang juga Naib Presiden PKR bagaimanapun menafikan keputusan untuk menggantikannya dibuat kerana desakan bahagian-bahagian parti itu di Sabah sebaliknya sebagai satu strategi untuk menguatkan parti.

“Keputusan ini bukan kerana desakan tetapi untuk memberi peluang kepada muka baru dan pemimpin tempatan menerajui parti.

“Saya hanya tengok memorandum (bantahan) malam tadi. Saya hormati pandangan ketua-ketua bahagian. Apa yang mereka lakukan hanya untuk menguatkan parti di sini. Tidak ada persoalan untuk menyingkirkan saya keluar (sebagai pengerusi perhubungan negeri). Jadi jangan buat spekulasi yang bukan-bukan,” katanya.



Tindakan Azmin menafikan perkara ini menampakkan pembohongan beliau kepada rakyat mengenai krisis PKR di Sabah kerana memorandum tersebut menceritakan sebaliknya. Tindakan PKR yang dikatakan terpaksa merombak parti tersebut dilihat hanya usaha untuk menutup pekong di dada mereka akibat krisis yang belkau dalam PKR.

Tindakan tegas kepada penyeleweng

0 Komen!!!
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

MINGGU ini kita dihidangkan Laporan Ketua Audit Negara 2008. Seperti laporan bagi tahun-tahun sebelumnya, ia masih mengesan kes-kes pembelian atau pembekalan barangan atau alatan kepada agensi-agensi tertentu pada harga yang tidak munasabah.

Kes komputer riba yang dibeli pada harga RM84,640 seunit berbanding harga pasaran terbuka bagi jenis dan model yang sama RM9,000; peralatan makmal telekomunikasi yang dibeli pada harga berbeza antara RM1,240 dan RM30,510 seunit sedangkan harga di pasaran hanya RM900 seunit; dan kes bayaran bagi petrol pada kadar RM300 seliter berbanding harga pasaran tidak pun sampai RM2 seliter, adalah antara contohnya.

Ia menggambarkan wujud kelemahan yang memberi kesan kepada perbelanjaan wang kerajaan; yang perlu diambil tindakan segera.

Sungguhpun kes-kes luar biasa itu dari segi peratusannya adalah rendah berbanding dengan kos pembekalan peralatan kepada jabatan atau agensi kerajaan, ia tetap tidak boleh dipandang ringan. Tindakan pembetulan perlu dilakukan dengan memastikan mereka yang diamanahkan perlu mengambil tanggungjawab tersebut.

Jika kita memberi penghargaan kepada kakitangan kerajaan yang menunjukkan prestasi cemerlang; tindakan perlulah diambil ke atas mereka yang gagal dalam kerja mereka.

Awang – Diaudit pembaca.

kerana gemuk?

0 Komen!!!

JOANNA Gilbert mengakui dirinya gemuk tetapi itu bukan halangan.


KUCHING 22 Okt. - ''Saya kecewa... cita-cita saya dihalang kerana gemuk,'' itulah luahan Joanna Gilbert, 29, yang diminta berhenti daripada mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Rajang, Sarawak.

Beliau yang menganggarkan beratnya 110 kilogram mengakui dirinya gemuk tetapi mempertahankan cita-citanya kerana tiada sebarang arahan dalam surat pendaftaran melarang pelatih gemuk mengikuti kursus perguruan tersebut.

Malah, beliau terpaksa membuat surat menarik diri untuk mendapatkan semula bayaran pendaftaran sebanyak RM300 yang dikenakan untuk pelatih baru.

Menceritakan detik-detik tersebut, beliau berkata, apa yang menyedihkannya ialah apabila dihalang mendaftar masuk mengikuti kursus perguruan tersebut pada 22 Jun lalu.

''Saya ketika itu sedang mendaftar apabila dipanggil ke bilik Timbalan Pengarah IPGM Kampus Rajang yang saya tidak ingat siapa namanya.

''Ketika dalam bilik itu, saya diarahkan untuk menarik diri daripada mengikuti kursus tersebut, saya terdiam kerana terlalu sedih.

''Sedangkan saya masih belum melakukan pemeriksaan doktor. Jika doktor melarang barulah wajar saya menarik diri daripada mengikuti kursus tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Apa yang menyedihkan katanya, ialah perasaan ibu bapanya yang kecewa apabila tidak dapat menunaikan hasrat untuk menjadi seorang guru.

IPGM Kampus Rajang terletak di Bintanggor iaitu di Bahagian Sibu.

Joanna berkata, tidak ada sebarang larangan seperti pelatih yang gemuk tertera dalam surat tawaran mendaftar.

''Saya kesal dan berharap dengan pendedahan seperti ini, pihak IPGM akan lebih peka dan tidak berlaku perkara yang sama pada orang lain,'' jelas beliau.

Gobind gagal permohonan gantung dari sidang Dewan Rakyat

0 Komen!!!


22/10/2009 4:03pm

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Mahkamah Tinggi (bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas) menolak permohonan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa penggantungannya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu tahun sebagai tidak sah dan terbatal.

Walaupun perintah penggantungan selama satu tahun tersebut kekal namun mahkamah memutuskan Gobind berhak ke atas faedah sebagai Ahli Parlimen. - Utusan

Isa: PAS pertikai undi pos nak jaga hati penyokong

2 Komen!!!
Okt 22, 09 4:52pm
Tindakan PAS untuk terus mempersoalkan ketelusan undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini adalah untuk menjaga perasaan penyokongnya yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan parti itu, kata calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

isa samad interview 150509Katanya ini kerana parti itu sudah menanam lebih awal keyakinan bahawa PAS akan menang kerusi tersebut, kepada para penyokong hingga mereka sanggup datang beramai-ramai dari seluruh negara.

"Bagi menjaga perasaan penyokongnya kononnya PAS kuat, parti itu terpaksa mencari alasan dan menjadikan undi pos sebagai 'kambing hitam'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pengedanlian hotel bajet anjuran Persatuan Hotel Bajet Malaysia di Port Dickson hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang mempertikaikan ketelusan undi pos dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam dan bercadang memfailkan petisen mencabar kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut.

Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober itu, Mohd Isa menang dengan majoriti 5,345 undi mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Mohd Isa berkata tindakan PAS itu menyerlahkan sikap sebenar parti itu yang akan terus mempersoalkan sistem di negara ini sekiranya tidak memihak kepada mereka.

"Jika membawa untung, mereka akan menyokong. Ini adalah sikap sebenar PAS dan pembangkang," katanya. - Bernama

ADUN PKR liwat bekas isteri?

0 Komen!!!
PKR: Biar polis siasat SMS terhadap ADUN

PKR Pulau Pinang tidak akan menjalankan siasatan dalaman terhadap penyebaran SMS yang mendakwa seorang ADUN dari parti itu telah meliwat bekas isterinya, kata Pengerusinya, Datuk Zahrain Md Hashim.

Sebaliknya, kata beliau, pimpinan PKR negeri itu menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Batu Uban, S Raveentharan beberapa hari yang lalu.

Zahrain (foto) berkata, beliau tidak tahu siapakah di sebalik penghantaran SMS tersebut, tetapi bersetuju ianya berniat jahat untuk "mencemar kewibawaan Raveentharan".

Katanya, beliau bertanggungjawab untuk melindungi semua ADUN parti di Pulau Pinang, termasuk Raveentharan.

Menurut Zahrain, beliau telah membincangkan isu tersebut dengan Raveentharan beberapa hari lalu dan menasihatkan ADUN itu supaya membuat laporan polis.

"Parti tidak boleh menyiasat isu itu kerana kita tidak pasti di mana nak mulakan. Biarlah polis yang menyiasat... mereka adalah profesional," tambahnya.

Sekurang-kurangnya dua SMS tersebar luas di Pulau Pinang sewaktu perayaan Deepavali baru-baru ini, mendakwa Raveentharan telah meliwat bekas isterinya.

SMS pertama mendakwa bekas isteri Raveentharan telah memfailkan saman sivil berhubung insiden liwat itu, terhadap Raveentharan (foto) di Mahkamah Sesyen.

SMS itu juga mengatakan bahawa wanita berkenaan akan mengadakan sidang akhbar pada jam 6 petang Rabu (21 Oktober) di luar bangunan Dewan Undangan Negeri.

SMS kedua pula mendakwa Raveentharan telah mengugut bekas isterinya dan berjanji untuk membayarnya RM50,000 supaya tidak menghadiri sidang akhbar berkenaan.

Para wartawan datang untuk menghadiri sidang akhbar tersebut tetapi ianya tidak ada.

Raveentharan telahpun membuat laporan polis dan mahu disiasat siapakah yang bertanggungjawab di sebalik penghantaran SMS tersebut.

Sumber : Malaysiakini

Kongsi Link Anda