Popular Today

Jumaat, Oktober 23, 2009

Panas - Nik Aziz mahu Hadi dipecat

So .... Apa dah jadi dalam PAS... nampaknya marah sangat Nik Aziz pada Hj Hadi sehingga beliau sendiri mahu jadi presiden... nampaknya Perpecahan terbesar bakal berlaku dalam PAS.

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.

hadi awang interview 040208 anger"Bila mesyuarat agung tidak mahu tukar presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.


Sumber : Malaysiakini

1 ulasan:

Tips berkata...

nik ajzi ni dah kemaruk dah...
bila hadi nak satukan melayu dan islam..dia bantah...

bila bersekongkol dengan dap haram jadah dia seetuju pulak..

Kongsi Link Anda