Popular Today

Jumaat, Oktober 23, 2009

ADUN PKR liwat bekas isteri?

PKR: Biar polis siasat SMS terhadap ADUN

PKR Pulau Pinang tidak akan menjalankan siasatan dalaman terhadap penyebaran SMS yang mendakwa seorang ADUN dari parti itu telah meliwat bekas isterinya, kata Pengerusinya, Datuk Zahrain Md Hashim.

Sebaliknya, kata beliau, pimpinan PKR negeri itu menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Batu Uban, S Raveentharan beberapa hari yang lalu.

Zahrain (foto) berkata, beliau tidak tahu siapakah di sebalik penghantaran SMS tersebut, tetapi bersetuju ianya berniat jahat untuk "mencemar kewibawaan Raveentharan".

Katanya, beliau bertanggungjawab untuk melindungi semua ADUN parti di Pulau Pinang, termasuk Raveentharan.

Menurut Zahrain, beliau telah membincangkan isu tersebut dengan Raveentharan beberapa hari lalu dan menasihatkan ADUN itu supaya membuat laporan polis.

"Parti tidak boleh menyiasat isu itu kerana kita tidak pasti di mana nak mulakan. Biarlah polis yang menyiasat... mereka adalah profesional," tambahnya.

Sekurang-kurangnya dua SMS tersebar luas di Pulau Pinang sewaktu perayaan Deepavali baru-baru ini, mendakwa Raveentharan telah meliwat bekas isterinya.

SMS pertama mendakwa bekas isteri Raveentharan telah memfailkan saman sivil berhubung insiden liwat itu, terhadap Raveentharan (foto) di Mahkamah Sesyen.

SMS itu juga mengatakan bahawa wanita berkenaan akan mengadakan sidang akhbar pada jam 6 petang Rabu (21 Oktober) di luar bangunan Dewan Undangan Negeri.

SMS kedua pula mendakwa Raveentharan telah mengugut bekas isterinya dan berjanji untuk membayarnya RM50,000 supaya tidak menghadiri sidang akhbar berkenaan.

Para wartawan datang untuk menghadiri sidang akhbar tersebut tetapi ianya tidak ada.

Raveentharan telahpun membuat laporan polis dan mahu disiasat siapakah yang bertanggungjawab di sebalik penghantaran SMS tersebut.

Sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda