Popular Today

Sabtu, Mac 20, 2010

Rencana : Kenapa kita perlukan Model Ekonomi Baru

0 Komen!!!
Saranan Salleh@Utusan Malaysia

KENAPA negara kita memerlukan Model Ekonomi Baru (MEB)? Kita sudah ditinggalkan oleh jiran-jiran kita. Pelaburan asing walaupun ada datang tetapi sudah berkurangan. Syarikat swasta kita sendiri tidak melabur dalam negara sendiri. Mereka pergi ke tempat lain untuk mencari keuntungan.

Kita terlekat dengan pendapatan pertengahan. Negara-negara yang satu masa dulu sama taraf pendapatan dengan kita seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kini telah jauh meninggalkan kita.

Pendapatan perkapita kita hanya setakat AS$7,000 (RM23,100) sedangkan negara yang sama taraf dengan kita satu masa dulu sudah meningkat dua hingga lima kali ganda daripada perkapita kita.

Kenapa pelaburan asing berkurangan? Syarikat asing memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak lagi datang ke sini. Pertama, industri kita masih lagi bertumpukan industri bergaji rendah dan teknologi rendah yang kurang nilai tambahnya dalam produk keluaran.

Kedua, bagi industri berteknologi tinggi, kita tidak memiliki tenaga pekerja yang berkemahiran. Ramai tenaga kerja berkemahiran kita lari ke negara jiran atau negara lain kerana mereka boleh mendapat gaji yang dua tiga kali ganda lebih tinggi daripada negara sendiri.

Golongan profesional kita juga begitu. Ramai yang sudah lari ke negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Singapura, malahan Indonesia sendiri memberikan gaji yang lebih tinggi daripada kita.

Ketiga, ramai pelabur yang merungut susah untuk memulakan perniagaan dengan kerenah birokrasi yang menjadi-jadi. Kalau di tempat lain, apa jua yang perlu untuk memulakan perniagaan – boleh dilakukan dalam beberapa jam tetapi di sini, mengambil masa berbulan.

Satu maklum balas yang tidak pernah kita alami dalam tahun-tahun 1990-an dulu adalah jenayah. Ramai orang luar berasa bimbang dengan keadaan jenayah di negara kita. Ini kerana ia menimbulkan keadaan yang tidak selamat kepada diri dan keluarga. Lihat saja akhbar kita setiap hari dipenuhi dengan kisah pembunuhan, rompakan dan ragut.

Walaupun pihak Kementerian Dalam Negeri berusaha sedaya upaya untuk membasmi jenayah itu, tetapi keadaan masih belum selamat.

Syarikat kita juga tidak melabur dalam negara sendiri. Sumbangan pelaburan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 40 peratus kira-kira 10 tahun dulu jatuh sehingga ke paras 20 peratus. Orang kita sendiri rela melabur di luar negara – kenapa?

Di sini, tidak ada industri yang boleh memberikan mereka keuntungan yang lebih seperti yang boleh diperoleh dari luar negara. Lihat sahaja Vietnam yang sekian lama menjadi mangsa perang dengan Amerika Syarikat selama bertahun-tahun kini telah bangkit mencabar kedudukan jiran-jirannya.

Dari sudut usaha dan inovasi, kita kalah dengan mereka. Apa yang peliknya adalah sektor swasta yang sepatutnya menaikkan taraf teknologi industri kita. Kalau semuanya sudah lari ke negara lain, siapakah yang akan melonjakkan tahap perindustrian kita ke tahap yang lebih tinggi?

Selain itu, sektor awam sedia maklum bahawa rasuah masih belum dapat dibanteras. Mungkin orang yang memberi dan menerima rasuah tidak sedar bahawa orang dalam dan luar negara tahu akan penyakit buruk yang boleh meruntuhkan negara ini.

Keadaan semasa menunjukkan jurang perbezaan pendapatan antara yang kaya dan miskin semakin meluas. Mereka yang duduk di paras bawah 40 peratus mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 dan 80 peratus daripada golongan ini terdiri daripada orang Melayu. Juga jurang antara satu rantau dengan satu rantau lagi juga luas.

Misalnya, antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Kemiskinan di Sabah dan Sarawak, Kelantan dan Terengganu mencapai paras 25 peratus berbanding dengan paras purata nasional 5 peratus.

Apa yang jelas adalah satu keadaan yang ketiadaan kesaksamaan dalam ekonomi antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Kaum majoriti penduduk negara ini merupakan golongan yang kedudukan ekonominya lemah berbanding dengan kaum lain.

Keadaan yang begini mempelawa ketidakstabilan dalam kalangan kaum-kaum di negara ini, dan apa jua dasar yang ingin mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tidak tercapai sepenuhnya disebabkan pelaksanaan yang mempunyai banyak kelemahan.

Salah satu kelemahan yang kerap dibangkitkan oleh pengkritik Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah ia menguntungkan orang-orang tertentu, mereka yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan pemimpin dan pentadbir atau tergolong dalam golongan yang mempunyai pengaruh atau boleh membawa pengaruh.

Oleh itu, DEB tidak sampai ke sasaran yang diinginkan. Tidak hairanlah kalau pengkritik mengatakan mereka yang berdegar-degar menyuruh DEB diteruskan terdiri daripada mereka yang ‘tukang tenggek’ (rent-seekers) yang bimbang peluang-peluang mereka mendapatkan projek secara mudah tanpa bekerja kuat akan musnah kalau tidak diteruskan.

Sebenarnya, negara kita tidak boleh terus dalam keadaan di mana jurang ekonomi antara golongan majoriti (60 peratus) dengan golongan minoriti bertambah luas. Kalau semua bidang ekonomi sudah dikuasai oleh golongan minoriti, bagaimana golongan majoriti ini boleh memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.

Syarikat swasta yang rata-rata dikuasai oleh bukan Melayu tidak akan mengambil orang Melayu bekerja dengan mereka. Mereka yang menguasai rantaian bekalan tidak akan memberikan potongan kepada bahan binaan yang diperlukan oleh kontraktor Melayu. Projek swasta tidak akan diberikan kepada kontraktor Melayu.

Pada waktu yang sama, penjawat awam juga harus mengamalkan dasar adil kepada yang layak menerima tidak kira bangsa. Misalnya, jangan disekat kenaikan pangkat di institusi pengajian tinggi bagi tenaga pengajar yang layak.

Pelajar yang memenuhi syarat kemasukan universiti misalnya tidak patut ditolak. Lesen dan permit tidak patut dibolot oleh sesuatu golongan sahaja.

Banyak reformasi perlu dijalankan selaras dengan pelaksanaan MEB ini. Selain daripada cara menghasilkan modal insan yang boleh memenuhi kehendak negara, perkhidmatan awam juga wajar dilakukan reformasi.

Lihat sahaja masalah yang dihadapi pada masa lalu dengan pelaksanaan misalnya apa yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kalau sesuatu dasar atau program itu tidak difahami dan jenis tindakan yang diperlukan tidak sampai ke peringkat bawahan, sesuatu rancangan, program atau model itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan berjaya.

Hal ini telah dapat kita saksikan pada masa lalu. Program Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputera misalnya ghaib begitu sahaja walaupun ada peruntukan sebanyak 12 kluster dalam pelbagai sektor pembangunan usahawan yang telah dihuraikan dalam RMK-9. Jadi, yang kesembilan pun belum dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, kita kini di ambang memperkenalkan yang ke-10 pula.

Apa MEB akan lakukan adalah mengubah struktur ekonomi negara kita supaya tahap persaingan kita akan lebih meningkat supaya pendapatan perkapita menjelang 2020 adalah AS$17,000 (RM56,100).

Hasrat yang lainnya supaya industri berasaskan pengetahuan ke hadapan, selain daripada tanah, buruh dan modal, serta inovasi dan kreativiti menjadi fokus utama.

Ini adalah satu arahan besar yang memerlukan banyak pihak, baik yang mendokong mahupun yang menyokong seperti institusi kewangan melakukan reformasi masing-masing.

Pendapatan lebih tinggi tidak bermakna memberi gaji yang lebih sahaja. Yang lebih penting adalah peningkatan dalam produktiviti. Kini, angka indeks produktiviti itu rendah dan kita perlu tingkatkannya.

Banyak yang perlu diberikan tumpuan kepada aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) kalau kita ingin maju.

Apa juga kekuatan negara kita seperti sumber alam dan kepelbagaian budaya dan masyarakat harus kita terokai sepenuhnya.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Biar GUNA "Yahudi" dari DIGUNA "Zionis dan Neo-con"

0 Komen!!!




Isu mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 1Israel melalui firma hubungan awam antarabangsa APCO sedang cuba dihebuhkan oleh pembangkang untuk menjadi isu panas di Parlimen hari ini (Khamis 18hb, 2010).

Sebenarnya perkara ini adalah sebahagian dari rancangan propagnda yang diatur PAS untuk memburuk-burukkan slogan 1Malaysia yang telah efektif dalam menarik sedkit demi sedikit sokongan kaum bukan Melayu dari Pakatan rakyat, khususnya PKR dan PAS.

Ekoran dari debat itu, ahli Parlimen Pontain yang juga Ketua Penerangan Malaysia, Dato Ahmad Maslan dan ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah mengadakan sidang akhbar untuk menafikan tuduhan pihak pembangkang.

Khairy mengulang debatnya dengan Lim Kit Siang dalam Parlimen ke luar. Katnya, APCO Worldwide telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan penglibatan dalam membentuk gagasan 1Israel oleh Perdana Menteri Uhud Barak.

Khairy mencabar Kit Siang membuat tuduhan yang sama di luar Parlimen yang mana beliau masih belum berani lakukan.

Bagi menjawab tuduhan propaganda terancang dari Ibu Pejabat PAS dan Biro Politik, APCO tidak mungkin menjadi agensi yang melahirkan konsep 1Malaysia kerana slogan ini sudah muncul di laman blog Perdana Menteri sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri dan sebelum APCO dilantik sebagai juruperunding perhubungan awam antarabangsa.

Kalau isunya slogan yang hampir sama, mungkin PAS boleh terangkan persamaan slogan pilihanraya PAS yang berbunyi “PAS for ALL” yang sama dengan slogan “Israel for All” yang digunakan di Israel.

Walaupun mudah untuk menerangkan isu APCO, pasti ia tidak habis disitu.

Ekoran dari isu ini yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim semalam yang cuba menghubung kaitkan perlantikan APCO dengan negara Zionis tersebut, pihak mereka akan cuba mengungkit Tun Dr Mahathir dengan pelobi berbangsa Yahudi Amerikam, Jack Abramovich yang mengatur pertemuan Tun dengan Presiden baru Amerika ketika itu, George W Bush.

Perlu difahami bahawa ini adalah usaha Anwar untuk mengalih pandang rakyat awam dari rangkaian rapatnya dengan Zionis Israel dan Neo-Con America. Rangkaian Anwar dengan CIA, NED, FFF, IIIT, Mossad dan lain-lain sudah didedahkan dan kini begitu jelas terbuka. (Sila lawati arkib blog AIDC sini).

Bagi yang ingin tahu, Dr Mahathir tidak ada keperluan untuk bertemu Presiden baru Amerika, George W Bush tetapi adalah didesak untuk bertemu oleh rakan-rakan negara kita yang meminta bantuan kita untuk menyampaikan suara mereka ke pada presiden baru Amerika.

Butirnya tidak perlu didedahkan melainkan oleh orang yang lebih mengetahui.

Jack Abram adalah pelobi profesyenal bangsa Yahudi warga Amerika. Amalan membayar pelobi profesyenal adalah amalan sah dari segi undang-undang. Ianya bukan dibayar oleh negara kita pun. Masaalah yang timbul kemudian bukan melibatkan kesalahan bagi pihak Malaysia.

Setelah menerangkan kedua-dua kes APCO dan Jack Abram, ada beberapa perkara yang kita perlu bezakan antara hubungan Anwar dan "Yahudi" dan hubungan kerajaan dengan "Yahudi".

Pertama, pihak Yahudi yang berhubung dengan Anwar adalah berkuasa dalam kerajaan Amerika dan Israel dan terlibat dengan polisi-polisi yang menganiaya negara-ngeara Islam.

Mereka juga adalah operatif dalam agensi-agensi rahsia yang digunakan untuk campurtangan dalam hal ehwal negara lain dan menjalankan kerja-kerja espionage.

Kerajaan Malaysia hanya mengambil khidmat firma-firma profesyenal Amerika dalam perhubungan awam dan pelobi politik yang mana ada penglibatan bangsa Yahudi warga Amerika.

Kedua dan penting, Anwar menerima sumbangan wang dan ekoran dari itu, pasti menerima arahan dari pihak-pihak pembiayanya dan agensi kerajaan asing.

Anwar telah mengubah banyak pendiriannya dan boleh dijangka ia diarah melakukan sesuatu untuk kepentingan pembiayanya yang mungkin bertentangan dengan amalan, kehendak dan kepentingan rakyat dan kerajaan.

Firma yang diambil perkhidmatan oleh kerajaan Malaysia tidak menyumbang wang kepada negara ini dan dengan itu, tidak mengarahkan kerajaan melakukan sesuatu. Sebaliknya, mereka dibayar dan menerima arahan dari kerajaan untuk menjalankan sesuatu.

Anwar diarah Yahudi. Bezanya kita mengarah Yahudi.

Sumber: MyKMU

Media pro ANuwar jadikan China Press isu perkauman!!

0 Komen!!!

Rakyat kini semakin jelas siapa Malaysiakini sebenarnya.. adakah ia entiti media yang bebas atau bias.. namun dengan penjelasan DS Zahrain, Malaysiakini adalah media pro Pakatan Aljuburi yang mendapat pendidikan dan dokongan barat!!!.

Malaysiakini tidak lebih dari media upahan Pakatan Aljuburi dengan rangkaian antarabangsa seperti Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat PKR. Beliau juga adalah salah seorang ’spin doctor’ bagi mereka khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka.

Bukan setakat itu sahaja bahkan laporan awal MalaysiaKini disalurkan kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!.. untuk membohongi rakyat dan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan. Namun dalam masa yang sama laporan ini akan menjadi pencacai kepada ANUwar ALjuburi.

Seorang lagi tokoh spin doktor dan politikus bertopeng ialah Terence Netto adalah penulis upahan mereka. Ini adalah golongan yang mengamal politik jijik dan kotor, dasar matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan pengasas fahaman ‘Machiavelli’ boleh mati terkedu.

Itu adalah sebahagian kata DS Zahrain mengenai siapa itu Malaysiakini yang menjadi barua ANUwar Aljuburi...

Sebenarnya kalau dianalisis satu persatu berita Malaysiakini, ianya sudah cukup membuktikan dakwaan Zahrain tersebut.

Cuba sahaja lihat pada kes China Press yang dikenakan tindakan oleh KDN.. bukankah ianya sesuatu yang jelas mengenai laporan tidak tepat dengan kata lain laporan palsu.
Jadi salahkan laporan palsu ini dikenakan tindakan..

Namun Malaysiakini menjadikan ianya sebagai isu perkauman "Why China Press punished, not Utusan".. ini mudah sebab China Press ialah akhbar berbahasa Cina oleh orang Cina, Manakala Utusan Akhbar Melayu dan berbahasa melayu...

Bila membandingkan ianya akan membandingkan kenapa Cina kena hukum, Melayu tak kena hukum.. bukankah ini perkauman.. setentunya ini adalah hasutan yang menyemarakkan lagi api perkauman...

Kita juga melihat bahawa laporan Malaysiakini hipokrit dan double standart, laporan Berbahasa Melayu lain, Bahasa Inggeris lain, Cina lain.. ini memang jelas mainan halus yang diamalkan Malaysikini sebagai barua ANuwar yang mendapat pendidikan Yahudi dan CIA.

Malaysiakini tidak patut diberikan kebenaran permit untuk diterbitkan lagi.. Media ini telah merosakkan perpaduan dan keamanan negara ini..

Anwar Ibrahim Ke London Bertemu Aktivis Gay/Lesbian.

0 Komen!!!


Dr Novandri Hasan Basri

Kita semua tahu Anwar Ibrahim telah 'melarikan diri' ke London setelah 'dibelasah teruk' di dalam Parlimen. Alasannya ialah beliau akan menyampaikan satu syarahan disebuah pusat pengajian tinggi di sana.

Anwar Ibrahim juga akan berjumpa bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al-Gore dan juga Mary Robinson, bekas Presiden Ireland yang sekarang menjawat jawatan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB.

Pertama, tindakan Anwar Ibrahim keluar negara tatkala Dewan Rakyat sedang bersidang merupakan satu tindakan yang keterlaluan dan tidak bertanggungjawab. Beliau tidak ambil kisah tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat Permatang Pauh untuk mengenengahkan masaalah kawasan di dalam dewan tersebut.

Malah, tugasan beliau di London bukannya tidak boleh dijadualkan terlebih awal supaya tidak mengganggu kehadiran beliau di dalam Dewan Rakyat.

Kedua, beliau juga akan berjumpa dengan Al-Gore. Kita semua tahu bahawa Al-Gore tidak mendapat tempat di hati rakyat Amerika Syarikat dan kerana itu beliau tewas ketika bertanding Naib Presiden Amerika Syarikat.

Al-Gore juga merupakan seorang pemimpin yang tidak menghormati kedaulatan negara Malaysia dan sering kali memberi komen negatif tentang negara tercinta ini.

Apa pun, Al-Gore is not worth a penny to us !

Ketiga, yang menariknya ialah perjumpaan di antara Anwar Ibrahim dengan Mary Robinson, bekas Presiden Ireland. Untuk pengetahuan semua, Mary Robinson pernah dianugerahkan the first "outspoken" award oleh International Gay and Lesbian Human Rights Comission (IGLHRC)

The OUTSPOKEN Award "recognizes the leadership of a global ally to the lesbian, gay, bisexual, transgender and intersex (LGBTI) community whose outspokenness has contributed substantially to advancing the rights and understanding of LGBTI people everywhere."

The first OUTSPOKEN Award was presented in 2005 to the Honorable Mary Robinson, former President of Ireland and the UN High Commissioner for Human Rights.

Nampaknya, Anwar Ibrahim telah sekali lagi mengadu kepada seorang pemimpin Barat yang mendokong penuh hak kebebasan seks songsang, gay dan lesbian!

Pelik sungguh!

Realitinya, kita tidak boleh lagi melihat 'pertemuan' dengan pemimpin-pemimpin yang seangkatan itu sebagai satu kebetulan sahaja. Dan mereka inilah yang beria-ia menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Tetapi sokongan kepada isu yang mana satu?

Apakah sokongan terhadap hak kebebasan untuk mengamalkan gay dan meliwat sesama pasangan tersebut?

Secara logiknya, mereka itu tentu akan menentang sesiapa sahaja yang didakwa oleh sistem kehakiman kerana di dapati meliwat. Bagi mereka, meliwat adalah satu keinginan kaum gay yang perlu dihormati oleh masyarakat!

Apakah kita masih tidak sedar lagi ?

Sumber : Dr. Novandri

Sivakumar Terus Menyamar Speaker: R. Ganesan Buat Laporan Polis

0 Komen!!!


Mantan Speaker DUN Perak V. Sivakumar terus menyamar sebagai speaker DUN Perak.Berasaskan kepada penyamaran ini R. Ganesan speaker DUN Perak yang dilantik barisan nasional membuat laporan polis hari ini.

ADUN Pakatan yang diketuai Nijar Jamaludin hingga kini terus mempertikai lantikan R. Ganesan, sebaliknya mereka (27 ADUN) masih mengiktiraf V. Sivakumar.

Persoalan kini apa kah sidang DUN Perak pada 30 Mac depan akan sama dengan sidang-sidang yang lalu? Ingat lagi kah sidang bawah Pokok pada bulan Mei, sidang Hotel Hertiage pada bulan September, dan sidang sendiri-sendiri pada oktober lepas?

Apa kah Bandarraya Ipoh akan kecoh lagi pada tarikh itu? Kalau pada bulan Mei, bandarraya Ipoh agak kecoh juga,namun pada bulan September, kekecohan hanya biasa, kecuali perarakan 28 DUN Pakatan ke Hotel Heritage terpaksa diiringi oleh pihak polis. Sidang pada bulan Oktober, pihak bentara DUN terpaksa bekerja lebih,kerana Sivakumar datang memakai jubah speaker. Pihak polis dan bentara terpaksa meminta Sivakumar menanggalkan jubah tersebut. Dalam proses menanggalkan jubah itu, Sivakumar mengoyaknya sedikit untuk kenang-kenangan katanya.

Sidang DUN Perak pada 30 Mac depan, kemungkinan kejadian pada sidang DUN yang lalu tidak berulang, ini kerana Nizar sudahpun memberi kenyataan bahawa mereka akan menjadi wakil rakyat yang baik. Namun persoalan yang ditimbulkan Nizar adalah kedudukan speaker, Datuk M Ganesan yang belum diiktiraf oleh kumpulan Nizar.

Tiga hari lalu dilaporkan Sivakumar, speaker Pakatan yang tersingkir dikhabarkan telah membuat jemputan kepada semua ADUN Perak agar menghadiri sidang DUN Perak yang bakal diadakan pada 30 Mac ini. Yang peliknya jadual yang sama bersamaan dengan jemputan M. Ganesan yang telahpun dihantar kepada seluruh ADUN yang berjumlah 59 itu bahawa persidangan DUN Perak untuk tahun ini akan diadakan pada 30 Mac.

Berasaskan kepada keadaan ini, dapat diramal, bahawa Nizar dan geng akan membuat kecoh lagi pada hari yang ditentukan.

Muhyiddin Yassin Mahu Pendedahan Zaharin Disiasat

0 Komen!!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pembongkaran yang dibuat Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong serta angkatan tentera.

“Pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa patut menilai kenyataan yang dibuat oleh Zahrain itu dan mungkin menyiasat lebih lanjut kenyataan itu dan jikalau ia mempunyai asasnya, maka tindakan daripada sudut undang-undang mesti diambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan pengedaran penerbitan Prospektus Peluang Pendidikan, Latihan dan Kerjaya Edisi 2010/2011 di Pagoh.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain di Dewan Rakyat berhubung cubaan Anwar menjayakan rancangan 16 Sept 2008.

Jumaat, Mac 19, 2010

ANUwar terus mempermainkan Islam di hadapan Kristian?

0 Komen!!!


“In this Allah issue, the idea that Muslims are under threat from Christians is ridiculous to say the least,” he said at a press conference, after his talk at the London School of Economics here yesterday.

Idea yang mengatakan Orang Islam sedang diancam oleh kristian sesuatu yang mengarut!!.. inilah yang dikatakan oleh ANuwar bertemu masyarakat ANtarabangsa... khasnya dalam kalimah ALlah...

Siapa dia ANuwar Aljuburi nak becakap hukum Islam.. ALim Ulama kah dia?.. lulusan Apa ANUwar ni... hanya bahasa Melayu.. tu pun dikatakan FAil... sekarang bercakap macam ulama besar mengenai Islam... Sebab itulah Islam menjadi rosak apabila bukan mereka yang bercakap tentang Islam..

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. (Al Baqarah :120)

Apakah makna Allah berfirman mengenai berhati-hati terhadap Yahudi dan Nasrani.. tidakkah ALlah mahu umat Islam mengambil perkara ini secara serius.. adakah bermakna Allah berfirman ini hanya main-main (ridiculous) sebagaimana ANUwar katakan..

Ini amat merbahaya dan boleh terpesong akidah... Firman Allah bukanlah sesuatu yang main-main atau boleh dipermainkan...!!!

Tidakkah umat Islam perasan terjemahan kalimah ALlah hanya digunakan oleh Kristian di negara-negara Islam sahaja.. tak kan umat Islam tak dapat nak fikir lagi.. tentunya ianya adalah strategi missionary oleh gerakan Kristian..

Dahulu penduduk Islam di Indonesia sebanyak 95% dan bukan Islam pula kurang dari 5%. tetapi Islam di Indonesia sekarang berkurang kepada 70%.. kerana apa.. pancasila yang diamalkan Indonesia.. menyebabkan umat Islam di sana huru hara dan kelam kabut hukum hakamnya.

Umat Islam perlu bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! "Ingatlah "Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.

Umat Islam perlu kembali kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, " sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida', "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku". "Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya".



Jadi Apa yang ANuwar katakan.... Ini semua agenda barat yang mahu jatuhkan negara Islam. Kita kena ingat bahawa Barat tidak akan ikut pemimpin Islam kecuali pemimpin Islam itu telah menjadi talibarut barat..

Apakah ANuwar terlalu hebat akademiknya.. tidak juga.. beliau ini hanyalah pembohong semata-samata... bukanlah akedemik yang hebat.. buku dan jurnal akademik apa yang Anuar keluarkan..

Beliau dipanggil di London School of Economics untuk bercakap ekonomi... apa yang hebat sangat tentang ilmu ekonomi ANuwar.. beliau hanya tahu ilmu kroni, nepotisme dan Rasuah.. tu je...

Kalau berdasarkanm laporan berita ANuwar tak de pun cerita tentang Ekonomi dalam ucapan beliau.. lebih banyak disentuh ialah tentang politik... kalau macam tu, tak payah hantar ANuwar mat sabu pun dah cukup... kalau nak hebat lagi.. hantar je Mahfuz, bolehlah cakap tentang GST..

Cuma beliau sebagai ajen CIA dan Yahudi.. kita tak dapat nafikan beliau ini banyak jaringan di luar negara.. tapi ni semua ajen tajaan CIA dan Yahudi..

Mana ada pemimpin barat yang mahu naikan pemimpin Islam yang betul-betul perjuangkan Islam sebenar. mereka hanya mahukan pemimpin Islam patung belaan AMerika, Barat dan Yahudi yang boleh disuruh buat itu dan ini.. Itu sahaja ANUwar Aljuburi sebenarnya...

Edisi ALjuburi : Nik AJis melindungi kemungkaran ANuwar!!!

1 Komen!!!
Siapa lagi nak 'cover' ANuwar, presiden GAy Semalaysia.. kalau bukan PAS.. siapa lagi nak bersihkan 'sampah' ANuwar kalau bukan PAS...

Senang kata PAS ni hanya digunakan ANUwa ALjuburi untuk menjilat ludah beliau.. dah beliau buat masalah dan gunakan orang lain untuk memebersihkannya..

Siapa lagi yang akan buat fatwa yang mengarut dan sesat untuk pertahan ANuwar Aljuburi kalau bukan Nik Ajis.. Cara nIk Aziz mudah, gunakan Kalimah AlHak tapi untuk perkara batil!!!

Tajuknya macam Nik Aziz ajak rakyat contohi cara berpolitik MCA tapi Nik AJis mengulas dan menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain atau ketuanya di khalayak umum apabila keluar parti.

Macam biasa la. bila kena batang hdung sahabat mereka semuanya tak boleh.. hukum suka hati dia... Nik Ajis kata tak boleh mendedahkan keburukan pemimpin apabila keluar parti.

Tapi bila PAS dan Pkatan Aljubri mendedhkan keburukan UMNO dan BN, maka hukum boleh pulak.. wahai pok Nik wei janganlah nak bermain dengan hukum yang suci ti.. Islam agama suci.. yang kotor ialah PAS yang menggunakan Islam..

Rasanya Nik Aziz tak payahlah nak syarah guna hukum Islam yang menggunakan nafsu beliau semata-mata. ..

Sebagaiman Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." (Al Baqarah: ayat 8-9)

Janganlah PAS nak mewajarkan tindakan sesuatu dengan menjual ayat Quran dengan harga yang murah!! tidak cukupkah PAS peralatkan Islam demi nafsu serakah mereka.. berapa ramai lagi umat Islam yang PAS nak sesatkan.. Sedangkan PAS tidak juga mengamalkan Islam sebagaiman yang sebenar.

Kalau tidak tiada Fitnah terhadap UMNO dan Najib, tiada Fitnah terhadap Rosmah,... siapa yang Fitnah.,... tentunya PAS dan Pakatan Aljuburi.. Kenapa PAS memfitnah.. sebab tiada bukti... semuanya hanya tuduhan yang tiada asas...

PAS patut cermin diri mereka, bukan gunakan islam dan kalimah Allah untuk 'puak dan kroni' mereka semata-mata. Islam ialah agama yang syumul bukan untuk puak tertentu sahaja..

Namun yang jelas ianya memberi kebimbangan yang amat sangat kepada ANuwar Aljuburi.. kalau tak betul tuduhan Zahrain, buatlah laporan polis... tapi PAS tak berani, sebab zahrain bukannya memfitnah... yang Fitnah PAs DAN pAKATN aLJUBURI..

Ke mana ANuwar semasa di parlimen, setentunya jika Fitnah pasti anuwar tidak lari.. namun di sebabkan perkara ini betul, maka ANUwar lari dari sidang parlimen, tidak berani mendengar kebenaran yang ditimbulkan....

Sekarang siapa yang Fitnah dan dedah aib orang... tentunya Aljuburi dan Pakatan mereka!!!

Kongsi Link Anda