Popular Today
Rabu, Disember 31, 2008
100 hari memperingati pembohongan terbesar Anwar Ibrahim
Ianya adalah satu satu pembohongan yang amat besar khasnya kepada pengundi Permatang Pauh dan Rakyat Malaysia kerana hampir semua rakyat mempercayainya.
Sebagai rakyat negara ini, saya berkata "cukup cukuplah, jangan bohong rakyat lagi!". Rakyat telah puas dibohong dan ditipu oleh PKR dengan dunia fatamorgana mereka. Berapa kali lagi rakyat akan ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin PKR. Rakyat mengetahui bahawa projek 16 September hanyalah sebagai laluan Anwar untuk memenangi Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan tidak lebih dari itu. Tiada harapan baru, tiada kerajaan baru semuanya hanyalah pembohongan semata-mata demi Anwar Ibrahim, isteri dan anak beranak...
Adakah dengan pembohongan demi pembohongan ini rakyat akan terus mempercayai 'kata-kata' pembohongan Anwar lagi? Tidak cukupkah pembohongan yang telah dilakukan oleh pemimpin ini?
Manikavasagam sah letak jawatan
Beliau berkata, keputusan tersebut adalah muktamad sebagai langkah awal untuk keluar dari parti berkenaan selepas berlaku pergeseran dengan seorang lagi pemimpin sebuah parti dari PR.
Katanya, tindakan tersebut diambil sebagai membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang ‘cakap serupa bikin’ dan bertanggungjawab terhadap tindakannya.
“Saya sahkan kenyataan saya kepada anda (Sinar Harian) baru-baru ini adalah betul. Saya akan melepaskan salah satu jawatan saya nanti, apa jawatan itu akan saya umumkan esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, surat peletakan jawatannya itu juga telah disiapkan dan telah diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor/Wilayah petang semalam.
“Saya tak mahu beritahu (jawatan) sekarang, tunggu pengumuman rasmi esok (hari ini) sempena pertemuan lebih 50 pemimpin India dari kesemua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, masa itu saya umumkan jawatan apa.
“Saya akan bercuti bermula 5 Januari depan dan akan membuat tindakan susulan termasuk mengadakan pertemuan empat mata dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tamat cuti nanti, perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Manikavasagam yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor akan menghadiri forum anjuran Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India hari ini yang bakal disertai lebih 50 pemimpin India dalam PR bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.
Forum itu membincangkan rasa tidak puas hati masyarakat India yang didakwa ‘didiskriminasi dan dipinggirkan’ oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu termasuk isu hasrat Manikavasagam keluar PKR.
Mengenai kekeliruan mengaitkan kenyataan tidak konsistennya untuk meninggalkan parti itu dan spekulasi beliau akan menyertai parti tertentu, Manikavasagam menegaskan pendirian tersebut tidak pernah berubah sebaliknya kekeliruan timbul selepas sesetengah media menyalahtafsirkan kenyataannya.
“Saya tetap dengan pendirian saya dan segala berita serta khabar angin mendakwa saya telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Abdul Razak), pemimpin MIC dan UMNO lain beberapa hari lalu adalah tidak berasas, sama juga dengan spekulasi mendakwa saya akan menyertai MIC dan bakal dilantik menggantikan (Datuk Seri) S Samy Vellu, itu juga tidak benar.
“Apa yang dilaporkan itu adalah tidak benar dan semua yang terbabit itu langsung tidak masuk dalam urusan ini (keluar PKR),” katanya.
Sinar Harian 24 Disember lalu melaporkan Ahli Parlimen Kapar itu bersedia untuk meninggalkan PKR kerana kesal dengan sikap sesetengah pemimpin PR Selangor yang cuai menjaga kepentingan Rakyat.
Kata beliau, keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas merasakan sesetengah pemimpin dalam PR berlagak sombong dan enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang diketengahkannya.
14 Pesuruhjaya Kehakiman baru angkat sumpah
Lapan daripada mereka dipilih daripada kalangan ahli kehakiman iaitu Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, 51; Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Datin Yeoh Wee Siam, 55; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Halijah Abbas, 51; Pendaftar Mahkamah Rayuan, Datin Zabariah Mohd Yusof, 49; Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Tarmizi Abdul Rahman, 52; Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Rhodzariah Bujang, 47; Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Akhtar Tahir, 49, dan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Ravinthran a/l Paramaguru, 46.
Turut menerima pelantikan yang berkuat kuasa 5 Januari ini ialah Peguamcara Negara, Datuk Zaleha Yusof; Penggubal Undang-undang Parlimen, Datuk Nor Bee Ariffin, 51; Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-undang, Datuk Mary Lim Thiam Suan, 51; Ketua Pengarah Biro Bantuan Guaman, Dr Hassan Abdul Rahman, 54, dan dua Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Kamardin Hashim, 53, dan Yaacob Md Sam, 50.
Dalam ucapan tahniahnya, Zaki mengingatkan semua Pesuruhjaya Kehakiman baru itu supaya menguruskan mahkamah masing- masing pada tahap yang paling maksimum dan menjalankan tugas dengan bijak.
“Mereka juga perlu bersedia membuat pertimbangan menggunakan kaedah terbaik termasuk penyusunan kes mengikut kepentingan serta menggunakan masa paling optimum.
“Mereka tidak perlu membazir masa berhujah perkara tidak berkaitan, sebaliknya sentiasa ingat bahawa ramai masih menunggu untuk kes mereka dibicarakan,” katanya selepas upacara mengangkat sumpah yang turut disaksikan Hakim Besar Malaya, Datuk Ariffin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.
Beliau juga menasihati Pesuruhjaya Kehakiman baru itu agar bersikap jujur dan bijak menangani persekitaran serta berupaya mengelak pengaruh luar.
“Semua yang dilantik boleh meneruskan persahabatan dengan rakan, namun jika ada antara mereka bersikap tidak jujur dan ingin mengambil kesempatan atas jawatan yang dipegang, mereka perlulah berterus-terang,” katanya.
Dokumen ‘rahsia’ ada pada Anwar
Ezam berkata, tidak timbul isu beliau perlu menyerahkan dokumen berkenaan kepada sesiapa, sebaliknya jika mereka (AMK Terengganu) mahukan dokumen itu, mereka hanya perlu bertanya kepada Anwar.
“Saya cabar Ketua AMK Terengganu (Fariz Musa) suruh Anwar dedahkan enam kotak dokumen yang disimpannya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, AMK harus berani desak Anwar untuk dedahkan itu.
“Saya berani keluarkan dokumen OSA dan sanggup dipenjara kerananya, sebaliknya Anwar dan AMK tidak pernah keluarkan sebarang dokumen rasuah. Saya cabar Anwar jelaskan hal ini. Saya ingin jelaskan, Anwar tidak dedahkan dokumen berkenaan atas sebab politik. Rasuah tidak boleh dipolitikkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Fariz yang disiarkan Sinar Harian kelmarin bahawa AMK Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam untuk berkempen bagi BN di pilihan raya kecil Kuala Terengganu dari 6 hingga 17 Januari ini seterusnya mendedahkan enam dokumen yang didakwa ada kandungan rasuah dan penyelewengan oleh beberapa pimpinan UMNO dan BN.
Mengulas lanjut, Ezam berkata, beliau telah membuat kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak polis pada tahun 1999 bahawa enam kotak dokumen berkenaan ada dalam simpanan Anwar yang disimpan di dalam dan luar negara.
Menurutnya, semua enam kotak dokumen penting itu tidak ada dalam simpanannya sebaliknya Anwar telah mengambilnya untuk tujuan tertentu.
“Kenapa saya (perlu dedahkan), mereka perlu tanya kepada Anwar kenapa dia tidak mendedahkan dokumen itu setelah bebas dari penjara?” katanya.
Dalam pada itu, Ezam yang kini berada di Jakarta berkata, beliau akan meluangkan masa sepenuhnya untuk membantu BN bagi pilihan raya kecil yang akan datang.
“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangkan calon BN yang sudah diumumkan baru-baru ini.
“Saya akan beri tumpuan mengenai penipuan Anwar berhubung 16 September yang ternyata gagal, mesej saya juga sama seperti kempen di Permatang Pauh iaitu Anwar pengkhianat bangsa,” katanya.
Ezam berkata, Anwar adalah pengkhianat bangsa Melayu dan berbohong kepada masyarakat Cina dan India semata-mata mahu merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri.
“Anwar menukar slogan Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat semata-mata untuk menjadi PM,” katanya.
Pas dibidas kerana 'pilih bulu'
Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.
''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa.
''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Menurutnya, memorandum itu akan dihantar kepada semua pemimpin Melayu dan Islam dalam usaha memansuhkan ternakan babi di kawasan tersebut.
Semalam, majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.
Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.
Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
"Kami terlebih dahulu telah menghantar notis
Selasa, Disember 30, 2008
Isu Pakatan Rakyat yang tidak relevan di Kuala Terengganu
Parti pembangkang khususnya Pas tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.
''Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu Pas kerana ia biasanya hanya retorik politik,'' katanya.
Katanya, jentera perayu undi telah mula berjumpa dengan penyokong-penyokong BN di kawasan tersebut.
Berbeza dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, banyak isu menarik yang menyebelahi pembangkang, namun suasana Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu banyak isu kini tidak lagi yang relevan seperti:
1. Isu Hudud - Pas pun tidak laksanakan lagi
2. Isu kenaikan harga minyak dan harga barang - Harga minyak telah terun sebanyak 7 kali dan lebih banyak diturunkan dari janji pembangkang iaitu sebanyak RM0.93
3. Isu Pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat 16 September - pembohongan terbesar
Anwar Ibrahim terhadap Rakyat Malaysia khasnya kepada penyokong pembangkang
sendiri sebab itu Pakatan Rakyat (PR) dipanggil sebagai Penipu Rakyat (PR)
4. Isu Negara Islam - Pakatan Rakyat mahukan negara sekular.
5. Isu Attantuya - Mahkamah telah melepaskan Abd Razak Baginda dari tuduhan
bersubhat atas pembunuhan tersebut.
6. Isu Rasuah - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah diwujudkan dan peranannya lebih
besar dari ICAC Hong Kong dan terdapat pemimpin Pakatan Rakyat yang mengamalkan
rasuah termasuk rasuah seks.
7. Isu Kehakiman - Suruhanjaya Pelantikan Hakim telah ditubuhkan
8. Isu Pembelian helikopter, Kapal Selam dan kapal terbang yang disahkan oleh PAC
bahawa tiada unsur penyelewengan dalam pembelian aset tersebut.
9. Isu sumber wang kerajaan haram - Kerajaan Pakatan Rakyat pun mengambil Sumber
yang sama iaitu dari kilang arak dan sports toto.
Selain itu, terdapat trend sekarang iaitu PAS cuba menjarakkan diri dengan DAP bagi memastikan agenda Hududnya dapat dihidupkan lagi... khasnya sekarang Hudud umpama nyawa-nyawa Ikan di dalam Pakatan Rakyat' sebab itu semua kenyataan pemimpin PAS kini kononnya memperjuangkan Hudud sedangkan ketika bersama DAP dan kaum bukan Melayu bercakap sebaliknya.
Wan Ahmad Farid berkata, berdasarkan pertemuan dengan pengundi, beliau diterima sebagai calon BN walaupun ada spekulasi tidak baik sebelum ini. Menurut sumber, spekulasi ini timbul dari kalangan penyokong pembangkang yang cuba menjatuhkan imej beliau khasnya apabila BN mengumumkan calon lebih awal dan lebih awal calon juga 'masuk kawasan'.
Katanya, beliau juga telah berjumpa dengan semua ketua cawangan dan maklum balas yang diberikan amat positif terutama peringkat akar umbi.
Ahad, Disember 28, 2008
Selamat menyambut tahun 1430H dan 2009M
Marilah kita berpegang kepada hadis Rasulullah SAW "hari ini mestilah lebih baik dari semalam" moga umat Islam sentiasa memperbaiki dan memajukan diri mereka.
Marilah bersama kita meningkatkan perpaduan dan persamaan antara bagi menambahkan lagi kekuatan Umat Islam sebagaimana firman Allah SWT "Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu bertentangan kerana kamu akan gagal, dan sia-sialah usaha kamu"
Isu MP Kapar, bukti masalah dalaman PKR
Para pemimpin Pakatan Rakyat - gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - dinasihatkan supaya berhenti menimbulkan perbezaan dan konflik antara mereka melalui media.
"Saya ingin menggesa dan merayu kepada pelbagai pihak dalam Pakatan supaya berhenti daripada membawa perbezaan dan konflik mereka melalui media terutama yang dikawal oleh BN (Barisan Nasional)," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.
"Ini termasuk bukan sahaja MB Selangor (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Anggota Parlimen Kapar (S Manikavasagam) tetapi juga Speaker Selangor (wakil DAP Teng Chang Khim) dan Anggota Parlimen Klang (wakil DAP Charles Santiago)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebaliknya, kata beliaiu, mereka hendaklah duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman.
Menurutnya, terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian.
Jumaat lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.
Khalid pula dilaporkan menjawab bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya. Menteri besar Selangor itu bagaimanapun hari ini menafikan berkata demikian.
Bagaimanapun, Santiago dilaporkan bingung selepas Teng menuduhnya bahawa beliau telah dibeli oleh BN dan bersikap seperti seorang pembangkang.
Mengulas lanjut, Dr Syed Husin berkata, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berada di luar negara sehingga 6 Januari depan.
Ekoran itu, katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat biro politik Rabu ini bagi membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".
Dr Syed Husin mendakwa, isu berhubung ancaman Anggota Parlimen Kapar untuk meninggalkan PKR telah didedahkan seara berlebihan oleh media yang dikawal oleh BN.
"Mereka telah memutarbelit kenyataan sesetengah pemimpin Pakatan (Rakyat) untuk menggambarkan
seolah-olah pakatan pembangkang dalm keadaan kucar kacir.
"Sebenarnya, niat mereka adalah untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada beberapa krisis dalaman BN dan juga di antara parti komponen di dalam kerajaan sehingga kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," katanya.
Penjelasan Khalid
Sementara itu, pejabat urusetia media Menteri Besar Selangor menafikan laporan akhbar the Star yang memetik Khalid sebagai berkata beliau tidak berminat untuk menemui Manikavasagam atau meminta beliau menimbangkan semula keputusannya untuk meninggal PKR.
Sebaliknya, dalam satu kenyataan hari ini, urusetia tersebut menegaskan bahawa dalam sidang akhbar tersebut, Khalid tidak pernah pada bila-bila masa pun membuat kenyataan seumpama itu.
"Apabila menteri besar ditanya sama ada beliau bersedia untuk menemui ahli Parlimen Kapar itu, beliau menjawab, sebagai seorang ahli parlimen, ia adalah lebih baik bagi ahli Parlimen itu menemui pemimpin parti," kata kenyataan itu lagi.
Menurutnya, Khalid tidak pernah mengatakan bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan, seperti dalam laporan akhbar tersebut.
"Dalam sidang akhbar tersebut, menteri besar, apabila ditanya, telah menegaskan bahawa ahli Parlimen Kapar itu bebas untuk membuat keputusannya dan bahawa beliau cukup matang untuk membut keputusan yang baik selaku wakil rakyat kepada lebih 100,000 pengundi dalam kawasan pilihanrayanya dan (selaku) seorang ahli PKR.
"Menteri besar juga berulangkali menegaskan bahawa forum terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah biro politik parti berkenaan (PKR)," tambahnya.
Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya memandang berat tindakan memutarbelit fakta dan berharap akhbar berkenaan lebih bertanggungjawab dan tepat dalam laporannya mengenai kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.