Popular Today

Jumaat, Mac 13, 2009

Plak penderhaka

25 Komen!!!
Tidak sampai lima hari selepas dipasang, plak bagi mengingati 'pokok demokrasi' di Perak menjadi mangsa perbuatan khianat.

Edisi online China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Speaker V Sivakumar yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermoral.

Apabila penderhaka menyebut tidak bermoral.... taraf mereka sama sahaja....

Khamis, Mac 12, 2009

Bajet Mini 2009 - sirah Nabi Yusuf AS menjadi panduan

7 Komen!!!
Saya sebenarnya memang menunggu reaksi barisan pakatan pembangkang, apabila DS Najib membentangkan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion.

Memang sudah menjadi trend pembangkang akan memperkecil dan cuba untuk diskredit usaha kerajaan membantu rakyat. Walau apa yang pembangkang katakan sekalipun, rekod sejarah BN dalam menangani masalah krisis tidak boleh dipertikaikan kejayaannya.

Sedangkan inilah ajaran Nabi Yusuf AS, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang sentiasa berubah-ubah. Berjimat ketika waktu senang bagi bersedia untuk menghadapi waktu susah.

Rabu, Mac 11, 2009

Tidak bersalah

4 Komen!!!
Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa siasatan terhadap laporan salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sudah selesai dan secara majoriti mendapati kedua-duanya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimem DAP Puchong Gobind Singh Deo yang ingin tahu kenapa tiada tindakan diambil terhadap mereka setelah Anwar membuat aduan tahun lalu. Nazri menjelaskan hasil siasatan itu lewat diumumkan kerana kerajaan nak pastikan tiada keraguan ke atas hasil siasatan berkenaan.

Pemusnah MELAYU

9 Komen!!!
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu (Pakatan Rakyat) untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.

Selasa, Mac 10, 2009

30,000 Ahli komponen BN di Bukit Gantang?

6 Komen!!!
Hari ini berkesempatan melawat kawan-Kawan di Bukit Gantang. Rasanya dah 6 tahun dah tak sampai di sini. Kawan-Kawan mendapat maklumat ahli komponen BN terdapat sebanyak 30,000 orang. Dan mengikut data terkini SPR, jumlah pengundi Bukit Gantang adalah 55,562, kalau semua ahli BN keluar mengundi BN, maka BN akan menang dengan selesa, ini pun tak kira pengundi atas pagar lagi. Bermakna ahli BN lebih dari separuh pengundi Bukit Gantang.

Maklumat dari Perak Bangkit mengatakan, BN dijangka merangkul 20++ ribu undi,

PAS hanya memiliki 17++ ribu undi


BN kini mendahului 3,000 lebihan undi dan dijangka mampu membuat alihan 2,000 undi yang kan menjadikan seperti berikut:-
BN dijangka merangkul 22++ ribu undi
PAS hanya memiliki 15++ ribu undi
Maknanya majoriti sebanyak 7.000 lebihan undi

Tapi kalau BN berjaya mengembleng keluar ahli BN dan pengundi atas pagar mengundi BN, maka BN boleh menang dengan selesa.

Tapi bolehkah BN mengumpul kembali semua ahli mereka... mengikut sifir pilihanraya

Keluar Mengundi dijangka sebanyak 68-70%

Iaitu antara 37,000 hingga 40,000 orang

Jika BN berjaya mendapatkan mengeluarkan ahli mereka sebanyak 21 ribu orang, maka sudah memadai untuk BN menang. Maknanya 21 ribu orang hanya 70% hanya ahli BN yang keluar mengundi.

Ahad, Mac 08, 2009

Tembelang sebenar PKR

7 Komen!!!
Menurut laporan Malaysia Kini, Anwar membidas Amizudin Ahmat, Ketua Angkatan Pemuda PKR Kepala Batas kerana membuat kenyataan Media.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak."

Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Nampaknya kenyataan berani oleh ahli PKR ini tidak di senangi kepimpinan PKR dan kemungkinan akan di ambil tindakan disiplin.

Jadi apa sebenarnya keadilan...? kebebasan bersuara?... Nampaknya Anwar Ibrahim lagi teruk dari Pak Lah, kerana pemimpin PKR langsung tidak boleh ditegur, dan jika ditegur akan dikenakan tindakan disiplin.

Sabtu, Mac 07, 2009

Pakatan Rakyat akan 'kerandakan' Sultan Melayu, Bangsa Melayu dan Agama Islam'

8 Komen!!!
* Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

Tidak cukupkah kita dengan kebiadapan ini:

1. PAS dan PKR tidak mempertahankan Raja-Raja dan bangsa Melayu apabila dipersenda dan dicabar dan hanya menyalahkan UMNO. Menyalahkan UMNO bukan bermakna Pakatan Rakyat mempertahankan Raja-Raja.

2. Karpal mencabar Sultan Perak - siapa yang sokong Karpal Singh!!!

3. Speaker kerajaan Negeri Perak mencabar titah Sultan Perak - siapa yang sokong

4. Penyokong PAS baring ditengah jalan, mengepung dan mengetuk cermin kereta Raja Muda Nazrin..

5. Nik Aziz, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan DEB.

6. PAS lebih mementingkan poilitik dari kesucian Islam kerana menyokong penggunaan Kalimah Allah kepada bukan Islam yang menghina kesucian Islam.

7. PAS mendesak Ibrahim Ali meletakkan jawatan kerana mempertahanan Raja-Raja Melayu.

8. Hindraf menuduh BN/UMNO membuat 'ethnic cleansing' terhadap kaum India

9. YB Pakatan Rakyat memalukan Sultan Perak, Melayu Perak, Melayu Malaysia kerana mengadakan sidang DUN di bawah pokok.
Bukankah Pakatan Rakyat akan 'kerandakan' Sultan Melayu, Bangsa Melayu dan Agama Islam' dengan tindakan yang mereka lakukan ini...

Tidak cukupkah kebiadapan mereka ini..... tidakkah ini semuanya penghinaan kepada Raja-Raja, Bangsa Melayu dan Agama Islam..

Jumaat, Mac 06, 2009

PAS - LEBIH PENTINGKAN POLITIK DARI KESUCIAN AGAMA ISLAM

12 Komen!!!
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang penuh dengan keberkatan. Pada hari ini umat Islam akan berhimpun dan beribadat kepada Allah SWT.

Semalam Sidang Dewan Rakyat bergema, hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Namun belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah. Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”. Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Selain itu juga Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.


Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama "

Terbukti sekali lagi - ramai ulama celup dalam PAS.

Kongsi Link Anda