Popular Today

Isnin, April 06, 2009

Gambar Panas Nizar!

13 Komen!!!
Nampaknya ada pihak yang cuba jual gambar calon PAS yang palsu!

Mesejnya sesiapa pun boleh buat gambar palsu, jadi janganlah percaya gambar yang dikeluarkan



Ishh.... Ishh.... Ishh.... sapa buat superimpose ni!

Undilah calon tidak menderhaka!

5 Komen!!!


Undilah calon yang tidak menderhaka! Calon macam inikah kita hendak pilih sebagai pemimpin!

Tun Mahathir menggesa pengundi menyokong calon BN Ismail Saffian - yang kemudian tampil berdiri di sebelahnya dan tangannya dijulang oleh tokoh Umno itu - Dr Mahathir turut membidas calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya "patik mohon derhaka" kepada Sultan Perak.

Dengan mengakui kesilapan BN meletakkan "calon luar", Datuk Azmi Zabidi yang juga bendahari Umno, pada pilihanraya umum lalu, Dr Mahathir berkata: "bukan tidak ada bakat di sini, ada."

"Saya tidak mahu mengata sangat kepada parti lawan, ... tidak payahlah, semua sudah tahu, siapa dia parti lawan, semua sudah tahu, ... ada yang derhaka pun ada," katanya, disambut jeritan para penyokongnya.

"(Mengajuk kata-kata Mohammad Nizar:) 'saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," katanya di depan kira 2,000 orang.

"Mujurlah dia tidak ada tombak nak sula. Inikah orang nak jadi pemimpin kita?

"Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar."

Nak pilih pemimpin yang derhaka?..... Kalau berani derhaka pada Sultan, itu tak tahu lagi kalau PAS ada derhaka pada tuhan!...

MMMMM.... membenarkan orang kafir yang menolak negara Islam menghina Al-quran.... macamana?

Lagu PRK Bukit Gantang!... layan..

2 Komen!!!
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung!



Ahad, April 05, 2009

Ayat Al-Quran dipersenda! dimana maruah kita!

3 Komen!!!


Inilah adalah isu kesucian Islam.. bukan masalah dia akan dapat hidayat atau sebagainya!

Sedangkan umat Islam sendiri jika hendak membaca ayat Quran hendaklah dalam keadaan suci dan baca dengan hukum Tajwid!



Inikan pula si kafir harbi... jika nak kata mandi wajib tentu jauh sekali... apatah lagi mengucap dua kalimah syahadah!

Adakah umat Islam akn terus membiarkan ayat Al-Quran akan terus dipersenda, dimainkan dan dihina!

Tolaklah mereka yang telah bersekongkol mencemarkan Islam! Tolak lah PAS!

Calon Pas bukan pilihan pengundi Melayu

1 Komen!!!
Melalui pemerhatian yang dibuat di blog-blog pembangkang, semuanya mengakui melalui survey risikan yang mereka buat, menunjukkan 60 % pengundi Melayu masih cenderung kepada BN/ UMNO berbanding bakinya antara 40-45% memberi sokongan kepada PAS.

Namun mereka masih rasa berbangga kerana mengharapkan sokongan kaum Cina dan India sebanyak 70 % kepada mereka. Namun mengikut maklumat terkini terdapat sedikit angin perubahan sokongan terhadap BN berlaku kepada kaum Cina iaitu meningkat kepada lebih 40%. Manakala bagi kaum India juga terdapat perubahan ketara kepada lebih 40%. Khasnya Apabila DS Najib membabaskan 13 tahanan ISA.

PAS sekarang masih berharap kepada undi kaum Cina dan India dan mengharapkan janji mereka mereka untuk mengundi PAS, apatah lagi terdapat berita yang mengatakan PAS sudah membayar sebanyak RM 100 hingga RM 500 bagi memastikan kaum Cina dan India mengundi mereka.

Namun apa maknanya bagi PAS sebagai parti yang berteraskan orang Melayu tetapi tidak mendapat undi majoriti orang Melayu. Adakah PAS relevan kepada orang Melayu atau tidak... Namun sebagaimana diketahui sokongan kaum Cina dan India ada kaitan dengan sokongan DAP. Jika tiada sokongan DAP maka kesimpulannya PAS akan kalah. Sekarang kita mengetahui dengan jelas kenapa PAS sanggup menjadi pencacai DAP demi untuk mendapatkan undi bukan Melayu semata-mata.

PAS kini membangun bersama DAP dan bukan lagi membangun bersama Islam!

27 sebab kenapa perlu tolak calon PAS!

3 Komen!!!
Panduan kepada semua pengundi P.059 Bukit Gantang


Kenapa saya perlu menolak calon PAS Bukit Gantang?

1. Calon PAS bukan anak tempatan

2. Calon PAS seorang jutawan hasil projek BN

3. PAS abai arahan Nik Aziz supaya jangan meletakkan Nizar sebagai calon

4. Jika calon PAS menang beliau akan mempunyai 2 jawatan dan akan sibuk

5. PAS menggadaikan tanah kaum Melayu

6. Calon PAS meluluskan geran tanah selama 999 tahun kepada Kg Baru Cina.

7. PAS boneka kepada DAP

8. PAS gagal membela rakyat

9. PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik sempit mereka

10. PAS sembunyikan penderhakaan mereka pada tahun 2009

11. Calon PAS adalah sepupu kepada Ngeh Koo Ham (DAP)

12. PAS menyokong tindakan tidak bermoral Elizabeth Wong

13. Penubuhan negara Islam merupakan pembohongan terbesar PAS

14. PAS pembohong dan tidak menepati janji

15. Calon PAS mohon derhaka kepada Sultan Perak

16. Calon PAS enggan memulangkan kereta kerajaan negeri Perak

17. PAS menganjurkan politik ganas!

18. PAS dan penyokongnya menghina Mufti Perak kerana mohon taat kepada Sultan

19. PAS mencemar kesucian Agama Islam dengan membenarkan agama lain menggunakan nama Allah

20. Pemimpin Pakatan Rakyat juga terlibat dengan rasuah

21. PAS tidak mampu membawa pembangunan

22. PAS menggunakan masjid untuk berpolitik

23. Pakatan Rakyat menganjurkan lompat parti melalui projek 16 September

24. Pakatan rakyat juga hapuskan tulisan jawi di papan tanda nama-nama jalan.

25. Kepimpinan PAS yang talam dua muka tidak sesuai untuk masyarakat majmuk

26. PAS tidak mendapat sokongan penuh pengundi Melayu di Bukit Gantang kerana menderhaka.

27. PAS tidak memperjuangkan hudud kerana takut kepada DAP

28. Kalau ada lagi yang mahu ditambah ... disilakan!

Anwar menipu lagi!

1 Komen!!!
SUNGAI PETANI, 5 April (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah hari ini menafikan dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sebanyak 6,000 ahlinya telah menyertai PKR.

Gambar belakang : tak ramai rupanya


Gambar depan... macam ramai orang


Timbalan Pengerusi PPP Kedah K.Vadi Vellu berkata dakwaan Anwar itu disifatkan sebagai fitnah kerana kesemua 9,000 ahli PPP dari seluruh negeri Kedah masih setia dan aktif dalam jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.

Naib presiden PPP sertai PKR
Abdul Rahim Sabri | Apr 4, 09 11:22pm

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas lapan bahagian dengan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

nagarajan joining pkr 050409Lapan bahagian yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok.

Perkara itu diumumkan oleh anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani malam ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu majlis ceramah di Dewan Hock Seng, Sungai Petani, dalam DUN Bukit Selambau.


Vadi Vellu yang juga Ketua PPP Bahagian Merbok berkata tindakan bekas pengerusi PPP Kedah Datuk M.Nadarajan bersama-sama lima anggota parti yang telah dipecat kerana masalah disiplin yang menyertai PKR tidak akan menjejaskan parti.

Nadarajan yang digugurkan daripada jawatannya oleh presiden PPP Datuk M. Kayveas merupakan seorang yang oportunis, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"PKR mengambil (Nadarajan dan) lima bekas ahli PPP yang bermasalah dan itu tidak mendatangkan masalah kepada PPP kerana kami ada lebih 9,000 ahli lagi," katanya.

Semalam, Anwar dalam ceramahnya mengumumkan kononnya sebanyak 6,000 ahli PPP telah menyertai PKR yang diketuai oleh Nadarajan.

Anwar menipu lagi
Rakyat ditipu Anwar lagi
Pakatan rakyat memang kaki tipu

laungkan slogan ini:
Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... 
Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... 
Anwar Penipu!... Anwar Penipu!... Anwar Penipu!...

Pas terus membeli pengundi Bukit Gantang!

12 Komen!!!

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih... tedapat maklumat terkini bahawa Pas kini terus membeli undi melalui perayu undi mereka.

Menurut pengundi, Pas kini semakin berleluasa memberikan wang kepada pengundi atau rasuah atau politik wang ataupun istilah untuk menghalalkan tindakan mereka ialah derma.

Terbaru, pengundi Melayu dan India di Ayer Terjun mengatakan mereka telah diberikan RM 100 oleh jentera PAS. Selain itu jentera PAS hari ini dilihat sedang memberikan toto dari rumah ke rumah di Peti Undi Ayer Terjun.

Manakala di Batu Hampar pula menawarkan RM 100 kepada pengundi jika mereka menaiki kenderaan mereka ketika hari pengundian.


Rasanya eloklah selepas ni anggota SPRM boleh naik kereta perayu undi Pas ataupun ikut sekali perayu undi Pakatan Rakyat. Begitulah kejinya Pakatan Rakyat ini, mengatakan orang kotor tetapi mereka sendiri terpalit dengan 'taik' di badan mereka.

Pas sedang mengedarkan risalah kempen fitnah mereka dan memberikan dadih kepada pengundi didalam perkarangan Masjid Trong pada hari jumaat yang lalu.

Mereka mengatakan UMNO dan BN rasuah tetapi mereka juga mengamalkan rasuah dan politik wang dan mereka sendiri membeli pengundi.

Tolaklah mereka yang hipokrit
Tolaklah mereka cakap tak serupa bikin
Tolaklah mereka pengamal rasuah 
Tolaklah Pakatan Rakyat 
Tolaklah calon PAS...
Tolaklah mereka yang menggadai bangsa!



Kongsi Link Anda