Popular Today

Selasa, April 14, 2009

Kaum Cina tidak puas hati dengan kenyataan Mahyuddin!

15 Komen!!!
Nampaknya pemimpin Cina kali ini agak pesimis apa yang Mahyudin ulaskan mengenai sokongan kaum Cina kepada BN pada pilihanraya kecil bukit gantang yang lalu.

Ramai yang tidak puas hati apabila TS Muhyidin mengatakan kaum Tiong Hua tidak membalas budi... mereka juga tidak puas hati apabila disebut Kaum Cina punca kalah BN di Bukit Gantang!. walaupun itulah hakikatnya!

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.

"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."

"Oleh itu, untuk memenangi semula hati masyarakat Cina, BN mesti melakukan lebih daripada sekadar menyumbang RM1 juta pada pilihanraya kecil," katanya

Itulah antara ungkapan oleh ahli jawatankuasa pusat MCA... apakah yang dimaksudkan dengan BN perlu melakukan lebih?... Ugutan ke? Amaran ke?... Apakah yang Tan Lian Hoe dan DR Ng Yen Yen buat ketika Pilihanraya Kecil Bukit Gantang tak cukup lagi...

Adakah BN sudah membuang banyak masa untuk membantu kepada mereka yang tidak patut dibantu... Adakah BN patut menolong untuk mereka yang tidak lagi mahu menyokong BN...

Sedangkan kaum Cina harus memahami, dengan mengundi PAS di Bukit Gantang tidak akan menyelesaikan masalah... jadi selepas ini... mintalah Nizar selesaikan masalah mereka... janganlah minta pada BN...

Jadi tidak perlu BN membuat program yang berjuta-juta untuk menghabiskan wang ringgit untuk membantu kepada mereka yang tidak meyokong BN... Tidak perlulah membuat sumbangan... bantuan.... minta sahajalah kepada PAS... sebab itulah mereka pilih PAS... Jangan salahkan BN... kerana tiada bantuan dan tidak menyelesaikan masalah...

"Amalan biasa (BN) menaburkan peruntukan tidak lagi membawa kesan kerana ramai yang melihatnya sebagai cubaan tidak bijak untuk meraih undi. Masalah mereka mesti ditangani berterusan dan menyalurkan peruntukan sewaktu pilihanraya kecil, tidak lagi berkesan dan meyakinkan," katanya.

"Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan."

"Isu-isu yang lebih pokok seperti rasuah, penyalahguanaan kuasa dan kesaksamaan dalam kepemimpinan nasional dan sistem penyampaian kerajaan harus ditangani dahulu, barulah pengundi yang lari daripada BN pada 3 Mac 2008 akan bersedia kembali (bersama BN)."

Kita melihat politik licik kaum Cina... apa sebenarnya motif kaum Cina yang menyertai hampir semua parti politik di negara ini seperti MCA, GERAKAN, DAP, PKR, SUPP dan lain-lain... berapa banyak parti politik yang berteraskan kaum Cina?

Sedangkan kita mengetahui dan mereka mengakuinya "Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan." Walaupun parti politik mereka banyak namun apa yang penting mereka membawa satu suara iaitu suara kaum Cina....

Apa yang dibuat kaum Cina ini yang tidak dibuat oleh kaum Melayu! mereka berpecah....
Itu yang TS Mahyudin katakan "Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu"...

Suara melayu tidak bersatu walaupun melibatkan kepentingan kaum Melayu... tetapi berbeza dengan kaum Cina.. mereka tahu apakah kepentingan kaum Mereka....

Apakah sebenarnya isu-isu nasional yang dipertikaikan pengundi bukan Melayu termasuklah pengagihan tidak sama rata biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diskriminasi untuk masuk ke pusat pengajian tinggi, kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak kebebasan berpolitik yang terhad adalah isu-isu utama..

Ataupun isu-isu utama kaum Cina terhadap UMNO ialah isu ketidakpuasan hati kaum Cina terhadap keistimewaan kaum Bumiputra!.. itu sahaja...

Sebab itu apa bila ada sebuah parti 'bangsat' (PAS) yang sanggup menjual keistimewaan orang Melayu seperti memberi geran tanah kekal, mengurangkan kouta kepada orang Melayu serta menggadai dan memcemar kesucian Islam seperti isu negara Islam, Hudud, kalimah Allah dan membenarkan orang kafir membaca ayat Suci Al-Quran mereka sanggup menyokong..

Apakah jika PAS kekal dengan isu Negara Islam dan Hudud mereka akan menerima sokongan dari kaum Cina... sebab itu PAS kini tidak bernai memainkan isu-isu ini didepan al-kafirun!!.... adakah PAS jika tidak memberi geran tanah kekal kepada kaum Cina mereka akan mendapat sokongan!..

Melayu patut jangan lupa bahawa sejarah Yahudi menakluki tanah Palestin kerana terdapat pihak yang memberi dan menjual tanah kepada kaum Yahudi di Palestin.. Kalau di Malaysia PAS ialah umpama mereka yang menjual tanah kepada yahudi di Palestin. Yahudi ada kekuatan ekonomi dan mereka boleh membeli tanah bangsa Palestin.. sehingga satu masa yang telah terlewat.. barulah mereka perasan bahawa tanah Palestin yang mereka duduk ialah milik Yahudi kerana mereka telah jualkan.

Begitu jugalah juga kaum Cina di Malaysia mereka mempunyai kekuatan ekonomi seperti Yahudi di Palestin untuk membeli tanah orang Malayu di Malaysia. Sedikit demi sedikit tanah orang Melayu di beli oleh kaum Cina.. jika dengan cara PAS ini sanggup memberi sanggup memberi geran kekal... nescaya tanah Melayu ini akan bertukar nama kepada tanah Cina.. kerana dengan geran kekal yang mereka berikan lama-kelamaan semua tanah ini akan dibeli oleh kaum Cina seperti Yahudi di Palestin!

Selepas itu dengan air mata darah sekalipun..sudah terlambat. Melayu akan menjadi pengemis dinegara sendiri seperti di Singapura!...

Adakah kaum Melayu mahukan pemimpin seperti PAS ini yang sanggup menjual bangsa dan agama demi kuasa!....

Di bukit Gantang jelas sokongan Melayu kepada PAS hanyalah 35% sahaja.... yang banyak menyokong PAS adalah kaum Cina dan India... kerana PAS sanggup menjadi lembu yang ditarik ke mana-mana.... PAS belum pernah merasai dikhianati oleh kaum Cina, dan tiada jaminan PAS tidak akan dikhianati!

Melayu perlu bersatu untuk menjadi penentu dalam dasar dan tindakan kerajaan dalam negara ini... namun ini semua terpulang kepada orang Melayu..... jika mereka menjadi penentu ataupun tidak!

Isnin, April 13, 2009

Amaran kepada komponen : 'Jumpa PM kalau tidak puas hati' Muhyiddin

3 Komen!!!
Era bercakap secara terbuka oleh sesetengah pemimpin komponen mungkin sudah berakhir, semuanya patut dibincang secara tertutup untuk kebaikan rumah tanggga sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang mempunyai sebarang masalah mengenai pelantikan wakil mereka dalam pentadbiran baru supaya bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya meluahkannya secara terbuka.

Beliau berkata, perkara seumpama itu tidak seharusnya dibincang secara terbuka kerana mereka perlu menghormati Perdana Menteri yang mempunyai kuasa memilih menteri.

"Jadi apa-apa perkara yang tak disenangi, eloklah jumpa dengan PM sendiri dan tak perlu buat kenyataan di luar.

"Kita harus beri peluang kepada jemaah menteri yang dipilih dan mereka juga sudah mengangkat sumpah pun untuk jalan tugas," katanya selepas menyerahkan tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada Datuk Mustapa Mohamed di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan kononnya seorang pemimpin MIC mahu supaya parti itu menarik wakil parti berkenaan daripada pentadbiran kerajaan kerana tidak berpuas hati MIC tidak diberikan portfolio Kerja Raya.

Namun, Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dilaporkan berkata, bahawa MIC tidak pernah mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu.

Muhyiddin berkata, bahawa dalam BN, semua pihak perlu menghormati bidang kuasa Perdana Menteri.

Mengenai pembaharuan dalam BN yang perlu dilaksanakan sebagaimana dilakukan oleh Umno, Muhyiddin berkata, beliau juga dimaklumkan parti komponen sedang melaksanakan perkara yang sama untuk memperkukuhkan parti masing-masing.

"Saya kira (pembaharuan) sudah dimulakan tapi momentum tu belum dapat dilihat. Sebab itu saya katakan masih peringkat awal kerana kita baru saja menghadapi pilihan raya dan membentuk kerajaan.

"Bila parti sudah kukuh, BN akan bertambah kukuh," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah dua Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Dr Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan. - Bernama

Thailand oh Tahiland...

0 Komen!!!

Bendera baru PAS... ada bintang 3


Di thailand kini digemparkan dengan rusuhan dan demonstrasi anti kerajaan... yang menuntut supaya Abishit, Perdana Menteri Thailand untuk meletakkan jawatan...

Apa yang berlaku di Thailand hanyalah pusingan demokrasi jalanan semata-mata... Apabila Abishit meminta supaya kumpulan demontrasi dileraikan macamlah Abishit terlupa beliau juga terdahulu membuat demontrasi untuk menjatuhkan kerajaan Thaksin....

Jadi apa yang Abishit patut buat... samada letakkan jawatan sahaja.... ikut kehendak rakyat... atau menentang kehendak rakyat...

Bila ketam mengajar anak berjalan.... sama sahaja buruk rupanya...

Selasa, April 07, 2009

'la tahzan!' jangan bersedih...

11 Komen!!!
Terima kasih kepada semua yang telah berjuang bersama untuk memperjuangkan kebenaran.

Kepada yang menang diucapkan tahniah buatlah kerja tapi jangan angkuh..

Kepada yang kalah jangan bersedih, bukanlah kalah selamanya. Kena bekerja keras dan berdoa dan teruskan perjuangan untuk memepertahankan tanah Melayu yang tercinta hingga ke titisan darah yang terakhir.

Apa yang penting ialah tetapkan tekad kita, teruskan niat ikhlas kita..

Gambar panas Nizar apa kata Pakar...

10 Komen!!!


Ni ada orang ulas tentang gambar ni..dia ni memang mahir, photograferlah katakan... dia ni cakap tentang pencahayaan gambar..

Dia kata pada gambar Mail keseluruhannya, cahaya flash datang sebelah kiri foto termasuklah gambar awek-awek tu, tetapi pada muka Mail Pian ni pula datang dari kanan foto di.. memanglah jelas..

Tapi dia kata dari segi cahaya flash pada muka Nizar tu memang agak real sikit, tone cahaya tu sama pada awek-awek sebelah dia... iaitu cahaya flash datang dari kiri termasuk cahaya foto nizar..

Tapi tulah dia kata.....

Mufti Vs PAS : Nga hina agama, umat Islam

0 Komen!!!
Adun perlu mohon maaf kepada umat Islam segera KUALA LUMPUR: Mufti, pakar perundangan dan pertubuhan Islam menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang membaca ayat suci al-Quran dalam siri ceramahnya semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya kecil sebagai usaha menghina agama dan umat Islam.

Mufti Perlis dan Selangor berpendapat perkara itu jika terus dibiarkan tanpa tindakan tegas pihak berkuasa boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana ia jelas tidak menghormati agama rasmi negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membuat laporan polis secara berasingan di sini, semalam, sebagai membantah dan mengutuk tindakan Nga dan memintanya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata Islam tidak melarang bukan Islam membaca al-Quran kerana kitab itu untuk semua manusia tetapi hendaklah digunakan dalam suasana, niat baik dan bacaan yang betul.

Beliau yang mendengar bacaan Nga yang disiarkan di televisyen kelmarin berkata, bacaan dilafazkan itu jelas tidak betul dan menyeleweng.

“Kalau orang Islam sendiri yang menyalah guna ayat suci itu juga dilarang, apatah lagi orang bukan Islam. Ia boleh menggugat kestabilan, jangan heret kitab suci dalam kemelut politik sebab kita tidak mahu berlaku salah guna dan tidak ada rasa hormat pada sensitiviti penganut agama lain,” katanya ketika mengulas desakan pelbagai pihak supaya Nga memohon maaf dan menghentikan perbuatannya kerana mempersendakan agama Islam semata-mata untuk memancing undi orang Melayu.

Kelmarin, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping susulan rakaman video youtube.com yang memaparkan Nga membaca ayat al-Quran selama satu minit 16 saat.

Dalam rakaman itu, Nga memberi salam secara tidak tepat dan membaca petikan yang didakwa dari surah ‘Aura’ yang tidak ada dalam al-Quran.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata ayat al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan membaca al-Quran adalah ibadah.

Namun katanya, umat Islam yang menyebut ayat al-Quran tidak betul, bukan mendapat rahmat sebaliknya laknat.


“Kalau bukan Islam yang tidak tahu sebut, dan salah bacaan, sudah tentu mirip kepada senda gurau yang tidak sepatutnya berlaku.

“Lebih baik mereka baca tafsiran saja, lebih selamat,” katanya.


Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainal Rijal Abu Bakar, berkata hukuman penjara dan denda boleh dikenakan terhadap mereka yang jelas menghina agama Islam mengikut kanun keseksaan mengikut Seksyen 298.

Pas kalah moral!

2 Komen!!!
Terkini dilaporkan bahawa Pas terpaksa berundur di Pengkalan Aor, Air Kuning... ini merupakan kekalahan moral bagi PAS.

Memang telah menjadi perangai Pas zaman berzaman sengaja mencari pasal untuk menimbulkan huru hara khasnya semasa hari pengundian. Terbaru perayu undi Pas menceroboh di pondok panas UMNO di Pengkalan Aor walaupun telah diberikan tempat khas masing-masing untuk merayu undi.

Keadaan diredakan apabila SPR masuk campur dan menenangkan keadaan. Akhirnya dengan arahan Nasarudin Mat Isa penyokong PAS akhirnya akur dan terpaksa berundur.

Sebagaimana yang dikatakan tadi memang sikap kurang ajar, biadap, tidak hormati orang lain, angkuh, sombong dan keji memang telah sebati dalam diri penyokong PAS! setiap arahan mereka akan langgar dengan angkuh dan sombongnya! Apatah lagi meghormati hak orang lain!.

Adakah orang seumpama ini yang hendak dijadikan pemimpin! Sifat sombong dan angkuh ini ialah warisan Iblis Laknatuullah...

PKR kini parti kaum Cina dan India

0 Komen!!!
Rasanya dah tiba masa orang Melayu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat beramai-ramai. Ini berikutan keluarnya 5 orang pemimpin Melayu PKR di kedah baru-baru ini.

PKR kini menjadi parti kaum Cina dan India. Semua ini gara-gara Melayu dipinggirkan oleh kepimpinan tertinggi PKR. Adapun Melayu yang kini tinggal besama PKR ialah mereka yang hidup 2 alam iaitu mereka penyokong PAS tetapi duduk di dalam PKR kerana mahukan tempat dan jawatan.

Apa yang berlaku sepanjang beberapa tahun ini membuktikan, ramai pemimpin Melayu yang telah keluar dari PKR.

Tokoh PKR seperti Ezam, Lokman Adam dan ramai lagi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalaman PKR yang membuatkan rakyat tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku dalam PKR.

Kini yang menjadi pemimpin dan ahli PKR majoritinya hanyalah dari kaum Cina dan India yang menentukan dasar dan perjuangan pasrti tersebut... Melayu yang menjadi kuda tunggangan Cina dan India terus disokong tetapi disisih secara terancang khasnya apabila mereka menunjukkan pro dan mahu membela kepada Melayu!...

Inilah nasib kaum Melayu yang mehu membela Melayu dalam PKR.....

Kongsi Link Anda