Barisan Nasional tidak perlu mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.
Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.
Hakikatnya BN tidak rugi apa-apa jika BN tidak bertanding. Kalau menang sekalipun, Pulau Pinang tetap milik DAP. BN pun tak payah membazir masa dan waktu, wang ringgit dan sebagainya.
Syabas Najib, kamu buat apa yang kamu cakap.!... tidak kata tidak.... ya kata ya...
Popular Today
Isnin, Mei 18, 2009
PAS tidak patut sembunyikan isu politik wang
Hakikat berlaku politik wang yang berlaku dalam PAS kini telah diakui oleh kebanyakan pemimpin PAS. Namun bagaimanapun kebanyakan cuba berselindung kebenaran rasuah yang berlaku dalam PAS.
Tetapi bagaimana PAS menanganinya yang mahu dilihat rakyat. Jika fakta rasuah ini dibakulsampahkan dan sesiapa yang mengadu pula bakal dikenakan tindakan terhadap mereka akan membuktikan PAS tidak serius menangani isu ini di dalam PAS.
PAS perlu telus dalam hal ini dan menyatakan apa yang sebenarnya yang berlaku dan bukan menyembunyikannya. Dan mungkin juga SPRM boleh turut serta dalam menyiasat isu rasuah dalam pas ini.
Terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.
Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.
Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.
"Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.
"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi 'hadiah' mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

Jumaat, Mei 15, 2009
Pakatan Pembangkang semakin terdesak
wah!... nampaknya selepas 2 minggu aspirasi masuk dalam hutan (ada kursus la bro!).... macam-macam isu yang timbul....
Sebelum itu, pertama sekali Aspirasi mahu ucapkan Selamat menyambut ulangtahun UMNO ke 63.... Alhamdulillah.. walaupun banyak halangan dan cabaran UMNO masih mampu bertahan untuk mempertahankan hak nusa dan bangsa. Walau apa pun yang orang kata kepada UMNO... UMNO telah terbukti berjasa kepada semua warga negara Malaysia.
Mengenai Isu Perak pula, Pakatan Rakyat semakin terdesak untuk membubarkan DUN Perak. Mereka sememangnya mengetahui jika DUN tidak dibubarkan, dan jika Usul Undi tidak percaya di adakan, maka... dari segi jumlah kerusi Pakatan Rakyat akan tewas... sebab ini yang dilihat pada Sidang 7 Mei yang lalu. Itulah yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat. Sebab itu mereka menyampah sangat apabila Tun Mahathir mengatakan tak perlu hendak bubarkan DUN Perak cuma perlu adakan sidang DUN sahaja untuk undi tidak percaya...
BN pula berkata bersedia bila-bila masa untuk bertanding di Perak.. itu pun jika Sultan Perak perkenan bubarkan DUN..... Dia sebenarnya bukanlah kecoh sangat nak bubarkan DUN, tetapi terdesak sangat untuk mempertahankan kuasa mereka.
Terkini, Sivakumar pula mula membuat semakan mahkamah untuk menentukan siapa Speaker yang sah... Semua ini menunjukkan Pakatan Pembangkang Perak sangat terdesak tidak diadakan undi tidak percaya.....
Jika boleh buat undi tidak percaya, jadi apa keperluan untuk membubarkan DUN...

Khamis, April 30, 2009
Kenapa semua pemimpin PAS membisu?
Lantaran dari kenyataan Nik Abduh semua pemimpin PAS membisu khasnya haji Hadi, Husam Musa, Mat Sabu dan yang sewaktu dengannya. Semua nampaknya mahu menutup pekong.
Sehinggakan, Dewan Ulama PAS pula menggesa anggota-anggota parti itu tidak menjadikan blog sebagai medan mendedahkan keburukan orang lain sebagai reaksi terhadap tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu. Nak tanya memburukkan ke atau takut perkara sebenar didedahkan.
Ketuanya Mohamed Daud berkata, tindakan itu dikhuatiri memberikan kesan negatif serta "memberi ruang kepada musuh mempermainkan isu terbabit", lapor media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.
Berhubung isu kerajaan perpaduan PAS dengan BN, Mohamed berkata, dewan itu tiada masalah menyokongnya "sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam."
Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.
Kenapa membisu wahai syaitan bisu?

Kenyataan Nik Abduh 'siapa makan cili akan terasa pedasnya'
Ada pihak dalam PAS yang mula bagai cacing kepanasan. Walaupun beliau dalam kenyataannya menyebutkan supaya disebut nama mereka namun dalam istilah orang Melayu 'siapa makan cili akan terasa pedasnya'
Khalid menasihatkan budaya "menggunakan istilah menghina terhadap sahabat seperjuangan" dalam parti hendaklah dihentikan.
"Saya harap budaya ini ditamatkan. Dan sebagai pemimpin Pemuda peringkat nasional, Nik Abduh patut menunjukkan contoh yang baik.
'Sikap angkuh'
"Istilah-istilah seperti 'pejuang nafsu', 'ulama mi celup' dan sebagainya amat tidak sesuai digunakan. Ia menghina orang lain dan menzahirkan satu sikap yang terlalu angkuh," coretnya lagi.
Khalid juga berkata, dakwaan Nik Abduh bahawa bapanya "menerima muzakarah atau muqabalah, selepas bermatian menolaknya" sebagai "tidak tepat".
"TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) tak pernah menerima ‘muzakarah' dan itulah sebabnya mengapa akhirnya istilah yang diguna ditukar kepada ‘muqabalah'.
"Ulama 'mi celup' pun faham beza muzakarah dan muqabalah, takkan yang 'ulama mi goreng' tak faham? Yang mi goreng ini lama sikit berada dalam kuali," sindirnya.
Sementara itu, Exco Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim mendesak rakan sejawatannya itu mendedahkan nama pembantu Nik Aziz yang didakwanya cuba melaga-lagakan mursyidul am PAS itu dan Abdul Hadi berhubung isu tersebut.
Ini kerana, kata Abdullah, tindakan tidak menamakan identiti pembantu Nik Aziz secara terperinci, boleh mendorong berlaku pepecahan dalam parti.
"Untuk mengelak daripada berpecah-belah, tolong namakan segera.
'Tunjuk bukti'
"Jangan berselindung di sebalik tulisan. Namakan segera," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Untuk mengelak dan menyelesaikan perkara ini, tolong namakan dan tunjukkan bukti," tambahnya.
Tindakan Nik Abduh yang mendakwa pembantu-pembantu bapanya dengan tuduhan tersebut, adalah satu "tuduhan yang serius", tambahnya.
Ekoran itu, kata Abdullah, hal tersebut menyebabkan ahli dan pimpinan yang lain, tertanya-tanya siapakah pembantu bapanya yang dimaksudkan.
"Mereka tertanya-tanya. Adakah ia ditujukan kepada (setiausaha politik Nik Aziz) Anual Bakri Haron atau (Naib Presiden PAS) Datuk Husam Musa?
"Dia (Nik Abduh) tak sebut nama menyebabkan orang yang dituduh tak boleh bela diri.
"Mengikut prinsip Islam, orang yang menuduh kena tunjuk bukti. Ini tidak, dia buat tuduhan orang lain kena buktikan," kata Abdullah lagi.

Rabu, April 29, 2009
Pas beku jentera - taktik lapuk Pakatan Rakyat
Nampaknya rakyat semakin cerdik menilai taktik lapuk pakatan Rakyatn yang selalu 'berdrama'...
PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.
Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.

Taktik lapuk seperti ini tak laku lagi dah... rakyat bukan lagi bodoh untuk termakan dengan cara murahan seperti ini. Umum mengetahui PAS memanglah pencacai PKR dan Pakatan Rakyat dan mereka tidak berani pun untuk membelakangkan PKR dan PR.
Walaupun umum mengetahui bahawa kekuatan jentera Pakatan Rakyat bergantung semangat dan kesetiaan ahli PAS.

Kerajaan Perpaduan : Nik Abduh pertahan kenyataan!
Hakikat yang berlaku di dalam PAS sekarang ialah terdapat pihak yang menyeleweng dan menyongsangkan fakta dan putar belit mengenai kenyataan Nik Aziz khasnya di kalangan pembantu-pembantu beliau
Perkara ini pertahankan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Beliau menjelaskan tulisan beliau dalam blognya mengenai kerajaan perpaduan hanya untuk menyerang para pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebelum itu, Nik Abdul Aziz dikatakan telah menghubungi anaknya itu dari Mekah, meminta beliau supaya "memadamkan kekeliruan" dan "jangan membiarkan kekeruhan bertapak lama" berhubung isu itu.
Perkara itu dijelaskan oleh Nik Abduh sendiri catatan blognya semalam. Nik Aziz sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci.
"Saya pastinya tersentak (selepas mendapat panggilan itu). Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. Alhamdulillah, ia mengesankan, walaupun perbualan (itu) hanyalah sekitar dua, tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.
"Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama," coretnya dalam blognya semalam.
"Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu," tulisnya.
Pembantu-pembantu itu memberikan gambaran salah kepada bapanya yang juga Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan untuk melagakan-lagakan kepimpinan ulama dalam parti itu. Apa yang dimaksudkannya ialah di kalangan mereka yang memberi nasihat dalam isu politik. Pembantu-pembantu politik itu sebagai ‘pejuang nafsu’ yang cuba melaga-lagakan ulama dalam Pas terutama antara bapanya dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Nik Abduh menulis “Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama. “Mereka ini pejuang nafsu, saya tidak mahu katakan nafsu politik atau wang tetapi apabila disebut nafsu ia bertentangan dengan agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tulisannya mengenai kesediaan Nik Abdul Aziz menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberi jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.
Dengan jelas Nik Abduh menyifatkan para pembantu bapanya memberi gambaran salah tentang situasi berlaku demi meraih keuntungan peribadi sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas. Bapanya yang mengerjakan umrah telah menelefon dari Mekah dan memintanya memberi penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu bagi mengelakkan orang ramai terkeliru.
Katanya, biarpun ramai yang marah malah mengecamnya kerana tulisan tersebut, beliau terpaksa melakukannya kerana bimbang ‘pembantu-pembantu’ terbabit mengancam keutuhan parti tersebut yang dipimpin oleh ulama. “Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan antara ulama. Inilah kerja bodoh! Saya maksudkan kerja seperti ini dan tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.
Kata beliau, ungkapan perbualannya dengan bapanya mengenai kerajaan perpaduan yang ditulis dalam blog tersebut adalah untuk memberitahu umum jawapan sebenar bapanya mengenai perkara tersebut.
Dengan ini, pendirian Nik Aziz mengenai muzakarah bersama UMNO itu adalah sesuatu yang diterima. Tetapi 'syaitan-syaitan' bisu di dalam PAS yang sebenarnya menyeleweng dan memberi anggapan yang salah mengenai kerajaan perpaduan.
Nampaknya ada pihak yang kini cuba menggagalkan kerajaan perpaduan. Umum mengetahui pmilihan PAS kali ini bermakna survival Ulama dalam PAS... adakah mereka masih relevan ataupun mereka akan disingkirkan.....

'Baju baru' DEB?
Adakah dengan pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bermakna DEB akan ditukar dengan 'baju' baru?
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, hari ini menegaskan bumiputera tidak perlu khuatir memandangkan kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun liberalisasi 27 subsektor diperkenalkan baru-baru ini,
"Kita tidak perlu khuatir bahawa dasar kita seperti DEB, akan sedikit demi sedikit dilonggarkan," katanya kepada media selepas merasmikan Forum & Ekspo Minyak, Gas & Petrokimia 2009, di sini.
Katanya dasar DEB walaupun pengkhususan kepada kaum Bumiputera, namun manfaatnya turut dirasai semua pihak.
"Hakikatnya, DEB akan terus diberi tumpuan, dan pada masa yang sama dengan terbukanya pasaran kita, saya yakin kita akan melihat banyak peluang baru, bukan saja dari segi pekerjaan apabila FDI (pelaburan langsung asing) masuk, malah peningkatan keupayaan kita bersaing dengan syarikat asing dan mengeskport produk dan perkhidmatan kita," katanya.
Mukhriz berkata pasaran negara sememangnya sudah terbuka dan kebanyakan peniaga tempatan sudah bersedia untuk bersaing dengan pelabur luar.
"Pasaran kita memang sudah terbuka, cuma polisi belum diseragamkan dan itulah yang dibuat kerajaan untuk menyeragamkan semula dasar yang telah diamalkan," katanya.
Rakyat kini melihat transformasi Satu Malaysia, bagaimana rupa bentuk DEB pada masa akan datang?

Langgan:
Catatan (Atom)