Popular Today

Selasa, Mac 16, 2010

Pembohongan Anwar berkenaan video di penjara



Video di atas menjadi isu minggu lepas ikutan laporan polis yang dibuat di Bangi oleh sekumpulan anakmuda yang menggelarkan diri mereka sebagai GELI atau Gerakan Anti Liwat.

Respons Anwar hanyalah apa yang tertera di dalam video beliau di penjara itu adalah fitnah.

Menurut Dariel Arif, kenyataan yang dibuat Anwar ini seolah-olah rakyat Malaysia begitu bodoh untuk percaya pada beliau.

Dalam laporan Malaysiakini beliau memberitahu wartawan bahawa beliau hanya boleh berdiri dan berjalan hanya 10 tapak.

Seluruh rakyat Malaysia dapat melihat beliau berjalan lebih 60 tapak dalam video di atas (2:21 - 3:48). Bukan sahaja itu, Anwar boleh memakai pendakap leher tanpa bantuan orang lain.

Dalam blognya sini Anwar menyalahkan kecederaan yang dihadapi beliau adalah disebabkan dipukul oleh ketua polis negara.

Apa yang sebenarnya kecederaan tulang berlaku yang berlaku pada beliau adalah disebabkan bermain sepak takraw di penjara pada pertengahan tahun 1999. Anda boleh baca laporan malaysiakini di sini.

Pada ketika itu, dia turut menghadapi masalah stenosis (penyempitan abnormal suatu laluan atau bukaan) salur spina yang menyebabkan beliau sukar untuk kencing pada ketika itu.

Kedua-dua masalah ini ternyata tiada kena mengena dengan dipukul oleh Ketua Polis Negara.

Pada ketika itu, beliau menggunakan keadaannya yang sakit untuk mengemis simpati dan menyalahkan kerajaan. Padahal beliau boleh sembuh dengan menjalani rawatan tetapi beliau sering menolak. Baca di sini untuk mengetahui selanjutnya.

Tun Mahathir berani mempertaruhkan nyawa dengan menjalani pembedahan jantung berisiko tinggi di Malaysia. Anwar yang sakit berisiko rendah begitu mengada-ngada mahu 4 pilihan pembedahan untuk dilakukan dengan pakar diimport dari Jerman.

Ramai kakitangan penjara mengetahui siapa Anwar sebenarnya. Bukan lagi rahsia Anwar sering berpura-pura sakit di khalayak umum dan kembali sihat di dalam penjara. Beliau mampu berurut dengan Rashid di sana.

Dikhabarkan oleh kakitangan penjara bahawa Anwar mewujudkan suasana cemas di penjara dengan berpura-pura sakit semata-mata untuk mengelak bersembahyang jumaat dengan jemaah lain di penjara.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda