Popular Today

Khamis, Jun 18, 2009

Jentera PAS PRK Manek Urai - retak menanti belah

Hanya masa sahaja yang menentukan sejauh mana keberkesanan jentera PAS di Manek Urai. Terdapat perkhabaran Jentera PAS retak di Manek Urai? sebagaimana di lapor Malaysiakini.

Ini semua kesan yang cukup kuat di Muktamar Pas dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan dan pertembungan antara kumpulan erodgan dan ulama'.

Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini semalam, Dewan Pemuda PAS di enam negeri termasuk Terengganu – negeri presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengutarakan idea tersebut – akan memboikot kempen di Manek Urai

Takkanlah pokok bergoyang jika angin tidak bertiup, sebenarnya mood dalam Pas kini amat lesu akibat pertelagahan sesama mereka. Apatah lagi akibat mulut cabul N.Ajis yang belum tentu disokong oleh semua ahli PAS. Apa pun PRK Manek Urai ini ialah medan penentu kepada PAS, perpecahan tetap akan berlaku jika PAS menang apatah lagi jika PAS kelantan kalah.

Jika di Menak Urai PAS menang, PAS Kelantan akan naik tocang bersama kumpulan Erdogan, jika kalah Kumpulan Ulama' akan disalahkan kerana berkempen di Manek Urai...

1 ulasan:

AMBAJ berkata...

Inilah bala yang dijatuhkan oleh Allah. Tidak semestinya ahli PAS yang amal ibadatnya kuat, amal jariahnya kuat, kekuasaan kuat dan juga rezeki mereka juga kuat tidak di duga dan dicuba oleh Allah. Kata Ustaz Ismail Kamus, dalam dunia sekarang semuanya bayar cash. Inilah jadi apabila lidah tak jaga, hati tak ikhlas, memutuskan sirahturahim sesama muslim, tuduh yang bukan-bukan, mencaci, mencarut, menghina, berdendam, bersekongkol dengan musuh, menyebarkan dan mengiyakan fitnah, riak dan takbur.

Kalau ahli PAS tidak sedar juga akan hancurlah PAS. Salah hemat tinggal tunggul nanti. DAP dan PKR sekarang ini ketawa besar satu parti Islam akan berkubur. UMNO tidak rugi apa-apa hanya melihat dengan sedih apabila anak bangsa yang beragama Islam karam atas keegoannya.

Kongsi Link Anda