Khamis, Jun 18, 2009

Kerajaan Perpaduan konspirasi Nik Aziz jatuhkan Nasha

Isu kerajaan perpaduan yang hangat dalam Pas ketika ini sehingga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan jika mahu meneruskan agenda itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas parti tidak lama lagi.

Nik Aziz berkata, selaku Mursyidul Am Pas, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan mempengerusikan mesyuarat yang hanya akan dihadiri pemimpin tertinggi Pas termasuk Nasharudin. “Saya sendiri akan menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin Pas lain yang akan saya tentukan kemudian.

“Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Rasanya Nik Aziz disana akan memberi Nasharudin borang UMNO bagi mengesahkan Nasha keluar dari PAS... kita faham bahawa sebolehnya pertemuan ini akan diadakan sebelum PRK Manek Urai..

Ini adalah usaha sebahagian usaha PAS untuk mengekang perpecahan dalaman parti itu. Sebagaimana diketahui Parti yang retak menanti belah ini sebenarnya bukan berpecah akibat isu kerajaan perpaduan tetapi sebenarnya berpunca pertentangan antara kumpulan Erdogan dan Kumpulan Ulama inilah sebenarnya isu utama yang berlarutan dan di'baju'kan dengan isu kerajaan perpaduan demi menjatuh us nasha yang dibenci oleh Husam.

Adakah ini mungkin strategi Husam dan Puak Erdogan untuk mendapatkan jawatan Timbalan Presiden secara konspirasi. Jika diimbau kembali isu kerajaan perpduan muncul dari dalam PAS dan bukanlah UMNO lebih tepat lagi ialah dari puak erdogan. Dengan beberapa provokasi ianya menjadi beberapa berita sensasi oleh media perdana dan media baru. Kerajaan perpaduan hanya kambing hitam bagi mengaikan Us Nasha, Hj Hadi dan UMNO. Kini Hj Hadi masih berdiam diri, kenapa hj Hadi membiarkan isu ini begitu lama tanpa penjelasan?

Banyak sebenarnya persoalan yang berlaku dalam permasalahan PAS. Namun apa yang kita lihat ialah watak-watak utama seperti Nik Aziz, Husam, Hj Hadi dan Nasha selain Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim Al-Juburi. Ke manakah watak-watak ini akan membawa drama ini...

2 ulasan:

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

Pemimpin2 Pas sedang berebut utk tunjukkan siapa yg lebih berkuasa dalam Pas.Teruknya akhlak Pemimpin2 Pas.Yg di Perak seorang dah SEWEL.Yg di Kelate seorang dah menopose.Yg di Teganu seorang dah jadi kambing hitam.Mcm2 Pas ini.

Saya Rakyat Malaysia berkata...

Apa pun UMNO jugak yang dipersalahkan, padahal masalah dalaman parti.

Kongsi Link Anda