Popular Today

Khamis, Jun 11, 2009

PR resah kesatuan Parti Melayu dan Parti Islam

Jika UMNO bergabung dengan PAS di panggil sebagai kerajaan Perpaduan, tetapi jika PAS bergabung dengan Pakatan Rakyat dipanggil kerajaan Perpecahan.

Idea kumpulan erdogan terus dikongsi dengan DAP dan PKR yang bimbang dengan perpaduan orang Melayu di negara ini. Mereka lebih minat jika orang Melayu berpecah supaya mereka boleh memijak dan mengancam hak orang Melayu. Ini termasuklah oleh PKR, DAP, MCA dan Gerakan iaitu parti yang bukan Melayu. 

Semalam PKR tiba-tiba membuat kenyataan media 'untuk jadi lebih demokrasi'. Anwar pula 'menyeru untuk pengukuhan kerajaan Pakatan Rakyat'. Lim Kit Siang mengakui Pakatan Rakyat berhadapan krisis keyakinan, anaknya Lim Guan Eng pula berkata PAS berhutang penjelasan kepada DAP dan terkini karpal kata PAS perlu menilai kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. 

Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya

KUALA LUMPUR 10 Jun - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.

"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin Pas tetapi juga rakyat. "


Semua ini berbaur ugutan dan provokasi kepada PAS supaya tunduk kepada desakan Pakatan Rakyat. Ayat-ayat yang mahu perpecahan Melayu terus dinyanyikan oleh Pakatan Rakyat. PAS sebenarnya tak perlu bimbang kepada mereka. Dari segi sejarahnya PAS lebih lama bertapak di negara ini dan mampu untuk bertahan sehingga hari ini. Tanpa PAS PKR dan DAP tidak akan mendapat sokongan dari Melayu!

2 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

PAS perlu bertaubat..- karpal Singh

bungaraya berkata...

Sudah jelas bahawa kepimpinan dalam Pakatan Rakyat haru biru akibat kenyataan Pak Hadi menyarankan perpaduan dikalangan UMNO/PAS. Bukankah Perpaduan yang dilauangkan oleh Pak Hadi itu sesuatu yang murni, jika beserta dengan keikhlasan dan kejujuran sekali. Kenapa agaknya Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta kumpulan Erdogan dalam PAS menentang sesuatu yang murni ini?
Bukankah ini satu bukti bahawa mereka ingin kepada perpecahan dan perbalahan antara kaum? Yang mana dengan perpecahan yang berlaku itu, mereka akan mendapat keuntungan peribadi disebaliknya.
Kerana perpecahan dalam masyarakat melayulah ASelangor, Pinang dan Perak jatuh ketangan mereka yang selfish itu.
Melayu.....sedar-sedarlah.

Kongsi Link Anda