Jumaat, Oktober 30, 2009

Dilema peniaga melayu di negeri Pakatan

Setelah hampir 30 tahun berniaga Bazar Ramadhan di pasar Chowrasta di Pulang Pinang, pada tahun ini perniaga Melayu di halau dan tidak dibenarkan berniaga oleh ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng atas alasan mereka tidak mempunyai lesen perniagaan. Maka inilah akan menjadi nasib orang Melayu ditanah Melayu sendiri. Di bawah kerajaan Selangor yang dikongkong oleh DAP dan PKR, mereka tidak menjaga kepentingan orang melayu. Peluang mendapat kontrak kerajaan negeri menjadi tipis bagi perniaga dan kontraktor melayu. Kontrak angkut sampah yang dulu diceburi orang Melayu sekarang hampir semuanya diambil alih kontraktor india dan sedikit cina. Kontrak angkut tanah sekarang dipegang hampir semua sekali oleh kontraktor cina sahaja.

Kontraktor kelas F Melayu pun terpaksa bersaing dengan ramai kontraktor Cina dan India. Inilah akibatnya apabila kuasa politik melayu jatuh ke tangan parti politik yang telah berjaya membohong orang melayu kononnya mereka akan membela hak orang melayu. Apa yang sedang berlaku ialah perjuangan “Malaysian Malaysia” yang diterajui oleh DAP sedang dilaksanakan dinegeri –negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Nasib orang Melayu akan menjadi saperti nasib orang melayu Singapura terpaksa minta dan mengemis kepada orang lain di negeri sendiri.

Soalanya dimanakah PAS didalam Pakatan Rakyat? Dimanakah Anwar Ibrahim kononnya pembela nasib orang melayu? Dimanakah Pas sebagai pembela nasib orang Islam? Kita perlu fikir dengan baik dimana sepatutnya kita meletakkan harapan. Lebih 50 tahun kita telah wujudkan kerajaan Barisan Nasional yang jelas sekali berjasa dengan sangat baik bukan saja kepada orang melayu tetapi juga kepada semua kaum dan bangsa dalam negara kita. Sudah masanya bagi orang melayu bersatu kembali untuk menyokong parti-parti dan pihak-pihak yang bukan sahaja berjuang untuk membela nasib orang melayu saja tetapi untuk menjaga kebaikan semua.

Sumber : Sahabat Mantap

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda