Popular Today

Jumaat, Oktober 30, 2009

Krisis PR - Penyokong PR semakin hilang keyakinan..

Semakin hari Pakatan Rakyat dilihat semakin hilang kepercayaan oleh rakyat.. dan kini penyokong mereka juga telah hilang keyakinan terhadap PR...

Banyak artikel serta komentar di dalam blog pembangkang yang semakin kecewa dengan krisis dalaman mereka... hakikat ini diakui Lim Kit Siang bahawa Pakatan Rakyat semakin hilang daripada mendapat kepercayaan rakyat.

Antara artikel yang kecewa bertajuk " Mimpi nak perintah Malaysia!!".. (baca di sini)..
"DSAI tolong pastikan PR tidak ditewaskan lagi...PKR tolong jaga YB2 hangpa....tolong jangan buat kami penat..kami berusaha untuk mengekalkan kemenangan ..ada pulak pihak yang nak menghancurkan..

Bloggers PR tolong sedar diri..siapa musuh korang yang sepatutnya korang nak hentam...jangan bagi BN buat kerja mudah..kalau nak lepaskan geram cukup sekadarnya...kalau aku cakap pemusnah PR adalah orang PR sendiri..memang itu kenyataannya...

tak payah nak korek2 sejarah lama time ni..ini masa untuk mengukuhkan barisan PR..bukan nak bagi hancur lagi..

PAS tolong beri tumpuan kepada pimpinan yang bermasalah..tolong selesaikan segera..tolong jaga rahsia parti...

kalau keadaan macam ini berterusan..JANGAN MIMPI NAK TAWAN MALAYSIA...duk la hangpa di tahap ini..diantara anjing yang menyalak bukit dan orang yang guna cangkul nak runtuhkan bukit..mana yang akan dapat ratakan bukit..jangan buat kerja sia-sia..

nak jaga tepi kain orang boleh...tapi jangan sampai masuk dalam kain orang...takut2 kain sendiri berlobang kita tak perasan..!!

Tahniah kepada penyumbang2 kehancuran PR..
Takbirr...!!

Pakatan Rakyat perlu mengakui bahawa bukan mudah untuk mengekalkan kemenangan daripada hendak mendapatkan kemenangan. Baru setahun lebih memerintah telah hadapi banyak masalah... kerana apa... kerana foundation atau asa perjuangan parti mereka telah jauh tersasar... Inilah hakikat yang membelenggu Pakatan Rakyat. Mereka duduk rumah secara haram, tiada akad, tetapi mahukan anak yang sah... macam mana mahukan anak sah... sedangkan nikah pun tidak... anak haram adalah...

Berbeza dengan BN yang telah ada kesepakatan dari segi asas perjuangan dan matlamat politik mereka.. UMNO jelas dengan matlamat mereka, MCA jelas dengan matlamat mereka, MIC pun jelas... begitu juga yang lain.... semua bergabung dan bekerja sama bawah 1Malaysia atas simbol BN atau dacing untuk memberikan kehidupan terbaik kepada rakyat. Dan formula perpaduan ini telah bejaya selam 52 tahun... inilah formula terbaik untuk rakyat Malaysia..

Memang ada masalah kepada BN tetapi bukanlah masalah asas parti tetapi masalah teknikal dan pendekatan.... tetapi yang berlaku dalam PR samada PAS mahupun PKR ialah masalah asas parti yang kini semakin menyongsang sebab itu penyokong mereka berbelah bagi... Apatah lagi PKR sendiri kini dipeluk isu kronisme dan favouratisme dalam pimpinan mereka... pemimpin yang tidak disukai ANuwar AlJuburi... akan tercampak dengan hinanya..

Tiba masanya rakyat mengubah pendirian mereka jangan tertipu lagi dengan lamunan mimpi PR.. mimpi indah berubah menjadi mimpi ngeri.... Sokonglah BN demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat..

1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda