Jumaat, Oktober 30, 2009

Mesyuarat Khas : Kenapa TG Nik Aziz balik Awal?

Tuan Guru Balik Awal?.... kenapa pulak... Aihhhh... kan dia yang membuat kekacauan sehingga PAS kelam kabut jadinya... tetapi beliau balik awal pada mesyuarat khas?

Adakah beliau kecewa dengan keputusan Mesyuarat, atau maklumlah baliau dah tua.. baliklah awal... daripada balik lewat dengan sakit hati.. lebih baik balik awal.. nanti kan sakit jantung lagi.. kan susah..

Aku tengah belek-belek Blog-Blog Pas la ni... tiba-tiba pula ada cerita Nik Aziz dengarnya balik Awal pada mesyuarat khas tersebut.

Memetik tulisan dalam blog tersebut,

Mesyuarat Khas PAS dah selesai, keputusan dah dibuat, ramai yang tak puas hati dan ramai geng-geng kacang hantu UMNO/Beer eNd yang seronok...

Ada beberapa hal yang tak ramai orang tau berlaku dalam Mesyuarat Khas PAS malam tadi.

Pertama, TG Nik Abdul Aziz hadir sama dalam Mesyuarat Khas tersebut dan semua sedia maklum. TG Nik Abdul Aziz juga meninggalkan mesyuarat tersebut agak awal iaitu seawal jam 11:00 malam lebih kurang.

Kenapa TG Nik Abdul Aziz balik awal..? yang tu jadi tanda-tanya dan ramai yang tertanya-tanya. pada aku, tak ada apa-apa kepelikan kalau TG Nik Abdul Aziz meninggalkan mesyuarat penting sebegitu awal. tak kan korang tak tau TG Nik Abdul Aziz terpaksa pulang awal sebab kene bersiap untuk Sidang DUN Kelantan hari ni. jadi bagi aku, tak de isu.

Walaupun blogger tersebut menafikan, Tapi bukankah TGNA yang mahukan kenyataan mendapatkan tindakan sewajarnya... kalau tidak takkanlah perlu heboh satu negara dengan media massa memadai sahajalah secara dalaman.. bermakna perkara ini amat penting bagi Nik Aziz.

Satu lagi yang penulis pelik ialah sejauh mana komitmen jawatankuasa Pas Pusat ni untuk menentukan hala tuju PAS.. kerana yang hadir hanya 75% daru 40 orang... bukankah sepatutnya kehadiran ke mesyuarat khas ni penting.. apatah lagi ianya akan menentukan masa depan PAS...

Setakat 75% sahaja kehadiran ahli jawatankuasa bukan 100%.. kalau 90% pun dah bagus... jadi yang blogger PAS sibuk sangat mleihat kepentingan mesyauarat ni.. kononnya untuk memperkuatkan PAS atau sebagainya... hanya dilihat sinis oleh sebahagian pemimpin PAS nampaknya..

Sekarang rakyat melihat sejauh mana komitmen Pemimpin yang dikatakan Islam ini memegang amanah ahli mereka... ini mujurlah di namakan mesyuarat penting... akalu tidak agaknya nak cecah 50% kehadiran pun susah agaknya.. cuma masa pemilihan dan pertandingan dahulu sahaja yang sibuk hadir mesyuarat sebab nakkan jawatan...

2 ulasan:

Demang Lebar Daun berkata...

PAS juga bermasalah sebagaimana PKR

Anak Lenggong berkata...

Biasa laa ..ulasan tu kan daripada si TP bloggers upahan husam daripada perisik rakyat ..dia ni terpaksa mencari alasan kalau tidak nanti kosong tak masyukk

Kongsi Link Anda