Popular Today

Selasa, November 10, 2009

ANwar tidak berani pecat Zulkifli Nordin

Beberapa hari lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi kata dua kepada pemimpin dan anggota PKR sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

Ianya berikutan terdapat pemimpin PKR yang dikatakan tidak mengikut dasar parti.. "Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti," katanya.

Hari ni, Sivarasa Dakwa Amaran Anwar ditujukan kepada pemimpin seperti Zulkifli Noordin sebagai amaran kepada pemimpin lain parti itu supaya akur dengan polisi parti atau keluar.

Zulkifli dikatakan mencuba untuk membentangkan usul di Parlimen khususnya berkaitan dengan hal-hal berkaitan dengan Islam yang dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR.

Sangat memalukan... sebagai seorang Islam... apatah lagi Anwar Ibrahim dikatakan sebagai tokoh Islamis... tetapi memberi amaran kepada pemimpin PKR yang mahu membawa agenda Islam!

Jika benarlah ini dakwaan Sivarasa.. maka masa depan agama Islam akan terancam sekiranya PKR berkuasa... dan dibantu pula dengan penentang Islam DAP... dan ditambah pula dengan pengkhianat Islam PAS... nescaya Islam akan hancur berkecai..

Tapi jika dilihat bagaimana Islam dilayan di negeri Selangor yang ditadbir PKR...
# Beliau pernah mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri dan dapat digunakan oleh semua kaum dan Agama.

# Kepimpinan beliau telah meneruskan dan menghalalkan penjualan arak di negeri Selangor walaupun dibantah oleh pimpinan PAS negeri.

# Rumah-rumah urut di negeri Selangor semakin bertambah dan berkembang subur.

# Mempertahankan anggota EXCOnya yang bersekedudukan luar nikah atau bahasa kasarnya, seks bebas dan foto kemaluannya terdedah ke seluruh dunia.

# Memberikan lembu korban kepunyaan rakyat Selangor kepada penduduk-penduduk di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak.

# Melalui YB Khalid Samad, mereka telah mengamalkan Islam liberal, nama Allah bebas digunakan di gereja.

# Rasuah berleluasa. Membiarkan komunis DAP mentadbir negeri Selangor melalui SELCAT, yang bertujuan untuk merendah-rendahkan dan menindas kakitangan kerajaan negeri yang rata-ratanya Melayu Islam.

# Kuil-kuil ditambah untuk menjaga hati sekelompok kaum. Kuil dibina di kawasan majoriti Melayu.

# Membesarkan dan memodenkan tempat-tempat sembelihan babi.

# Menindas pelajar-pelajar Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) dengan menutup kelas-kelas pengajian mereka. Kejadian terbaru melibatkan 58 murid-murid KAFA Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang yang terpaksa belajar di jalan di bawah panas terik.

# Membenarkan dua EXCO bukan Islam berceramah dan memakai "skirt" di dalam masjid.

Jadi memang benarlah bahawa, jika PKR memerintah nescaya Islam dan Melayu akan menjadi mangsa kerakusan kuasa ANwar.... inipun dengan sedikit kuasa yang PKR ada...

Bagaimana dengan kata-kata Anwar untuk melindungi Islam semuanya hanya tipu belaka.....

Persoalannya sekarang dalam keadaan Pakatan Rakyat yang kelam kabut..... Adakah ANUwar berani untuk memecat Dr Zulkifli?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aspirasi.. saya pinjam sedikit ayat di sini... :)

Aspirasi berkata...

silakan... sampaikan walaupun satu ayat

Tanpa Nama berkata...

Anwar takkan pecat Zul Nordin kerana semua yang dilakukan Zul Nordin atas perancangan dan dorongan Anwar sendiri.

Tunggu dan lihat. Anwar sudah pasang Zul Nordin untuk melamar Dr Asri ke pangkuan PKR.

Tanpa Nama berkata...

SALAM.
2 X 5, 5 X 2 JUGALAH ANWAR DAN ZUL...ANWAR TIDAK BERANI PECAT ZUL DAN ZUL JUGA HILANG TELOQ NAK KRITIK ANWAR...." ANWAR FIRST" "ISLAM SECOND" JIKA ISLAM FIRST SUDAH LAMA ZUL KRITIK ANWAR...

INILAH PEMIMPIN ALA TAIK GIGI...CUMA BIJAK MENGIKLAN BERUS GIGI...LAST-LAST GUNA JARI CUCI GIGI.

Tanpa Nama berkata...

aku pun dok rasa nuar dan zul pakat kot....nak tarik dr. Asri ke PKR...kalau Dr. Asri ke PKR dipersilakan tapi milut anda akan tertutup rapat lepas ni nak cakap hal agama Islam yang paling mulia ni........

fikir masak-masak Dr. Asri. jangan terperangkap dengan lidah 3 billion cabang nuar tu....

Radio 60'an berkata...

Zul sebenarnya memberikan amaran kepada Asri agar jgn terlibat dalam politik.. kalau terlibat juga? hancurlah islam di bawah pimpinan pakatan.

Radio 60'an berkata...

http://akudanradio.blogspot.com/

Kongsi Link Anda