Popular Today

Selasa, November 10, 2009

Kickdefella dipecat serta merta dari Perbadanan MB Kelantan

Blogger yang pernah menuduh Tan Sri Harussani, Mufti Perak sebagai pelacur kini dpecat serta merta dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan berikutan isu SPRM. Berikut antara catatan dalam blog beliau


Penamatan Kontrak Serta Merta -

Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.......................

......Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.

Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.

Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.

Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.


=======>>>>> Tak sungguh orang tak kata, tak buat takkan orang nak pecat... ish!!

4 ulasan:

Arif Omar berkata...

CUBA BACA BAIK-BAIK DI BLOG DIA TU. BILA BELIAU JUMPA TGNA , DIA MINTA NIK AZIZ AJAR DIA BERSUMPAH MENGIKUT ISLAM BAGI BERSIHKAN NAMANYA. KEMUDIAN SETELAH TGNA AJAR, DIA INI TERUS BERSUMPAH DIA TAK LAKUKAN PERKARA YANG DITUDUH PADANYA. ISUNYA> PG CADANGKAN TGNA AJARKAN DAN TUNJUKKAN CARA SUMPAH YANG DIAJAR PADA DIA INI DI AJAR JUGA KEPADA DSAI AGAR BERSUMPAH DENGAN CARA YANG SAMA BAGI PERKARA LIWATNYA DENGAN SAIFUL YANG SAIFUL BUAT KATANYA TAK ISLAM. JADI YANG DIA INI BUAT DE[AN TGNA IKUT ISLAM. APA SALAHNYA DSAI MENGIKUT CARA SUMPAH YANG TGNA AJARKAN PADA DIA INI?

Aspirasi berkata...

Setuju dengan PG... Anwar perlu belajar bersumpah dengan Nik Aziz... kata nak bersihkan diri dari fitnah..

Kenapa pula boleh memilih.... anwar tidak boleh, kickdefella boleh?

C L J berkata...

Hamba pun teramatlah setuju dengan pandangan saudara Arif PG tu. Ajarlah cara sumpah yang boleh tu pula kepada Anuar. Kalau dulu TGNA kata tak boleh tu biarlah. Dah ada cara yang boleh tu tolonglah ajarkan kepada Anuar tu. Kesian dia.

Janganlah takut ditimpa laknat. Sekarang pun dah bertimpa timpa dah.

TGNA lah tolong ajarkan kpd Anuar. Jangan pula Anuar yang ajarkan TGNA nak kata apa.

Tanpa Nama berkata...

Ambo turuh bersedih.

Begitulah nasib blogger upahan.

Demi kebenaran sendiri kena tendang jugak.

Takebeer!!!

Kongsi Link Anda