Popular Today

Khamis, November 05, 2009

Era Anwar Cabut Lari : Akhirnya DSAI mengaku salah...

Satu pengakuan yang ikhlas walaupun beliau dikelilingi oleh manusia-manusia HIPOKRIT..

Satu pengakuan yang amat dinanti-nantikan oleh segenap masyarakat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat..

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memperketat proses pemilihan calon wakil rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang supaya mereka yang tidak konsisten dengan parti tidak dipilih.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan terdapat segelintir wakil rakyat PKR tidak berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

Menurutnya, dalam pilihan raya akan datang, katanya, parti perlu memperhalus proses pemilihan calon yang akan bertanding di atas tiket PKR dan calon tersebut mestilah mempunyai rekod yang baik dan berkelayakan.

“Saya tidak nafikan ada di kalangan wakil rakyat dari PKR tidak memberi khidmat dengan baik dan ada yang sudah melompat. Ini merupakan kesilapan parti memilih calon dahulu.

“Kita perlu perbaiki sistem pemilihan calon supaya dapat memastikan wakil rakyat yang dilantik dapat menjalankan tugas mereka dengan baik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Sejak Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu, beberapa wakil rakyat pembangkang telah keluar dari parti. Yang terbaharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah.

Anwar berkata, beliau menemui Badrul Hisham 7 bulan lalu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepadanya setelah terdapat laporan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik.

Menurutnya, beliau tidak menafikan bahawa Badrul Hisham juga tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jangankan sidang DUN, saya sendiri datang ke kawasan beliau pun beliau tidak muncul. Saya tidak nafikan bahawa beliau tidak menunjukkan prestasi yang sewajarnya,” katanya.

Mengenai penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor, Anwar menyifatkannya tidak wajar kerana Asri layak beri ceramah agama.


Sambung baca disini.

1 ulasan:

C L J berkata...

Hang dok memang pilih kasih, tak dengar orang, keras kepala, sendiri sahaja yang betul gitu tu bila nak betul pilih calun pun. Hang dah pilih betul pun pah tu hang perkuda dan layan tak betol dia nanti jadi tak betol gak. Pi lah nuar.

Kongsi Link Anda