Popular Today

Sabtu, November 14, 2009

Forensik UK dilantik untuk bedah semula Beng Hock

SHAH ALAM 13 Nov. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melantik seorang pakar forensik bebas Prof. Dr. Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini.

Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan hari ini.

Abdul Razak berkata, Dr. Vanezis merupakan pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan telah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.

Mayat Teoh akan digali semula pada 21 November atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor.

Prosiding inkues hari ini ditangguhkan sehingga 9 Disember untuk mendengar keterangan ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang terlibat dalam kes saman sivil terhadap SPRM yang akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi minggu depan.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda