Popular Today

Sabtu, November 14, 2009

Pemuda UMNO minta SPRM siasat penaja Nik Aziz ke Mekah

Tajaan RM 65,000 seorang untuk ke Mekah....

Laporan bernama, Pergerakan Pemuda UMNO meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja oleh pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang.

Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Afandi Yusoff berkata, tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am Pas itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri.

Nak buat apa nak taja Nik Aziz... beliaukan mampu untuk ke haji... kan yang patut di taja untuk ke haji ialah orang Miskin dan yang memerlukan... JIka seorang kosnya bernilai RM 65,000.. sekurang-kurangnya boleh menaja untuk 5 orang miskin untuk ke haji....

Itupun jika RM 65,000 x 1 orang... bayangkan jika yang pergi bersama Nik Aziz satu keluarga... berapa banyak kos tajaan yang diperlukan... dan beramai orang Miskini yang sepatutnya dapat pergi ke haji...

Apa perlunya syarikat yang berkepentingan ini hendak menaja Nik Aziz... mesti ada projek di sebalik batu....

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda