Popular Today

Sabtu, November 14, 2009

Tak jual pasir ke Singapura - Kenapa DAP yang kecewa?

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Tindakan DAP yang secara terbuka mempertikaikan dasar kerajaan tidak membenarkan penjualan pasir sungai kepada Singapura pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) ketika membangkitkan perkara itu berkata, beliau pelik dengan keengganan kerajaan membenarkan dasar yang boleh memberi situasi 'menang-menang' terutamanya kepada negeri Perak.

"Banjir disebabkan mendapan pasir banyak berlaku terutamanya di Perak. Kalau pasir ini dapat dijual ke Singapura ia akan memberi pulangan lumayan.

"Tetapi saya hairan kenapa situasi menang-menang ini tidak diterima oleh Kerajaan Persekutuan," katanya yang cuba mengaitkan penjualan pasir dengan isu banjir yang dijawab oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup.

Ulasan Aspirasi: kenapa pula DAP yang kecewa... orang lain tak kecewa pun... ATaupun DAP memang dah dibayar oleh PAP Singapura sebagai agen Singapura... Kita mengetahui bahawa DAP ialah serpihan PAP, apabila Singapura mula berpecah dari Malaysia...

DAsar PAP singapura telah menyebabkan diskriminasi terhadap kaum Melayu di Singapura, samada peluang pekerjaan, pendidikan, agama, ekonomi dan sosial. Melayu dianggap kelas ke-tiga oleh Singapura.

Mulut dan tangan orang Melayu singapura diikat dalam diam, semua pergerakan dan gerak geri orang Melayu dilihat dan diperhatikan dari semasa ke semasa sebagaimana Israel memperhatikan rakyat Palestin. Apatah lagi kaum Melayu yang Islamis....

Mereka mengetahui Melayu Singapura telah lama didiskrimanis iaitu hampir 45 tahun... ketidak puasan hati inji boleh meletup bila-bila masa... dan ini boleh menyebabkan perubahan geopolitik Singapura.

Dan lebih dasyat ialah dasar Singapura membawa orang asing bekerja khasnya dari Cina dan memberikan mereka kerakyatan menyebabkan jumlah peratus Melayu Singapura semakin mengecil dan jumlah kaum Cina semakin membesar tahun demi tahun.

Pada tahun 1819 hampir semua penduduk, kecuali beberapa orang Cina, terdiri daripada Melayu -Muslim. Pada tahun 1824, daripada 10,000 ke 11,000 penduduk, peratus Melayu -Muslim telah menurun menjadi kurang daripada 50% dan Cina telah meningkat kepada sepertiga. Dengan kemajuan ekonomi lebih ramai lagi orang Cina datang ke Singapura menyebabkan peratusannya terus meningkat, manakala peratusan Melayu-Muslim terus merosot. (baca di sini)

Menurut CIA World Factbook: July 2005 penduduk Singapura berjumlah 4,425,720. Berdasarkan Banci 2000, 76.8 % ialah Cina, 13.9% Melayu, 7.9% India dan 1.4% Lain-lain. Dari segi agama pula banci yang sama mencatatkan peratusan Muslim sebanyak 14.9% (termasuk Muslim bukan Melayu). Justeru jumlah Melayu-Muslim ialah seramai 615,175 dan jumlah keseluruhan Muslim ialah 659,432.

Melayu ditekan dan dipinggirkan sedangkan Melayu adalah kaum asal di Singapura... orang Melayu Malaysia perlu berhati-hati dengan agenda DAP yang sama dengan PAP... adakah perkara ni boleh berlaku kepada melayu Malaysia dengan bantuan ANuwar dan DAP!!!


Sumber : Utusan Malaysia

3 ulasan:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Ini kata MP Nijar da Mangkey.....

Yes, correct... correct.... kita jual pasir, ana boleh bina sangkar monyet di Zoo Taiping besar2. Ana mahu sangkar tu jadi pejabat kedua ana selepas Tanjung Rambutan.

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, inilah masa dia orang nak kumpul duit, kalau tak masakan Lee Kuan Yu beria-ia cari dia orang.....

C L J berkata...

Kemarahan pemuda dan mahasiswa Indon baru baru ni pun rupanya adalah rancangan yang sengaja dirancang oleh Singapura melalui sebuah stesyen TV di sana. (Buktinya dalam: "Lintas Budaya Malaysia Indonesia" dilaman tokjanggutkeramat@blogspot)

Acara menang menang apa yang kamu ceriterakan wahai DAP. DAP sendiri adalah ciptaan Singapura. Kamu sendiri pindah pergi menjadi rakyat Singapura. Begitu baru jadi acara menang menang yang betul, benar dan terbaik.

Kongsi Link Anda