Jumaat, November 06, 2009

Lembaga Disiplin MCA jadi bahan lawak - MCA perlu cermin diri

Lima anggota Lembaga Disiplin MCA yang diketuai veteran parti Ng Cheng Kiat hari ini telah meletak jawatan secara serentak, menurut salah seorang ahli lembaga Dr. Lai Kuan Fook.

Dr. Kuan Fook bersama Cheng Kiat, Datuk Jimmy Low Boon Hong, Datuk Ng Soon Por dan Lau Chih Siang telah mengemukakan surat peletakan jawatan masing-masing kepada pejabat Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng di Wisma MCA di sini tengah hari tadi.

Ketika dihubungi, Fong Meng berkata, beliau belum melihat surat peletakan jawatan itu kerana beliau tidak berada di ibu pejabat parti itu hari ini.

"Saya belum pergi lagi ke ibu pejabat kerana sepanjang hari saya berada di pejabat saya di bangunan Parlimen. Mereka mungkin menghantar surat itu ke pejabat Setiausaha Agung... saya tidak pasti," katanya.

Adalah difahamkan keputusan meletak jawatan secara serentak itu dicapai semasa mesyuarat lembaga itu bulan lepas, tetapi surat rasmi hanya dikemukakan kepada Setiausaha Agung hari ini.

Dr. Kuan Fook berkata, ahli lembaga mengambil keputusan itu selepas syor mereka untuk memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akhirnya ditolak oleh perwakilan parti semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Oktober lepas.

Pada Ogos lalu, lembaga itu telah secara sebulat suara mengesyorkan supaya Dr. Soi Lek dipecat dari parti berikutan skandal seks videonya.

Inilah masalahnya semua nak ikut cakap mereka.... kepentingan pihak tertentu lebih penting dari kepentingan BN... MCA harus cermin diri mereka...

1 ulasan:

Teddybear Cute berkata...

Jangan disebabkan depa ni, semua jadi lingkop.

Kongsi Link Anda